Loading Content...

Fazleena Instagram Photos and Videos

Loading...


fazleena Fazleena H. @fazleena mentions
Followers: 21,331
Following: 973
Total Comments: 0
Total Likes: 0

Minggu ini saya ke Terengganu untuk kembara #TariPasarPerempuan sempena Kobek Festival. Sebuah ...
Media Removed
Minggu ini saya ke Terengganu untuk kembara #TariPasarPerempuan sempena Kobek Festival. Sebuah festival seni yang diadakan di panggung pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu. _ Festival ini merangkumi pelbagai acara seni budaya moden dan tradisional seperti forum, tayangan filem, ... Minggu ini saya ke Terengganu untuk kembara #TariPasarPerempuan sempena Kobek Festival. Sebuah festival seni yang diadakan di panggung pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu.
_
Festival ini merangkumi pelbagai acara seni budaya moden dan tradisional seperti forum, tayangan filem, konsert, aktiviti kanak-kanak, jualan buku dan kraf serta banyak lagi acara menarik. Sebuah panggung telah didirikan dan dimajukan oleh komuniti seni bersama pengurusan Uptown Kontena dalam penganjuran festival ini.
_
Saya tak mampu membayangkan bagaimana bermonodrama di tepian pantai. Tetapi teruja untuk menyatu bersama deruan angin dan ombak yang menghempas. Tentunya akan jadi pengalaman yang mengasyikkan.
_
Teman-teman di sekitar Terengganu dan yang berdekatan, jemput datang menyokong acara ini. Saya ada di Ganu dari Jumaat hingga ahad. Nak jalan-jalan, makan sedap dan bertemu karyawan-karyawannya. Jumpa nanti. 💓
Read more
Loading...
Semalam saya sempat mengunjungi rakan seperjuangan penyair dan penulis @egyazira di PPUM yang ...
Media Removed
Semalam saya sempat mengunjungi rakan seperjuangan penyair dan penulis @egyazira di PPUM yang sedang diduga dengan ujian kesihatan. Setelah hampir 3 tahun ulang-alik ke hospital, sakit-sembuh, melakukan biopsy, didiagnos berkali-kali, akhirnya baru-baru ini Egy disahkan mengidap ... Semalam saya sempat mengunjungi rakan seperjuangan penyair dan penulis @egyazira di PPUM yang sedang diduga dengan ujian kesihatan. Setelah hampir 3 tahun ulang-alik ke hospital, sakit-sembuh, melakukan biopsy, didiagnos berkali-kali, akhirnya baru-baru ini Egy disahkan mengidap kanser Limfoma atau dikenali sebagai kanser kelenjar. Egy sekarang berada di tahap ke-3 dan akan menjalani kimoterapi tak lama lagi.
_
Sepanjang bercerita, Egy tenang sekali. Wajahnya pucat, tetapi senyum sentiasa terukir di wajahnya. Cabaran yang datang dalam hidupnya, ketika usianya masih muda, benar-benar menghibakan saya. Di saat kesakitan yang amat berat ini, ada juga yang pergi meninggalkannya. Hati saya patah. Benarlah, berbual dengan orang yang sedang diuji, akan membuka makna hidup yang sebenarnya.
_
Ketika ini tiada lain yang Egy perlukan selain sokongan kita semua. Jika ada kelapangan, datanglah melawatnya. Jadilah pendengar setia untuknya. Peluklah dia untuk terus kuat melawan penyakitnya. Bisikkan padanya bahawa dia tidak keseorangan.
_
Kawan-kawan yang ingin memberikan sumbangan untuk Egy boleh lakukannya dengan cara masukkan ke akaun Maybank 155015212969 : Azira Binti Baharum. Ada juga yang ambil kesempatan dengan buat iklan sumbangan selepas Egy umumkan tentang kesihatannya baru-baru ini. Harap dengan tulisan ini, kita semua tidak tersilap dan keliru lagi.
_
Saya memeluk ibu Egy sebelum pulang. Minta dia berehat, kerana tubuh dan wajahnya kelihatan sangat penat. Dia ada bersama Egy setiap masa bergilir dengan kakak Egy dan terpaksa tinggalkan ayah Egy di Seremban yang juga kondisi kesihatannya yang tak memuaskan.
_
"Tak apa. Asalkan Egy sihat."
_
Sebak saya mendengar kata Ibu Egy. Kita semua pun mahu Egy sihat. Panjangkan doa anda semua. Moga Egy cepat sembuh dan boleh kembali menyebar puisi-puisi yang mendamaikan hati kita semua.
Read more
Melawat sarang seni Tanjung Malim. Ada pameran penataan seni & busana filem Hantu Kak Limah.
Media Removed
Melawat sarang seni Tanjung Malim. Ada pameran penataan seni & busana filem Hantu Kak Limah. Melawat sarang seni Tanjung Malim. Ada pameran penataan seni & busana filem Hantu Kak Limah.
Menikmati pau yik mun dengan SST rasanya sudah tidak sama lagi.
Media Removed
Menikmati pau yik mun dengan SST rasanya sudah tidak sama lagi. Menikmati pau yik mun dengan SST rasanya sudah tidak sama lagi.
Meniti pelangi di Batu Caves.
Media Removed
Meniti pelangi di Batu Caves. Meniti pelangi di Batu Caves.
Sarapan di kopitiam yang berusia hampir 90 tahun di Batu Pahat. Bersebelahan pasar pagi. Kebetulan ...
Media Removed
Sarapan di kopitiam yang berusia hampir 90 tahun di Batu Pahat. Bersebelahan pasar pagi. Kebetulan masa minum, ada encik Ramly pemiliknya yang merupakan generasi ke 4 yang mewarisi kedai ini dari bapa angkatnya Mr. Tan Yan Yoo. _ Makan dalam rintik hujan dengan keramaian berbilang kaum, ... Sarapan di kopitiam yang berusia hampir 90 tahun di Batu Pahat. Bersebelahan pasar pagi. Kebetulan masa minum, ada encik Ramly pemiliknya yang merupakan generasi ke 4 yang mewarisi kedai ini dari bapa angkatnya Mr. Tan Yan Yoo.
_
Makan dalam rintik hujan dengan keramaian berbilang kaum, mengasyikkan.
Read more
Loading...
Pelangi tak cuma muncul di langit saja, hari ini kita boleh mendakinya.
Media Removed
Pelangi tak cuma muncul di langit saja, hari ini kita boleh mendakinya. Pelangi tak cuma muncul di langit saja, hari ini kita boleh mendakinya.
Hari ni setahun yang lepas, facebook mengingatkan mesyuarat pertama produksi teater Kota Kelip-Kelip ...
Media Removed
Hari ni setahun yang lepas, facebook mengingatkan mesyuarat pertama produksi teater Kota Kelip-Kelip di Penang Pac. Pementasan yang membariskan anak-anak yatim seliaan TFTN. _ Hari ni juga kami memulakan kembara dalam pencarian bakat untuk pementasan hujung tahun ini dengan naskah ... Hari ni setahun yang lepas, facebook mengingatkan mesyuarat pertama produksi teater Kota Kelip-Kelip di Penang Pac. Pementasan yang membariskan anak-anak yatim seliaan TFTN.
_
Hari ni juga kami memulakan kembara dalam pencarian bakat untuk pementasan hujung tahun ini dengan naskah baru, Mona Ke Daerah M. Rumah pertama di Batu Pahat.
_
Semalam kami terima berita gembira salah seorang anak yang mengikuti 2 pementasan Kota Kelip-Kelip sebelum ini sedang mengikuti sesi orientasi di Aswara. Pelajar dari sekolah tahfiz. Beliau pada mulanya mengikuti kursus lain di kolej swasta selepas SPM, tetapi akhirnya akur teater telah mula berakar dalam jiwanya. Berhenti dari kolej dan memohon diploma teater di Aswara. Perasaan saya sebak.
_
Ada orang tanya kenapa saya masih nak buat benda ni. Apa yang saya akan dapat? Apa benefit yang anak-anak yatim ini akan dapat dari teater? Hari ni saya dah dapat jawapannya. Teater mengajar mereka untuk belajar membuat keputusan sendiri dan bertanggungjawab ke atasnya.
_
Berapa ramai dari anak-anak kita yang tak mampu bercakap mewakili perasaan dan pemikiran mereka sendiri? Dan berapa ramai yang percaya pada kata hati? Saya tak tahu ke mana teater akan bawa mereka berlabuh, tapi saya percaya disiplin dan prinsipnya akan buat mereka bertahan. Selagi bernafas, saya akan perjuangkan. #MonaKeDaerahM
Read more
Loading...
Berbeza tak semestinya takboleh jalan bersama.
Media Removed
Berbeza tak semestinya takboleh jalan bersama. Berbeza tak semestinya takboleh jalan bersama.
Bebek renang berirama. 🦆 Bebek renang berirama. 🦆💓
Jadilah seperti teratai, lahir dari dalam lumpur. Tapi, mekar terapung di atas air. Malah memberi ...
Media Removed
Jadilah seperti teratai, lahir dari dalam lumpur. Tapi, mekar terapung di atas air. Malah memberi keindahan pada persekitaran dan mata yang memandangnya. Jadilah seperti teratai, lahir dari dalam lumpur. Tapi, mekar terapung di atas air. Malah memberi keindahan pada persekitaran dan mata yang memandangnya.
Keindahan senja mengajarkan kita menghargai dan melepaskan sesuatu dengan rela hati. Seperti ...
Media Removed
Keindahan senja mengajarkan kita menghargai dan melepaskan sesuatu dengan rela hati. Seperti kemesraan yang cepat berlalu. Seperti jiwa yang takmungkin bersatu. Seperti kesementaraan yang dicengkam waktu. Seperti dendam yang menjadi rindu. _ Esok kita 'kan setia menunggu ia kembali. ... Keindahan senja mengajarkan kita menghargai dan melepaskan sesuatu dengan rela hati. Seperti kemesraan yang cepat berlalu. Seperti jiwa yang takmungkin bersatu. Seperti kesementaraan yang dicengkam waktu. Seperti dendam yang menjadi rindu.
_
Esok kita 'kan setia menunggu ia kembali. Entah jingga atau merah jambu. Biru atau ungu. Kerana matahari belum tentu berlabuh bahagia, mungkin dirinya sedang murka. Siapa yang tahu? Dan kita harus terus meneka-neka. Dacing nasib bukan di tangan kita.
Read more
Loading...
Semalam mewawancara Datin Mariati anak Tan Sri Aishah Ghani. _ "Panggil auntie je." _ Ceria, ...
Media Removed
Semalam mewawancara Datin Mariati anak Tan Sri Aishah Ghani. _ "Panggil auntie je." _ Ceria, mesra, peramah, sangat humble, wangi, suka ketawa, suka bercerita dan sangat-sangat cantik okay. Glowing sangat di usianya 70 tahun. Tak berkelip mata kita memandangnya. _ "Auntie tak ... Semalam mewawancara Datin Mariati anak Tan Sri Aishah Ghani.
_
"Panggil auntie je."
_
Ceria, mesra, peramah, sangat humble, wangi, suka ketawa, suka bercerita dan sangat-sangat cantik okay. Glowing sangat di usianya 70 tahun. Tak berkelip mata kita memandangnya.
_
"Auntie tak makan daging, banyak makan sayur dan tak minum kopi dan teh. Suka jalan kaki, bersiar naik mrt dan pasang lagu light and easy 24 jam kat rumah. Kalau auntie keluar rumah, kucing boleh dengar."
_
Definisi grow old gracefully yang boleh dicontohi. Cuma tak minum kopi/teh tu hurmmm macam susah ciked. Hikhik.
_
Thankyou auntie. Love your vibes. Love your smile and everything about you. 💓
Read more
Selesai kembara #TariPasarPerempuan di Johor Bahru. Pengurusan yang tip top, venue yang super ...
Media Removed
Selesai kembara #TariPasarPerempuan di Johor Bahru. Pengurusan yang tip top, venue yang super cozy, penonton yang tekun dan bakat-bakat muda yang bersinar. Terimakasih @depressart_johorbahru dan @johorperformingarts.jspa kerana sudi mengundang. Pengalaman yang menyeronokkan. ... Selesai kembara #TariPasarPerempuan di Johor Bahru. Pengurusan yang tip top, venue yang super cozy, penonton yang tekun dan bakat-bakat muda yang bersinar. Terimakasih @depressart_johorbahru dan @johorperformingarts.jspa kerana sudi mengundang. Pengalaman yang menyeronokkan. Semoga #poeticvibes terus hidup demi menyuburkan seni di Johor Bahru.
_
Buat @farelflitzer dan @mimiko_juon menjaga kebajikan dan pengurusan acara dari awal hingga akhir, kakfaz terharu dengan kebaikan dan passion kalian. Terus menari bersama dalam gundah dan bahagia.
_
Adikku @mariaadibahazmi yang menjadi perantara dan penghubung di slot sembang buku, terimakasih sudi bersama kakak menjadi sebahagian sejarah kembara ini. Terus menulis dan berdendang okay. Bakatmu harus terus mekar.
_
Kepada semua yang datang dari jauh dan dekat. Sahabat lama dan baru. Semoga bermanfaat dan ikatan persaudaraan makin erat.
_
Kembara seterusnya di Terengganu. Apakah rasanya bermonodrama di tepi pantai? Ah teruja. 💓
Read more
Sejak 1930an. Kedai roti yang masih guna dapur arang. Dari jauh harum rotinya memanggil-manggil.
Media Removed
Sejak 1930an. Kedai roti yang masih guna dapur arang. Dari jauh harum rotinya memanggil-manggil. Sejak 1930an. Kedai roti yang masih guna dapur arang. Dari jauh harum rotinya memanggil-manggil.
Loading...
Ucop tak keja ke malam ni? @anasridzuan
Media Removed
Ucop tak keja ke malam ni? @anasridzuan Ucop tak keja ke malam ni? @anasridzuan
Sabtu ini kembara #taripasarperempuan di acara Poetic Vibes sempena Festival Kesenian Johor ...
Media Removed
Sabtu ini kembara #taripasarperempuan di acara Poetic Vibes sempena Festival Kesenian Johor yang ke 15 @johorperformingarts.jspa Terimakasih sudi mengundang saya meraikan acara tahun ini. _ Ada pelbagai acara akan berlangsung seperti bengkel membuat zine, persembahan puisi ... Sabtu ini kembara #taripasarperempuan di acara Poetic Vibes sempena Festival Kesenian Johor yang ke 15 @johorperformingarts.jspa Terimakasih sudi mengundang saya meraikan acara tahun ini.
_
Ada pelbagai acara akan berlangsung seperti bengkel membuat zine, persembahan puisi & nyanyian akustik. Dengarnya tiket hanya tinggal lebih kurang 30 tempat lagi. Ruang limited untuk 100 orang saja. Boleh booking di talian 019-7139900 sekarang.
_
Sebelum JB, Jumaat saya akan singgah Batu Pahat untuk bengkel teater pertama di Rumah Anak Yatim Batu Pahat bagi pencarian bakat anak-anak untuk pementasan yang akan berlangsung Disember nanti. Teruja dan bersemangat bertemu mereka untuk memulakan projek ini.
_
Kepada yang berminat untuk sertai keluarga produksi kami sebagai sukarelawan, jemputlah mendaftar di https://goo.gl/forms/wsYca9rHAQTViYxw1 Kami janjikan pengalaman yang akan memberi 1001 kenangan dan pembelajaran. ❤️ #monakedaerahM
Read more
'The noblest art is that of making others happy.' - P.T. Barnum (The Greatest Showman). _ Tercapai ...
Media Removed
'The noblest art is that of making others happy.' - P.T. Barnum (The Greatest Showman). _ Tercapai juga hasrat menonton pertunjukkan sarkas. Selama ini tengok dalam tv & filem saja. Dari jauh nampak khemah besar dengan tulisan tertera 'The Moscow Circus' melompat kesukaan. Jantung ... 'The noblest art is that of making others happy.' - P.T. Barnum (The Greatest Showman).
_
Tercapai juga hasrat menonton pertunjukkan sarkas. Selama ini tengok dalam tv & filem saja. Dari jauh nampak khemah besar dengan tulisan tertera 'The Moscow Circus' melompat kesukaan. Jantung berdebar-debar.
_
Sebuah pentas besar, kemilau warni-warni lampunya, bangku kayu berbentuk arena, suara galak kanak-kanak menyeringai, aduh benar-benar mengujakan. Perasaanya sama seperti yang dibayangkan ketika menonton The Greatest Showman. Adrenalin laju mengalir, senyum sampai ke telinga. Bukankah ada anak kecil yang tersembunyi dalam dada orang dewasa? Aha.
_
Persembahan dua jam dengan 20 minit intermission, memang berbaloi. Ada banyak pilihan harga tiket, kami pilih yang nombor dua paling murah. Masih rasa berbaloi & nampak ekspresi wajah pelakunya di atas pentas. Kalau nak tunggu pergi luar negara, entah bila agaknya. Syukurlah dapat merasa menontonnya di Padang Timur, Petaling Jaya. Siri persembahan ini akan kembara ke 10 bandar seluruh Malaysia. Di PJ sehingga 2 September ini. Boleh layari https://www.themoscowcircus.com.my/ untuk info lanjut.
_
Persembahan pentas secara langsung pasti berhadapan dengan ketidaksempurnaan. Apatah lagi dengan aksi-aksi berisiko dan merbahaya. Ada ketikanya bola yang ditimbang, jatuh ke lantai. Kaki tersadung akibat salah mendarat. Terlepas menyambut tangan pasangan hingga gerakan jadi bersepah. Namun setiap kali aksi yang tidak menjadi, akan diulang-tayang semula hingga hasilnya sempurna.
_
Inilah magis seni pertunjukkan pentas. Kita boleh lihat keresahan & keghairahan dari bola mata para pemainnya. Turun naik nafas, senyum puas dan kerut di dahinya. Sarkas adalah jalinan seni kemahiran, fokus, kerjasama, disiplin & kemanusiaan. Kerana puncaknya adalah untuk menghiburkan. Kita takkan mampu menjadi penghibur, jika tidak punya 'manusia' dalam diri.
_
Pergilah menonton jika berkesempatan. Angkut satu keluarga, anak-anak pasti terlajak gembira. Bawalah sweater, sebab dinginnya mencucuk tulang. Oh jangan risau, tiada harimau atau gajah yang akan menerkam, kerana pertunjukkan ini bebas haiwan. Go now & have fun! #themoscowcircusmalaysia
Read more
Loading...
Hari pertama masuk kerja, bos dah angkut saya pergi ambil job briefing di KLCC untuk event Petronas. ...
Media Removed
Hari pertama masuk kerja, bos dah angkut saya pergi ambil job briefing di KLCC untuk event Petronas. Ketar-ketar bercakap dengan client, bos hanya senyum memerhatikan. Saya takada background advertising apatah lagi pengalaman, tapi apabila sahabat dari zaman sekolah @mahanim_lq ... Hari pertama masuk kerja, bos dah angkut saya pergi ambil job briefing di KLCC untuk event Petronas. Ketar-ketar bercakap dengan client, bos hanya senyum memerhatikan. Saya takada background advertising apatah lagi pengalaman, tapi apabila sahabat dari zaman sekolah @mahanim_lq mempelawa saya untuk join company Cipta Asia Worldwide, saya teruja. "Kau akan belajar banyak benda." Itu kata Anim. Dan Anim memang betul, apa yang saya lakukan hari ini–keberanian bersikap, sosial dan komunikasi, mengurusi acara, berproduksi, disiplin kerja, tak reti duk diam (kah), semuanya saya dapat dari dunia advertising. Cipta Asia Worldwide adalah sekolah saya.
_
Saya pernah dengar orang berkata, bekerja dalam dunia advertising, untuk orang yang 'tak ada life'. Dan saya juga pernah dengar, pekerjaan yang paling stress dalam dunia adalah advertising. Buka mata ingat kerja, tutup mata ingat kerja. Bos selalu bisik, 'the best never rest' setiap kali saya menangis bila client minta amend sampai berpuluh kali. Ofis jadi rumah pertama. Apa yang paling saya rindukan adalah kemesraan dan keakhraban kami. Bekerja seperti keluarga walaupun dalam detik-detik cemas dan stress. Saling bantu satu sama lain. Saling menyokong.
_
Pertemuan tempohari membawa kembali memori lama. Ada yang bertahun tak ke temu, tapi rasa dan kasih sayang masih hangat. Semuanya sukses dengan pilihan karier masing-masing. Bos kepada perniagaan sendiri. Saya gembira kerana kami masih kekal bersahabat. Dan kami percaya tanpa Cipta Asia Worldwide dan tunjukajar bos yang tegas, garang dan dedikasi, kami takkan berada di sini. Masih kekal bekerja kuat untuk kesejahteraan masa depan. Dan masih boleh bermain-main dan have fun untuk memaknai kehidupan. So bos @clairvoyant_rider bila kita nak bikin reunion? 😘
Read more
Tahun ni famili Lipis beraya rumah kami di Denai Alam. Bawa lemang, rendang dan sambal hitam. Wangi ...
Media Removed
Tahun ni famili Lipis beraya rumah kami di Denai Alam. Bawa lemang, rendang dan sambal hitam. Wangi dan Teja pun happy ramai yang melayan. Salam Aidiladha. Selamat berkorban demi kebahagiaan dunia dan akhirat. Tahun ni famili Lipis beraya rumah kami di Denai Alam. Bawa lemang, rendang dan sambal hitam. Wangi dan Teja pun happy ramai yang melayan. Salam Aidiladha. Selamat berkorban demi kebahagiaan dunia dan akhirat. ❤️
20 ogos 2018. Siri Pencerahan Selangor : Mencambah Karya Agung. Terimakasih daun keladi @alinaabd ...
Media Removed
20 ogos 2018. Siri Pencerahan Selangor : Mencambah Karya Agung. Terimakasih daun keladi @alinaabd sudi panggil jadi emcee. 🏻️ #fhkerja 20 ogos 2018. Siri Pencerahan Selangor : Mencambah Karya Agung. Terimakasih daun keladi @alinaabd sudi panggil jadi emcee. 🙏🏻❤️ #fhkerja
Wanita berhati angkasa. <span class="emoji emoji2764"></span>️
Media Removed
Wanita berhati angkasa. Wanita berhati angkasa. ❤️
Malam sebelum acara, Pak Engku tanya saya kalau berminat untuk terlibat dalam majlis pelancaran ...
Media Removed
Malam sebelum acara, Pak Engku tanya saya kalau berminat untuk terlibat dalam majlis pelancaran buku terbarunya. _ Pak Engku yang saya kenal adalah individu yang selalu menyokong aktiviti seni-budaya-diskusi-ilmu, tidak kira kelompok. Indie tak indie, perdana tak perdana, besar ... Malam sebelum acara, Pak Engku tanya saya kalau berminat untuk terlibat dalam majlis pelancaran buku terbarunya.
_
Pak Engku yang saya kenal adalah individu yang selalu menyokong aktiviti seni-budaya-diskusi-ilmu, tidak kira kelompok. Indie tak indie, perdana tak perdana, besar ke kecil, dia selalu ada. Di acara yang dibikin anak-anak muda juga pasti ada sosoknya terselit di sana sini. Tak mungkin saya katakan tidak pada permintaannya.
_
Pak Engku bagi saya adalah budayawan dan seniman yang sangat-sangat merendah diri dan sentiasa menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi pada scene seni-sastera. Ternyata, perasmian bukunya siang tadi penuh sesak dengan ramai sekali karyawan, muda-tua yang ingin bersama-sama meraikannnya.
_
Saya membacakan puisi Pak Engku yang bertajuk Layarilah Bahtera Merdeka Ini bersama iringan akustik abang Sani Kopratasa, Adinda Amiro dan Adi Wangsa secara impromtu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Disaksikan pula oleh TPM YB Wan Azizah & Menteri Pertahanan YB Mat Sabu. Syukur untuk pengalaman ini.
_
Terimakasih untuk segalanya Pak @rajaahmadaminullah Tahniah atas pelancaran buku Percakapan dengan Raja Ahmad Aminullah : Kesetian Pada Idea. Moga sentiasa sihat selalu dan diberkati perjalananmu. Terus menjadi inspirasi buat semua. ❤️
Read more
Pak Samad : "Ini bukan cerita asmara kan?" _ Fazleena : "InshaAllah bukan bapak. Ngeeee." (Blushing) ...
Media Removed
Pak Samad : "Ini bukan cerita asmara kan?" _ Fazleena : "InshaAllah bukan bapak. Ngeeee." (Blushing) #taripasarperempuan Pak Samad : "Ini bukan cerita asmara kan?" _
Fazleena : "InshaAllah bukan bapak. Ngeeee." (Blushing) #taripasarperempuan
Mungkin emcee yang paling 'matang' (segan nak cakap tua) diberi peluang jadi emcee gig. Terimakasih ...
Media Removed
Mungkin emcee yang paling 'matang' (segan nak cakap tua) diberi peluang jadi emcee gig. Terimakasih @ashmhydn dan @aqlmuaz sudi undang kakfaz. Dalam banyak tugas emcee, inilah acara yang paling berbekas. Lebih 1000 khalayak yang membanjiri setor gombak demi meraikan kemanusiaan. ... Mungkin emcee yang paling 'matang' (segan nak cakap tua) diberi peluang jadi emcee gig. Terimakasih @ashmhydn dan @aqlmuaz sudi undang kakfaz. Dalam banyak tugas emcee, inilah acara yang paling berbekas. Lebih 1000 khalayak yang membanjiri setor gombak demi meraikan kemanusiaan. Selamat berjuang team @cintasyriamalaysia @officialnohsalleh @musanuwayri Kami doakan sejahtera dan dilindungi Allah SWT. ❤️
_
#Repost @hujanband with @get_repost
・・・
Tenang, menyusun kata, menyapa riang, menangkis suram, emcee kita. Luar biasa. #LOVESURIA
.
.
.
Follow @cintasyriamalaysia
Foto oleh @ehhafishah
Read more
Eh janganlah posing gini. Jatuhlah reputasi ai. - @zfzamir #teambatik
Media Removed
Eh janganlah posing gini. Jatuhlah reputasi ai. - @zfzamir #teambatik Eh janganlah posing gini. Jatuhlah reputasi ai. - @zfzamir #teambatik
Aku tidak pernah mempedulikan jutaan pasir di pantai itu, sehingga sebutir yang amat kecil masuk ...
Media Removed
Aku tidak pernah mempedulikan jutaan pasir di pantai itu, sehingga sebutir yang amat kecil masuk ke sepatu, untuk memberitahu dia lebih besar dariku. - Zurinah Hassan. Aku tidak pernah mempedulikan jutaan pasir di pantai itu, sehingga sebutir yang amat kecil masuk ke sepatu, untuk memberitahu dia lebih besar dariku. - Zurinah Hassan. ❤️
Yang menang menjadi pemerintah. Yang kalah menjadi pendesak. Yang menang akan menulis sejarah. ...
Media Removed
Yang menang menjadi pemerintah. Yang kalah menjadi pendesak. Yang menang akan menulis sejarah. Yang kalah akan menulis sajak. - Zurinah Hassan. Yang menang menjadi pemerintah. Yang kalah menjadi pendesak. Yang menang akan menulis sejarah. Yang kalah akan menulis sajak. - Zurinah Hassan.
Suatu pagi di bandaraya Ipoh, ketika melangkah keluar dari hotel penginapan, hidung saya menangkap ...
Media Removed
Suatu pagi di bandaraya Ipoh, ketika melangkah keluar dari hotel penginapan, hidung saya menangkap aroma yang hingga kini tak mudah disingkirkan dari ingatan. _ Anginnya membawa haruman roti dan langitnya berbau kopi. Jadi sekarang, katakan bagaimana untuk saya tidak merinduinya? Suatu pagi di bandaraya Ipoh, ketika melangkah keluar dari hotel penginapan, hidung saya menangkap aroma yang hingga kini tak mudah disingkirkan dari ingatan.
_
Anginnya membawa haruman roti dan langitnya berbau kopi. Jadi sekarang, katakan bagaimana untuk saya tidak merinduinya?
Kita kena senyum selalu walaupun baju kedut seribu.
Media Removed
Kita kena senyum selalu walaupun baju kedut seribu. Kita kena senyum selalu walaupun baju kedut seribu.
Atitude kena ada walaupun pakai sandal hello kitty gais.
Media Removed
Atitude kena ada walaupun pakai sandal hello kitty gais. Atitude kena ada walaupun pakai sandal hello kitty gais.
KLFW dah habis ke?
Media Removed
KLFW dah habis ke? KLFW dah habis ke?
Hari ini Mak menerima pengikhtirafan sebagai Senator dari Dewan Negara. Dah terlalu lama Mak berbakti ...
Media Removed
Hari ini Mak menerima pengikhtirafan sebagai Senator dari Dewan Negara. Dah terlalu lama Mak berbakti pada warga setempat di daerahnya, setahu saya sejak Amar kecil lagi. Hingga kini mak masih belum berhenti. Rutin Mak sibuk sekali. Tapi di rumah Mak memakai topi ibu yang sangat penyayang ... Hari ini Mak menerima pengikhtirafan sebagai Senator dari Dewan Negara. Dah terlalu lama Mak berbakti pada warga setempat di daerahnya, setahu saya sejak Amar kecil lagi. Hingga kini mak masih belum berhenti. Rutin Mak sibuk sekali. Tapi di rumah Mak memakai topi ibu yang sangat penyayang dan masak 3 kali sehari. Sarapan, minum petang & makan malam. Setiap kali takpernah terlepas. Ke laut diet saya setiap kali balik Lipis.
_
Terimakasih Mak menunjukkan pada Faz bahawa tiada yang mustahil untuk dilakukan--menjadi perempuan, isteri, ibu dan penghubung komuniti. Tahniah YB Mak! So proud of you. ❤️
Read more
Setelah 2 buah kafe dan sebuah ruang seni, kembara #taripasarperempuan seterusnya di sebuah restoran. ...
Media Removed
Setelah 2 buah kafe dan sebuah ruang seni, kembara #taripasarperempuan seterusnya di sebuah restoran. Saya bertuah menerima undangan dari @farelflitzer dan @depressart_johorbahru untuk bertandang ke Johor Bharu meraikan acara Poetic Vibes sempena Johor Arts Festival ke 15. _ Selain ... Setelah 2 buah kafe dan sebuah ruang seni, kembara #taripasarperempuan seterusnya di sebuah restoran. Saya bertuah menerima undangan dari @farelflitzer dan @depressart_johorbahru untuk bertandang ke Johor Bharu meraikan acara Poetic Vibes sempena Johor Arts Festival ke 15.
_
Selain slot kembara saya, ada bengkel zine percuma & persembahan dari ramai karyawan yang turut sama meraikan.
_
Acara ini terhad kepada 100 orang terawal sahaja dengan bayaran RM10. Boleh booking nama anda di nombor yang tertera pada poster.
_
Kawan-kawan di Selatan, kita jumpa nanti. Lepas selesai perform kita makan sedap-sedap pastinya di @sedapcorner Jumpa nanti. ❤️
Read more
Thankyouuuu team @creativehouseofrhyme @zulqarnainothman @ellinsailillah @az_mira 🏻️Boleh tonton versi penuh di facebook Creative House of Rhyme (Chor TV). _ #Repost @creativehouseofrhyme with @get_repost ・・・ Kembara Tari Pasar Perempuan Fazleena, dapat sambutan di ... Thankyouuuu team @creativehouseofrhyme @zulqarnainothman @ellinsailillah @az_mira 🙏🏻❤️Boleh tonton versi penuh di facebook Creative House of Rhyme (Chor TV).
_
#Repost @creativehouseofrhyme with @get_repost
・・・
Kembara Tari Pasar Perempuan Fazleena, dapat sambutan di Ipoh - CHOTV
_
Kembara Buku Tari Pasar Perempuan, @Fazleena di Khizanat Hall by Dream Project Ipoh, mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan di luar jangkaan. Kalau korang nak tahu apa cerita di sebalik buku tersebut, moh tonton temubual @ellinsailillah bersama Fazleena.
#kembara
#taripasarperempuan
#creativehouseofrhyme
#chortv
#ipoh
#cerpen
#khizanathalldreamproject
Read more
Buat pertama kalinya di Ipoh saya telah mungkir pada prinsip sendiri dengan turunkan tandatangan ...
Media Removed
Buat pertama kalinya di Ipoh saya telah mungkir pada prinsip sendiri dengan turunkan tandatangan atas tshirt. Aduh! Gagal untuk mengelak, walaupun berkali-kali saya menolak permintaan jika ada yang minta saya turunkan tandatangan di tshirt #taripasarperempuan sebelum ini. Sayang ... Buat pertama kalinya di Ipoh saya telah mungkir pada prinsip sendiri dengan turunkan tandatangan atas tshirt. Aduh! Gagal untuk mengelak, walaupun berkali-kali saya menolak permintaan jika ada yang minta saya turunkan tandatangan di tshirt #taripasarperempuan sebelum ini. Sayang kalau tshirt dinodai dengan marker. Namun malam itu saya cair dengan pujukan dan permintaan.
_
Saya perhatikan kebanyakkan warga Ipoh baik muda atau sudah berusia, lelaki atau perempuannya penuh sikap sopan-santun dan sungguh warm bila berbual. Mata bercahaya dan senyuman tak lekang dari bibir. Jatuh hati saya dengan kebaikan dan kemesraan. So cuba bagitau, macam mana nak tolak permintaan diorang minta sign tshirt? Haih.
_
Walaupun ralat juga tak dapat menyapa dan berlama-lama sembang dengan semua. Sungguh, yang datang malam itu ramai sekali. Gemuruh saya dibuatnya, sekaligus terharu atas kesudian semua yang melapangkan masa, duit dan tenaga.
_
Terimakasih wahai jiwa-jiwa yang tenang. Ipoh bukan saja bikin perut saya senang dengan makan-minumnya yang (hampir semuanya) enak-enak, malah membuatkan saya terharu dan hormat dengan nilai manusia yang tertanam dalam dada penghuninya. Jumpa lagi Ipoh. Saya sudah merindukan kamu. ❤️
Read more
Ayuh gais, raikan lagu kemanusiaan. Duit tak selamanya bikin perut kenyang, tapi cinta akan selalu ...
Media Removed
Ayuh gais, raikan lagu kemanusiaan. Duit tak selamanya bikin perut kenyang, tapi cinta akan selalu menyelamatkan perang. ️ _ Let's celebrate humanity and music at #LoveSuria on the 17th August 2018 at @warunkkoffie, in conjuction with @CintaSyriaMalaysia's trip to Syria. _ Will ... Ayuh gais, raikan lagu kemanusiaan. Duit tak selamanya bikin perut kenyang, tapi cinta akan selalu menyelamatkan perang. ❤️
_
Let's celebrate humanity and music at #LoveSuria on the 17th August 2018 at @warunkkoffie, in conjuction with @CintaSyriaMalaysia's trip to Syria.
_
Will be hosted by @fazleena throughout the Friday night acoustic session feat @officialnohsalleh @kugiranmasdo @orkeshizadin @CORAband and sharing session by @ashmhydn (moderator) with @musanuwayri and @officialnohsalleh (panelists).
_
RSVP is available now at http://bit.ly/2njlsC5 and payment shall be made on the day itself. See you there! :)
Read more
Kesempatan kembara #taripasarperempuan ke beberapa lokasi seluruh Malaysia, membolehkan saya ...
Media Removed
Kesempatan kembara #taripasarperempuan ke beberapa lokasi seluruh Malaysia, membolehkan saya bertemu dengan teman-teman seperjuangan yang jauh di mata dekat di hati. Sebolehnya saya cuba mencuri waktu disela kesibukan dan kelelahan selepas acara, walau masa yang ada terlalu mencemburui. ... Kesempatan kembara #taripasarperempuan ke beberapa lokasi seluruh Malaysia, membolehkan saya bertemu dengan teman-teman seperjuangan yang jauh di mata dekat di hati. Sebolehnya saya cuba mencuri waktu disela kesibukan dan kelelahan selepas acara, walau masa yang ada terlalu mencemburui. Sekurangnya melepaskan rindu, mengemaskini perihal hidup masing-masing dan saling berbagi kemesraan, agar rindu boleh jadi bekal untuk pertemuan seterusnya. Dalam jalur hidup yang amat pantas ini--masa yang berkualiti mahal harganya.
_
Saya mengenali @jasminhassan kerana kami menulis di bawah kelompok penerbitan yang sama. Bersua lewat acara seni dan sastera sekitar 2013, berkawan di media sosial dan sesekali bermesej secara personal hingga kini. Entah kenapa, saya selalu merasakan Jasmin dan saya punya keserasian dari segi pendapat dan keperibadian. Seolah dia boleh baca fikiran saya dan saya boleh faham tingkahlakunya. Connection itu sangat kuat. Saya melihat Jasmin macam saya versi yang lebih muda. Hehe.
_
Jasmin membawa bersama Dahlia. Bunga yang kini tumbuh harum di sisinya. Dahlia adalah doa yang dimakbulkan Tuhan pada Jasmin dan suami setelah bertahun-tahun lamanya menunggu. Leka saya melayan Dahlia yang comel dan cheeky. Saya ingin sekali membisikkan pada Dahlia, bahawa pengorbanan mummy dan daddynya untuk melihat dirinya tumbuh dan mekar di dunia ini, tidak terbalas dengan apa pun.
_
Jasmin selalu katakan yang saya idola dan inspirasi buatnya, tetapi dia terlupa bahawa dia adalah motivasi terbesar saya untuk terus berjuang demi kebahagiaan. Apakah yang lebih besar dari itu?
_
Terimakasih Min atas kasih sayang dan persaudaraan ini. Kakak sayang Min. ❤️
Read more
Istimewanya kembara Ipoh, barisan karyawan jemputan terdiri dari kumbang-kumbang yang berbakat ...
Media Removed
Istimewanya kembara Ipoh, barisan karyawan jemputan terdiri dari kumbang-kumbang yang berbakat dengan persembahan yang mempersonakan. Melihat mereka membawa apresiasi perempuan di atas pentas, amat membanggakan. _ Ada band yang baru ditubuhkan demi acara ini dan ada juga kugiran ... Istimewanya kembara Ipoh, barisan karyawan jemputan terdiri dari kumbang-kumbang yang berbakat dengan persembahan yang mempersonakan. Melihat mereka membawa apresiasi perempuan di atas pentas, amat membanggakan.
_
Ada band yang baru ditubuhkan demi acara ini dan ada juga kugiran yang pertama kali berpentas bersama. Saya fikir ini menarik dan menjadi sejarah yang tak mungkin dilupakan.
_
Terimakasih atas budi baik dan keikhlasan awak semua. Moga terus menyinari kota cinta dengan segenap lagu dan puisi indah. ❤️ #taripasarperempuan
Read more
Kerinduan pada MarkasKD sedikit sebanyak terubat apabila keluarga @khizanat_hall sudi meminjamkan ...
Media Removed
Kerinduan pada MarkasKD sedikit sebanyak terubat apabila keluarga @khizanat_hall sudi meminjamkan ruangnya untuk kembara #taripasarperempuan tempohari. Sekaligus menyedarkan saya bahawa mereka yang membangunkan ruang seni untuk komuniti adalah sebenar-benar pahlawan dan ... Kerinduan pada MarkasKD sedikit sebanyak terubat apabila keluarga @khizanat_hall sudi meminjamkan ruangnya untuk kembara #taripasarperempuan tempohari. Sekaligus menyedarkan saya bahawa mereka yang membangunkan ruang seni untuk komuniti adalah sebenar-benar pahlawan dan srikandi.
_
Walaupun sedang gigih mengusahakan crowd-funding untuk memastikan hub ini terus hidup, mereka masih sudi menerima kehadiran saya. Menyediakan keperluan yang terbaik dan menyantuni tetamu yang datang ke rumah ini dengan ramah dan penuh kemesraan.
_
Kembara Ipoh tidak akan wujud tanpa lelaki elektrik @mohd.jayzuan yang menjadi penghubung saya dan team Khizanat. Ia juga tidak akan berjalan lancar tanpa kepakaran dan khidmat cemerlang @pyan_ehem2 yang memastikan segalanya sempurna. Begitu juga Kak Ya & Dee yang membantu menyelaraskan acara dengan sangat baik. Terimakasih buat kalian dari sudut hati yang paling dalam. Hanya Tuhan yang mampu membalasnya.
_
Pengalaman memakai clip mic buat pertama kalinya dalam sesi jelajah ini akan saya kenang sepanjang hidup. Seolah berpentas di Istana Budaya rasanya. Tetapi sudah pasti pengalaman ini lebih manis, kerana tanpa hub-hub seni sebegini, seni-budaya akan lumpuh dan mati. Sokonglah @khizanat_hall dan pastikan ia terus bernafas untuk 1000 tahun lagi demi pembangunan komuniti dan kemanusiaan.
Read more
Orang pertama yang muncul dalam fikiran saya sewaktu merancang kembara di Ipoh ialah @ellinsailillah ...
Media Removed
Orang pertama yang muncul dalam fikiran saya sewaktu merancang kembara di Ipoh ialah @ellinsailillah sebagai penghubung dan moderator acara. Bukan saja kerana perhubungan kami yang panjang, tetapi dia antara karyawan aktif dan terbaik yang ada di Ipoh. _ Ellin merupakan teman kepada ... Orang pertama yang muncul dalam fikiran saya sewaktu merancang kembara di Ipoh ialah @ellinsailillah sebagai penghubung dan moderator acara. Bukan saja kerana perhubungan kami yang panjang, tetapi dia antara karyawan aktif dan terbaik yang ada di Ipoh.
_
Ellin merupakan teman kepada adik perempuan saya @farizahishamuddin dan memanggil saya Angah. Di hari acara, ibu bapanya turut hadir meraikan sehingga tamat acara, walaupun sesekali saya nampak ayah Ellin sudah keletihan dan mengantuk. Tapi mereka tetap setia melihat puterinya melakukan pekerjaan yang dia minat. Perasaannya sama seperti melihat mak abah saya sendiri yang selalu menyokong aktiviti seni anak-anak. Di mana jua. Saya sebak dan terharu.
_
Esoknya saya ke Dataran Ipoh, Ellin sedang bertugas sebagai floor manager di Festival Kesenian Ipoh. Dalam kesibukannya, dia masih sudi meraikan kembara saya. Dan menjadi moderator yang terbaik ketika sembang buku dan perantara yang happening untuk setiap slot persembahan. Terimakasih untuk segala-galanya Ellin. Angah tahu yang awak akan jadi permata yang tinggi nilainya untuk kesenian dan kebudayaan Perak. Terus berjuang. I love you! ❤️ #taripasarperempuan
Read more
Di setiap perkara yang saya lakukan, ada individu yang sentiasa menemani perjalanan. Samada ia ...
Media Removed
Di setiap perkara yang saya lakukan, ada individu yang sentiasa menemani perjalanan. Samada ia berakhir dengan kejayaan mahupun kegagalan. Dialah yang buat saya terus bertahan. _ Ketika kembara Ipoh tempohari, Amar duduk menemani saya di atas pentas. Sedangkan sebelum ini, dia akan ... Di setiap perkara yang saya lakukan, ada individu yang sentiasa menemani perjalanan. Samada ia berakhir dengan kejayaan mahupun kegagalan. Dialah yang buat saya terus bertahan.
_
Ketika kembara Ipoh tempohari, Amar duduk menemani saya di atas pentas. Sedangkan sebelum ini, dia akan berada di belakang atau di depan (secara tersembunyi) menyediakan runut bunyi bagi menyempurnakan persembahan saya.
_
Atas keperluan teknikal, Amar perlu berada di tepi pentas dan menjadi sebahagian tontonan khalayak. Gerak-gerinya pasti dan mungkin juga diperhatikan. Malam itu dia lebih gementar dari saya mungkin, hingga terlepas cue audio, yang sedikit sebanyak menganggu penghayatan saya. Still, the show must go on.
_
Selesai persembahan, saya geram dan angin juga dengan dia, tapi dia akui tak sedar dan terlepas cue yang sepatutnya. Ia jadi bahan gelak tawa kami sampai hari ini.
_
Momen ini akan saya kenang sampai bila-bila. Bukan kerana kelemahan atau ketidaksempurnaan, tetapi kehadirannya yang setia menemani saya, melakukan perkara yang saya suka, ternyata lebih bermakna dari segalanya. #taripasarperempuan
📸 : @theiliaqilah ❤️
Read more
Selesai kembara #taripasarperempuan di bandaraya Ipoh, City of love. Terimakasih atas keramahan, ...
Media Removed
Selesai kembara #taripasarperempuan di bandaraya Ipoh, City of love. Terimakasih atas keramahan, kehangatan dan kasih sayang. Selesai kembara #taripasarperempuan di bandaraya Ipoh, City of love. Terimakasih atas keramahan, kehangatan dan kasih sayang. ❤️
Nasi (Ganja) is not a crime. Coz Its soooo nyumm.
Media Removed
Nasi (Ganja) is not a crime. Coz Its soooo nyumm. Nasi (Ganja) is not a crime. Coz Its soooo nyumm.
Siang tadi melawat Pameran Khazanah Kapal Karam di Muzium Negara dan menemui rahsia-rahsia yang ...
Media Removed
Siang tadi melawat Pameran Khazanah Kapal Karam di Muzium Negara dan menemui rahsia-rahsia yang terbenam. _ OST filem Titanic My Heart Will Go On berputar-putar di benak. "You jump, i jump Jack." _ Pameran berlangsung hingga 31 Oktober ini. Siang tadi melawat Pameran Khazanah Kapal Karam di Muzium Negara dan menemui rahsia-rahsia yang terbenam.
_
OST filem Titanic My Heart Will Go On berputar-putar di benak. "You jump, i jump Jack."
_
Pameran berlangsung hingga 31 Oktober ini.
Hari ni saya bertuah dapat bertemu dan mewawancara 3 orang seniman muda di @rumahseniselangor ...
Media Removed
Hari ni saya bertuah dapat bertemu dan mewawancara 3 orang seniman muda di @rumahseniselangor yang sedang menjalani program residensi. Saya diminta untuk menulis tentang ruang komuniti ini oleh editor sebuah majalah seni/budaya. _ Sebelum pulang, saya dihadiahkan lukisan diri ... Hari ni saya bertuah dapat bertemu dan mewawancara 3 orang seniman muda di @rumahseniselangor yang sedang menjalani program residensi. Saya diminta untuk menulis tentang ruang komuniti ini oleh editor sebuah majalah seni/budaya.
_
Sebelum pulang, saya dihadiahkan lukisan diri saya yang dilukis secara live oleh Arina Kiswantoh. Aduh! Tersentuh hati saya.
_
Banyak yang saya belajar dari wawancara ini. Tentang semangat, falsafah seni dan perjuangan. Inilah antara perkara yang buat saya bertahan dalam bidang ini, kerana saya boleh bertemu dengan ramai manusia hebat, meminjam semangat dan belajar dari ketekunan mereka.
Read more
Mengenakan batik lepas Pahang hadiah dari adinda @nadiahashaary ketika kembara Melaka tempohari. ...
Media Removed
Mengenakan batik lepas Pahang hadiah dari adinda @nadiahashaary ketika kembara Melaka tempohari. Beliau dan keluarganya mengusahakan batik tulis sendiri di Kuantan iaitu @batik.rm Materialnya sedap, sejuk dan sangat selesa. Coraknya mempersonakan. _ Saya dah dapat imej yang ... Mengenakan batik lepas Pahang hadiah dari adinda @nadiahashaary ketika kembara Melaka tempohari. Beliau dan keluarganya mengusahakan batik tulis sendiri di Kuantan iaitu @batik.rm Materialnya sedap, sejuk dan sangat selesa. Coraknya mempersonakan.
_
Saya dah dapat imej yang tepat untuk diri saya. Saya akan bawa batik berjalan ke luar. Sepertimana kita selesa memasak di dapur dan mengemas rumah dengan berkain batik, begitulah juga kita patut selesa pakai batik walau di mana pun. Tapi kena ikat betul-betul tau. Lucut nanti, naya. Nak selamat kena pakai legging atau tight kat dalam. Kikiki. #taripasarperempuan
Read more
Hatiku tertinggal di Melaka. Terimakasih teman-teman yang sudi datang dari jauh dan dekat. Hingga ...
Media Removed
Hatiku tertinggal di Melaka. Terimakasih teman-teman yang sudi datang dari jauh dan dekat. Hingga ke Muar dan Kuala Lumpur. Kehadiran awak semua sangat bermakna untuk saya. Semoga akan ada pertemuan lain di hari mendatang. Dan kasih sayang kita berpanjangan. #taripasarperempuan Hatiku tertinggal di Melaka. Terimakasih teman-teman yang sudi datang dari jauh dan dekat. Hingga ke Muar dan Kuala Lumpur. Kehadiran awak semua sangat bermakna untuk saya. Semoga akan ada pertemuan lain di hari mendatang. Dan kasih sayang kita berpanjangan. #taripasarperempuan ❤️
Saya menemui terapi baru untuk berdamai dengan diri sendiri. Selama seminggu, berbekalkan tutorial ...
Media Removed
Saya menemui terapi baru untuk berdamai dengan diri sendiri. Selama seminggu, berbekalkan tutorial di utube, akhirnya siap dream catcher dan macrame pertama saya. Kini baru saya faham kenapa ia dijual mahal sekali. Kerjanya memerlukan fokus, kesabaran dan passion yang takpernah saya ... Saya menemui terapi baru untuk berdamai dengan diri sendiri. Selama seminggu, berbekalkan tutorial di utube, akhirnya siap dream catcher dan macrame pertama saya. Kini baru saya faham kenapa ia dijual mahal sekali. Kerjanya memerlukan fokus, kesabaran dan passion yang takpernah saya fikirkan. Terpaksa buat photoshoot dalam hutan demi mengabadikan karya ini. Kikiki. Onz tak onz? #dreamcatcher #macrame
Read more
Jujurnya, kebimbangan awal dalam proses mementaskan monodrama ini adalah gangguan-gangguan ...
Media Removed
Jujurnya, kebimbangan awal dalam proses mementaskan monodrama ini adalah gangguan-gangguan yang tak terduga hingga menyebabkan fokus dan penghayatan hilang ketika show berlangsung. _ Apabila kembara ini bermula, saya sedar akan berhadapan dengan pelbagai jenis ruang. Sudah ... Jujurnya, kebimbangan awal dalam proses mementaskan monodrama ini adalah gangguan-gangguan yang tak terduga hingga menyebabkan fokus dan penghayatan hilang ketika show berlangsung.
_
Apabila kembara ini bermula, saya sedar akan berhadapan dengan pelbagai jenis ruang. Sudah tentu ia bukan ruang pementasan sebenar dengan segala kesempurnaan teknikal dan peraturan panggung yang memaksa audience untuk diam dan memberi perhatian.
_
Setelah 2 lokasi berlangsung, saya punya kefahaman penuh bahawa sayalah yang harus beradaptasi dengan ruang. Ketika mengungkapkan dialog--ada biji kopi yang sedang berkisar, ada suara anak kecil yang merengek, ada suara pelanggan yang sedang order makanan, bunyi kunyahan, enjin kenderaan dari jalanraya berdekatan, telefon berdering, derap kaki yang bergesel dengan lantai dan bunyi pintu yang menguak dan tertutup. Ia seolah runut bunyi semulajadi yang menjadi nilai tambah untuk monodrama ini. Saya ternyata perlahan-lahan menikmatinya.
_
Ada banyak lagi ruang dan tempat yang akan saya jelajahi. Tak sabar menanti apakah yang ditawarkan ruang tersebut untuk saya. Dan bunyi apakah lagi yang muncul berdengung menganggu saya. Kerna apa saja yang terjadi, the show must go on. #taripasarperempuan
Read more

Loading...