Loading Content...

Thedaiegraphy Instagram Photos and Videos

Loading...


thedaiegraphy Malaysian Muslim Daiegraphers @thedaiegraphy mentions
Followers: 28,520
Following: 90
Total Comments: 0
Total Likes: 0

Fikirkanlah terlebih dahulu akibat buruk atas apa yang kau lakukan. Agar kau lebih mudah meninggalkan ...
Media Removed
Fikirkanlah terlebih dahulu akibat buruk atas apa yang kau lakukan. Agar kau lebih mudah meninggalkan yang buruk. Selama ini kau masih berlindung di bawah pohon lupa. Kerana itu, keluarlah dari naungan kelalaianmu. Dengan begitu, kau dapat melihat cahaya hidayah dan mengetahui jalan ... Fikirkanlah terlebih dahulu akibat buruk atas apa yang kau lakukan. Agar kau lebih mudah meninggalkan yang buruk. Selama ini kau masih berlindung di bawah pohon lupa. Kerana itu, keluarlah dari naungan kelalaianmu.

Dengan begitu, kau dapat melihat cahaya hidayah dan mengetahui jalan yang benar. Pohon lupa disuburkan oleh air kebodohan. Sedangkan pohon dzikir dan makrifat disuburkan oleh tafakur. Pohon taubat disuburkan oleh air penyesalan. Dan, pohon cinta disuburkan oleh air keredhaan kepada Allah. [Al-Imam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani قدس الله سره]

#thedaiegraphy
Read more
Loading...
"Seseorang yang tengah tidur tidak akan pernah sedar kalau dia tengah bermimpi. Kecuali setelah ...
Media Removed
"Seseorang yang tengah tidur tidak akan pernah sedar kalau dia tengah bermimpi. Kecuali setelah bangun dari tidurnya. Begitupun seseorang yang tengah lupa akan akhirat, tidak akan pernah mengetahui apa-apa yang dia sia-siakan, kecuali setelah datangnya kematian." . Habib Hud ... "Seseorang yang tengah tidur tidak akan pernah sedar kalau dia tengah bermimpi. Kecuali setelah bangun dari tidurnya. Begitupun seseorang yang tengah lupa akan akhirat, tidak akan pernah mengetahui apa-apa yang dia sia-siakan, kecuali setelah datangnya kematian."
.

Habib Hud Bin Muhammad Al-Bagir Alatas

#thedaiegraphy
Read more
Kenapa kamu diam? Apabila kamu di dalam kereta, atau berjalan-jalan, atau berada di pasar, atau ...
Media Removed
Kenapa kamu diam? Apabila kamu di dalam kereta, atau berjalan-jalan, atau berada di pasar, atau ketika di pejabat atau di mana-mana sahaja. . Kenapa kamu diam? Sedangkan setiap detik daripada umur kamu itu dihisab oleh Allah. . Ucaplah Istighfar, bacalah Al-Quran. Jika kamu tidak ... Kenapa kamu diam? Apabila kamu di dalam kereta, atau berjalan-jalan, atau berada di pasar, atau ketika di pejabat atau di mana-mana sahaja.
.
Kenapa kamu diam? Sedangkan setiap detik daripada umur kamu itu dihisab oleh Allah.
.
Ucaplah Istighfar, bacalah Al-Quran. Jika kamu tidak hafal, maka bacalah dan ulanglah Al-Fatihah seribu atau dua ribu kali nescaya ia takkan memudharatkanmu bahkan ia memberi manfaat.
.
Kenapa kamu diam? Beristighfarlah, bertahlillah (sebut لا ٳله ٳلا الله). Bila kamu berhenti di lampu isyarat sambil menanti lampu hijau, kenapa kamu diam? Beristighfarlah, Bacalah, Ulanglah.
.
Kenapa kamu diam?
.
—Dr Abdul Aziz Al-Sadhan
.
Zikir Rabbaniyah
Amalkan setiap hari
.
nak tenang, nak selesa dalam hidup & nak rasa dekat dengan Allah amalkan zikir-zikir ini :
.
1. Astaghfirullahal azim - 100×
.
2. Subhanallah wabihamdi subhanallah al azim - 100x
.
3. LaailahailAllah - 100x
.
4. HasbiAllah wani'mal wakil - 100x
.
5. Subhanallah walhamdulillah walailhaillallah wallahuakbar - 100x
.
6. Lahaulawala quwwata illa billahil'ali hil azim - 100x
.
7. Allahumma salli 'ala sayidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim -100x
.
Buatlah suatu kebaikan yang terus hidup, walaupun setelah kita meninggal nanti.
.
—Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi
.
#thedaiegraphy
Read more
Kehidupan Yang Terpesong? . Adakah kita hidup ni berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah? . Kehidupan ...
Media Removed
Kehidupan Yang Terpesong? . Adakah kita hidup ni berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah? . Kehidupan di dunia ni mempunyai tiga kelompok iaitu Mukmin, Munafik dan Kafir. . Orang islam yang sesat ajarannya dipanggil MUNAFIK. Orang munafik ni berbeza dengan orang islam. Orang yang ... Kehidupan Yang Terpesong?
.
Adakah kita hidup ni berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah?
.
Kehidupan di dunia ni mempunyai tiga kelompok iaitu Mukmin, Munafik dan Kafir.
.
Orang islam yang sesat ajarannya dipanggil MUNAFIK. Orang munafik ni berbeza dengan orang islam. Orang yang munafik ni orang yang mengkhianati Allah. tinggal apa yang disuruh dan buat apa yang dilarang.
.
Rasulullah saw dah sebut dalam hadis baginda "tidak akan berzina seorang mukmin, dimana waktu dia seorang mukmin, perkara sedemikian tidak akan terjadi, kalau dia berzina juga, keluar iman dia dari kepala dan waktu tu dia dah jadi munafik. Allah tak jadikan orang mukmin orang yang khianat. Kita tak boleh sebut orang islam ni khianat sebab kalau kita sebut je islam sudah tentu ia terjamin dari segi sifatnya,peribadinya dan sebagainya. Kalau orang yang dikatakan islam tetapi sesat, itu adalah orang yang munafik.
.
Islam mengajar supaya jangan jadi munafik dan bila kita islam biar kita jadi seorang mukmin yang benar-benar mentaati perintah Allah. Jangan sesekali menjadi munafik. Ada orang sebut " takpe ustaz, munafik je tak kafir pun". Wahai sahabat-sahabat sekalian, orang yang munafik dan kafir tu serentak je dihumban ke dalam neraka Allah, tiada beza pun. Allah kumpulkan orang orang munafik dan kafir tersebut di dalam kawah neraka Allah.
.
Akhir-akhir ni orang kita makin pelik, ramai yang mengatakan orang kafir jauh lebih baik dari orang islam. Sebaik mana pun orang kafir, neraka juga kesudahannya manakala orang islam, sebanyak mana pun dosa yang dilakukan, kemuncak dia syurga juga. Itu istilah yang kita kena faham.
.
Kadang-kadang orang kita terbelit dalam hal macam ni dan boleh jadi sesat. Allahuakbar bahayanya orang zaman sekarang ni, sama-samalah kita muhasabah balik diri kita dan perbetulkan amalan kita supaya kita tidak tergolong dalam golongan munafik dan kafir.
.
—Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
.
#thedaiegraphy
Read more
SEDERHANANYA RASULULLAH SAW Kita selak sejenak bagaimana sederhananya Rasulullah saw dalam ...
Media Removed
SEDERHANANYA RASULULLAH SAW Kita selak sejenak bagaimana sederhananya Rasulullah saw dalam soal makanan. Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a, beliau menceritakan, “Sesungguhnya kami ahli keluarga Muhammad pernah tinggal (di rumah) selama sebulan tanpa kami menyalakan ... SEDERHANANYA RASULULLAH SAW

Kita selak sejenak bagaimana sederhananya Rasulullah saw dalam soal makanan.

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a, beliau menceritakan, “Sesungguhnya kami ahli keluarga Muhammad pernah tinggal (di rumah) selama sebulan tanpa kami menyalakan api (untuk memasak) makanan kami tiada lain hanyalah tamar dan air.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Diriwayatakan juga daripada Simak bin Harb, beliau menceritakan, “Aku mendengar al’Nu’man bin Basyir berkata: ‘Tidakkah kamu berpeluang menikmati makanan dan minuman yang kamu kehendaki? ‘Sesungguhnya aku pernah melihat Rasulullah saw kamu pada ketika Baginda tidak menemui tamar yang murah bagi memenuhi perutnya.” (Riwayat Muslim)

Subhanallah inilah kehidupan Rasulullah saw yang penuh sederhana. Baginda amat jarang berada dalam kekenyangan sebaliknya selalu memilih berlapar.

Bukan kerana Baginda tidak mampu mengejar kemewahan sebaliknya kerana Baginda memilih kehidupan begitu. Sederhana dan merasakan kekurangan menjadikan akhirat lebih dekat di hati Baginda.

Bahkan Baginda juga tidak meredai dunia untuk dirinya dan keluarganya. Kerana itu Baginda mengajak keluarganya untuk turut bersikap zuhud di dunia seperti kehidupannya.

Sahl bin Saad al-Sa’idi meriwayatkan bahawa seorang lelaki bertemu Rasulullah saw dan bertanya, “Wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku suatu amalan yang apabila aku mengamalkannya, akau akan dicintai Allah dan semua manusia?” Baginda menjawab, “Zuhudlah kamu terhadap dunia nescaya Allah akan mencintaimu dan zuhudlah kamu terhadap apa-apa yang ada di tangan manusia nescaya mereka akan mencintaimu.” (Riwayat Ibn Majah)

Rasulullah saw juga bersabda, “Dunia merupakan penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir.” (Riwayat Muslim) “Lihatlah kepada orang yang (darjatnya) berada di bawah kalian dan janganlah melihat kepada orang yang (darjatnya) berada di atas kalian kerana hal itu lebih pantas agar kalian tidak mengingkari nikmat Allah atas kalian.” (Riwayat Muslim)

Wallahu’alam -Ustaz Fauwaz Fadzil

Tidak salah untuk berbelanja tapi jangan sampai membazir. Cukuplah seadanya.

#thedaiegraphy
Read more
Semoga segala amal yang dilakukan menjadikan kita hamba yang lebih ikhlas dan taqarrub (dekat) ...
Media Removed
Semoga segala amal yang dilakukan menjadikan kita hamba yang lebih ikhlas dan taqarrub (dekat) dengan Pencipta. Korbankanlah segala apa yang menghalang diri dari terus dekat kepadaNya. Mari menyantuni kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, Siti Hajar dan Nabi Ismail a.s atas kesabaran ... Semoga segala amal yang dilakukan menjadikan kita hamba yang lebih ikhlas dan taqarrub (dekat) dengan Pencipta.

Korbankanlah segala apa yang menghalang diri dari terus dekat kepadaNya.

Mari menyantuni kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, Siti Hajar dan Nabi Ismail a.s atas kesabaran dan ketaatan mereka, Allah kurniakan hadiah yang jauh lebih berharga.

Kami mengucapkan
Selamat Hari Raya AidilAdha 1439H
Taqobbalallahu minna wa minkum wa ja'alana minal 'aidin wal faizin

#thedaiegraphy
Read more
Loading...
Ada seorang wanita di Tarim yang selalu melazimi berselawat dalam hidupnya sepanjang hari. Suatu ...
Media Removed
Ada seorang wanita di Tarim yang selalu melazimi berselawat dalam hidupnya sepanjang hari. Suatu hari wanita tersebut meninggal dan kemudian di kuburkan. Anak dari wanita itu kemudian bermimpi dengan ibunya. Dia melihat ibunya tinggal di sebuah singgasana. Dia kemudian datang kepada ... Ada seorang wanita di Tarim yang selalu melazimi berselawat dalam hidupnya sepanjang hari. Suatu hari wanita tersebut meninggal dan kemudian di kuburkan. Anak dari wanita itu kemudian bermimpi dengan ibunya. Dia melihat ibunya tinggal di sebuah singgasana.

Dia kemudian datang kepada ibunya dan bertanya; " Wahai Ibu, bagaimana keadaan ibu setelah kematian dan dikuburkan ?"
.

Ibunya menjawab : " Aku dikuburkan. Aku menunggu malaikat Munkar & Nakir yang sepatutnya datang. Aku menunggu 1 jam 2 jam hingga 5 jam, mereka tidak datang juga. Setelah 5 jam aku merasa kakiku bergerak. Tiba-tiba aku boleh berdiri dan saat berdiri runtuhlah dinding-dinding di kuburku. Kemudian aku melihat cahaya, bidadari-bidadari dan kebun-kebun yang dipenuhi buah-buahan yang sangat banyak. Aku pergi ke bidadari-bidadari di kebun tersebut dan bertanya, " Dimanakan Malaikat Munkar & Nakir? Mengapa mereka tidak datang kepadaku ? "
.

Para bidadari menjawab; " Mereka tidak akan datang kepadamu."
.

Aku bertanya lagi; " Mengapa? "
.

Kerana engkau sudah di syurga. Ini adalah syurga. Ini kerana selawat yang banyak yang engkau kirimkan kepada Rasulullah ﷺ. Engkau tak didatangi mereka dan menyoalmu. " Jawab bidadari-bidadari tersebut

Kisah daripada Al Habib Musa Kadzim Bin Ja'far As-Saggaf

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد مفتاح باب رحمة الله عدد ما فى علم الله صلاة وسلاما دائمين بدوام ملك الله وعلى اله وصحبه
Read more
Tipulah kalau kita kata dalam hati kita tiada sifat sombong. Pasti ada juga sikit. Pasti terkena ...
Media Removed
Tipulah kalau kita kata dalam hati kita tiada sifat sombong. Pasti ada juga sikit. Pasti terkena juga. Sebab itu bila kita belajar, baru kita boleh muhasabah diri dan istighfar. Ya Allah rupanya aku ada juga sifat itu. Saat itu kita berdoa pada Allah moga Allah bersihkan hati kita hatta sebesar ... Tipulah kalau kita kata dalam hati kita tiada sifat sombong. Pasti ada juga sikit. Pasti terkena juga. Sebab itu bila kita belajar, baru kita boleh muhasabah diri dan istighfar. Ya Allah rupanya aku ada juga sifat itu. Saat itu kita berdoa pada Allah moga Allah bersihkan hati kita hatta sebesar zarah sifat sombong.
.
Sebab itu ilmu sangat penting. Jika kita tak belajar, kita akan mempertahankan sifat itu. Bagi kita, kita rasa betul. Sebenarnya salah. Ilmu itu penting untuk mengelakkan kita jadi bodoh sombong.
.
Pernah kita dengar ayat bodoh sombong? Antara definasi ringkas, bodoh sombong ini menunjukkan orang yang tidak mahu belajar dan tidak mahu diajar jika tidak tahu tentang sesuatu perkara. Dia sahaja yang betul dan ego yang tinggi menyebabkan seseorang itu jadi begini.
.
Jika diri kita dan masyarakat ada sifat macam ni apa akan jadi. Contoh dalam sebuah keluarga ada akhlak macam ni. Abang je betul. Adik asyik salah. Kesannya akan bermasam muka. Kalau dalam organisasi ada sifat macam ni. Syarikat tak berkembang. Sebab itu ilmu mesti setiasa update.
.
Kebodohan itu menjadikan seseorang melampaui batas. Malahan dia akan terus pertahankan kebodohan tersebut.
.
Bimbang kita juga terjebak sama dengan sifat itu tanpa sedar. Akhirnya ia merugikan kita. .
Penatkan bila mana kita dah buat amalan bersungguh-sungguh. Tiba-tiba di akhirnya tidak boleh masuk Syurga Allah akibat penyakit sombong itu.
.
#thedaiegraphy
Read more
Loading...
Terkadang kita mendengar ucapan Jazaakallahu Khairan, lalu apa maknanya kalimat tersebut? . Jazaakallahu ...
Media Removed
Terkadang kita mendengar ucapan Jazaakallahu Khairan, lalu apa maknanya kalimat tersebut? . Jazaakallahu khairan adalah kalimat kebaikan yang menunjukkan segenap kebaikan disisi Allah SWT. . Jazaakallahu khairan artinya semoga Allah SWT menganugerahkan kepadamu syurga-Nya. . Jazaakallahu ... Terkadang kita mendengar ucapan Jazaakallahu Khairan, lalu apa maknanya kalimat tersebut?
.
Jazaakallahu khairan adalah kalimat kebaikan yang menunjukkan segenap kebaikan disisi Allah SWT.
.
Jazaakallahu khairan artinya semoga Allah SWT menganugerahkan kepadamu syurga-Nya.
.
Jazaakallahu khairan artinya semoga Allah SWT menganugerahkan kepadamu kenikmatan melihat wajah-Nya kelak di syurga.
.
Jazaakallahu khairan artinya semoga Allah SWT menyelamatkanmu dari neraka jahanam.
.
Jazaakallahu khairan artinya semoga Allah SWT memberikan hidayah untukmu di atas Siraatal Mustaqim.
.
Jazaakallahu khairan artinya semoga Allah SWT melindungimu dari syaitan yang terkutuk.
.
Jazaakallahu khairan artinya semoga Allah SWT memberikanmu rezeki yang penuh barkah.
.
Jazaakallahu khairan artinya semoga Allah SWT menjadikan engkau selalu berbakti kepada orang tuamu di dunia dan akhirat.
.
Jazaakallahu khairan artinya semoga Allah SWT menjadikan engkau senantiasa mengikuti sunnah Nabi-Nya صلى الله عليه وسلم.
.
Berkata Sayyidina Umar bin Khattab رضي الله عنه: "Jikalau sesaorang tahu apa yang terkandung dari ucapan Jazaakallahu khairan, niscaya ia akan memperbanyak untuk mengucapkannya antara satu sama lain."
.
Jazaakallahu khairan kita ucapkan kepada yang menerima faedah ini.
.
Dan Jazaakallahu khairan juga kita ucapkan kepada yang menyebar-luaskan nya.
semoga manfaat bersama.
.
Jazaakallahu Khairan.
.
—Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani

#thedaiegraphy
Read more
Menegur. Menasihati. Memberi pendapat. Biarlah berhemah. . Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak ...
Media Removed
Menegur. Menasihati. Memberi pendapat. Biarlah berhemah. . Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata buruk padahnya. . Orang yang tidur mesti dikejutkan, Orang yang lupa mesti diperingatkan. Orang yang lalai mesti dinasihatkan. . Sesiapa yang tidak pernah mendapat ... Menegur.
Menasihati.
Memberi pendapat.
Biarlah berhemah.
.
Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata buruk padahnya.
.
Orang yang tidur mesti dikejutkan,
Orang yang lupa mesti diperingatkan.
Orang yang lalai mesti dinasihatkan.
.
Sesiapa yang tidak pernah mendapat nasihat
dan peringatan maka dia sebenarnya telah mati.
.
Peringatan itu begitu bermanfaat buat sesiapa
yang menerimanya dengan hati yang terbuka
dan mempunyai ciri-ciri ingin bermuhasabah diri dan bertaubat.
.
"Dan tidak diberi peringatan melainkan sesiapa yang segera bertaubat."
.
—Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini
.
#thedaiegraphy
Read more
"DIAM itu EMAS dan Bicara di waktu yang tepat adalah berlian" . Diam itu adalah ibadah yang tanpa ...
Media Removed
"DIAM itu EMAS dan Bicara di waktu yang tepat adalah berlian" . Diam itu adalah ibadah yang tanpa bersusah payah . Diam adalah perhiasan bibir tanpa berhias dengan pemerah . Diam adalah kehebatan tanpa kerajaan . Diam adalah benteng tanpa pagar . Diam adalah kekayaan tanpa meminta ... "DIAM itu EMAS dan Bicara di waktu yang tepat adalah berlian"
.
Diam itu adalah ibadah yang tanpa bersusah payah
.
Diam adalah perhiasan bibir tanpa berhias dengan pemerah
.
Diam adalah kehebatan tanpa kerajaan
.
Diam adalah benteng tanpa pagar
.
Diam adalah kekayaan tanpa meminta kepada orang
.
Diam adalah istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal
.
Diam adalah penutup segala aib
.
Diam yang seperti inilah yang termasuk ibadah yang paling tinggi, kerana kebanyakan kesalahan itu timbul dari lisan.
.
Wallahu'alam.
.
#thedaiegraphy
Read more
KOMBO NEGARAKU SEMPENA HARI KEMERDEKAAN : DISKAUN RM5, PERCUMA BUTTON BADGE LIMITED EDITION TARBIAH ...
Media Removed
KOMBO NEGARAKU SEMPENA HARI KEMERDEKAAN : DISKAUN RM5, PERCUMA BUTTON BADGE LIMITED EDITION TARBIAH SENTAP X ISBIR OFFICIAL. . Semua mesti dah tahu, hari kemerdekaan kita raikan pada 31 Ogos setiap tahun Atas semangat cinta dan sayangkan negara, kami nak sambut awal tahun ni aci tak ... KOMBO NEGARAKU SEMPENA HARI KEMERDEKAAN : DISKAUN RM5, PERCUMA BUTTON BADGE LIMITED EDITION TARBIAH SENTAP X ISBIR OFFICIAL.
.
Semua mesti dah tahu, hari kemerdekaan kita raikan pada 31 Ogos setiap tahun 😍 Atas semangat cinta dan sayangkan negara, kami nak sambut awal tahun ni aci tak ? Jom kita sambut sama sama dengan dapatkan Kombo Negaraku khas dari kami 💪🏻
.
Kombo Negaraku ini semua kami setkan buku buku yang best seller! Buku yang dapat permintaan paling banyak pada setiap bulan, juga setiap tahun. Juga buku yang mendapat Anugerah Pilihan Pembaca pada tahun ini. Wah! Ni berita baik!
.
Kombo Negaraku, korang boleh pilih mana mana sahaja buku dalam poster di atas, kami bagi diskaun RM5 per kombo. Bukan tu je, korang juga akan dapat button badge "Ayuh trendingkan dakwah!" khas dari @amskarlofficial .
.
Kombo ni kami pasti, kalau korang tak dapatkan sekarang, akan menyesal kemudian hari. Jadi tunggu apa lagi kawan kawan, mari.
.
WHATSAPP 011-12253683 SEGERA
WHATSAPP 011-12253683 SEGERA
WHATSAPP 011-12253683 SEGERA
.
Kombo ni akan tamat pada 31 Ogos 2018. Kombo ni tak boleh dapatkan di mana mana. Hanya "one and only" dari kitaorang je. Hehe. Psssst ; nak ingatkann, kombo ni sekali saja setahun dan kami tak akan ulang tayangan dah. Ajak kawan kawan grab cecepattt!
.

Follow:

@amskarlofficial
@amskarlofficial
@amskarlofficial

#DakwahSentap #TarbiahSentap #SquadIsbir #KomboAidilAdha #KomboNegaraku #Promosi
Read more
Loading...
Rata-rata orang menjadi kaya apabila mencecah usia 50 tahun dan ke atas. Mereka perolehi kekayaan ...
Media Removed
Rata-rata orang menjadi kaya apabila mencecah usia 50 tahun dan ke atas. Mereka perolehi kekayaan dari pelbagai punca dan sumber semulajadi. Antaranya: 1. Ada PERAK di rambutnya. 2. Ada EMAS di giginya. 3. Ada GAS di perutnya. 4. Ada KRISTAL di ginjalnya. 5. Ada MINYAK di darahnya. 6. ... Rata-rata orang menjadi kaya apabila mencecah usia 50 tahun dan ke atas.

Mereka perolehi kekayaan dari pelbagai punca dan sumber semulajadi.

Antaranya:
1. Ada PERAK di rambutnya.
2. Ada EMAS di giginya.
3. Ada GAS di perutnya.
4. Ada KRISTAL di ginjalnya.
5. Ada MINYAK di darahnya.
6. Ada GULA di air kencingnya.
7. Ada KAPUR di tulangnya.
8. Ada INTAN di hempedunya.
9. Ada CINCIN di jantungnya.
10. Ada BATU di pundi kencingnya.

Namun mereka umumnya tidak sombong dan merendah diri.

Ini dapat dilihat dari jalannya yg kian menunduk.

Kekayaan dan sifat yang diperolehi di usia tua ini merupakan suatu mesej dari Allah bahawa kehidupannya didunia hampir tamat dan peringatan untuk bersiap kehidupan akhirat yang kekal abadi." Habib Ali Zaenal Abidin Bin Alwi Alkaff

#thedaiegraphy
Read more
Bagaimana seharusnya seseorang memandang orang lain dalam pergaulan sehari-hari? . Ciri-ciri ...
Media Removed
Bagaimana seharusnya seseorang memandang orang lain dalam pergaulan sehari-hari? . Ciri-ciri orang orang soleh itu, dia tak pernah memandang buruk orang lain selain dirinya sendiri. . Kalau dirimu masih melihat keburukan pada orang lain, maka paling minimum carilah sekurang-kurangnya ... Bagaimana seharusnya seseorang memandang orang lain dalam pergaulan sehari-hari?
.
Ciri-ciri orang orang soleh itu, dia tak pernah memandang buruk orang lain selain dirinya sendiri.
.
Kalau dirimu masih melihat keburukan pada orang lain, maka paling minimum carilah sekurang-kurangnya satu kebaikannya sampai ketemu, pasti ada!
.
Akan tetapi jika kau tetap tidak dapat menemukan kebaikannya, maka janganlah terburu-buru mencelanya, sebaliknya Cela-lah dirimu sendiri atas kegagalanmu menemukan sisi kebaikannya.
.
Kerana ketahuilah. Seburuk-buruk manusia pasti dia masih menyimpan Fitrah yang suci. Dan tak ada manusia yang jatuh lebih rendah dari fitrahnya.
.
Berusahalah dirimu selalu berakhlak dengan akhlak Allah yang dalam pandangan rahmatNya berkenan menghapus 1001 keburukan manusia dengan hanya satu kebaikan taubat.
.
Dan janganlah kau tiru akhlak iblis, kerana kesombongannya, ia justru menghapus 1001 nilai kebaikan manusia hanya kerana satu kekurangan. Fahamilah.
.
—Kiyai Dhiyauddin
.
#thedaiegraphy
Read more
Semua orang boleh beribadah. Semua orang boleh pergi ke masjid, solat, mengaji, berzikir, qiamullail, ...
Media Removed
Semua orang boleh beribadah. Semua orang boleh pergi ke masjid, solat, mengaji, berzikir, qiamullail, pergi majlis ilmu & sebagainya. Tetapi tak semua boleh melakukan penyucian hati (tazkiyah al nafs). Berapa ramai yang solat tetapi masih melakukan maksiat? Berapa ramai yang pergi ... Semua orang boleh beribadah. Semua orang boleh pergi ke masjid, solat, mengaji, berzikir, qiamullail, pergi majlis ilmu & sebagainya.

Tetapi tak semua boleh melakukan penyucian hati (tazkiyah al nafs). Berapa ramai yang solat tetapi masih melakukan maksiat? Berapa ramai yang pergi ke masjid tetapi merasakan dirinya paling bagus?

Berapa ramai yang berzikir tetapi mulut masih mengumpat sana sini? Berapa ramai orang yang mengaji Al Quran tetapi masih mengeluarkan kata-kata kesat?
Berapa ramai yang pergi ke majlis ilmu tetapi balik dalam keadaan riya' kononnya berilmu tetapi amalnya kurang, post gambar sana sini bagi tahu satu dunia baru balik dari majlis ilmu & ada yang sempat menyuci mata dengan melihat akhwat yang bertudung labuh, berpurdah & ikhwan yang berjubah, berserban?

Hati yang bersih akan menyampai kepada Allah s.w.t. Bermujahadahlah dalam mendidik & menyucikan hati.
Kerana hati adalah raja segala anggota badan & hati merupakan tempat pertama pandangan Allah s.w.t.

Luaran kita boleh menipu dengan berjubah & berpurdah tetapi dalaman yakni hati walaupun ianya tersembunyi kita tidak mampu menipu.

#thedaiegraphy
Read more
Loading...
. . عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدُّنْيَا ...
Media Removed
. . عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ. . Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir." (HR ... .
.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ.
.
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir." (HR Muslim)
.
1. Setiap mukmin seumpama di penjara di dunia daripada melakukan segala perkara yang disukai oleh hawa nafsu dan yang diharamkan lagi dibenci syarak.
.
2. Menjadi kewajipan setiap mukmin untuk melakukan ketaatan walaupun dalam keadaan yang bertentangan dengan hawa nafsu, kerana apabila menemui kematian segala apa yang dijanjikan kerana ketaatannya akan dibalas oleh Allah SWT dengan kenikmatan yang berkekalan.
.
3. Manakala orang kafir walaupun diberikan kenikmatan seumpama disyurga sewaktu di dunia, hakikat yang sebenarnya itu hanyalah kenikmatan yang sementara di atas setiap kebaikan yang dilakukan di dunia ini jika dibandingkan dengan kedahsyatan azab berkekalan yang diterima di atas kekufurannya
.
4. Sebagai seorang mukmin, kita ada had dan batas. Ada perkara yang kita boleh buat dan ada perkara yang dilarang. Kita tidak boleh melakukan sesuatu mengikut keinginan nafsu semata-mata.
.
#thedaiegraphy
Read more
 #review Last Call! Cepat grab sebelum terlambat! . AYDAN ISLAMIC SPORTS CLOTHING @aydancloth @aydancloth @aydancloth ...
Media Removed
#review Last Call! Cepat grab sebelum terlambat! . AYDAN ISLAMIC SPORTS CLOTHING @aydancloth @aydancloth @aydancloth . #Sebarkan #bajuislamik #malaysia #lastcall #review

Last Call! Cepat grab sebelum terlambat! .
AYDAN ISLAMIC SPORTS CLOTHING

@aydancloth
@aydancloth
@aydancloth .
#Sebarkan #bajuislamik #malaysia #lastcall
Nama Rabi’ah al-’Adawiyah harum di mata banyak orang. Kealimannya, kerendahhatiannya, dan hidup ...
Media Removed
Nama Rabi’ah al-’Adawiyah harum di mata banyak orang. Kealimannya, kerendahhatiannya, dan hidup zuhudnya seolah memunculkan magnet yang menarik banyak kalangan untuk mengaguminya sebagai perempuan sufi yang tak biasa. Tak hanya masyarakat awam, kekaguman tersebut ternyata juga ... Nama Rabi’ah al-’Adawiyah harum di mata banyak orang. Kealimannya, kerendahhatiannya, dan hidup zuhudnya seolah memunculkan magnet yang menarik banyak kalangan untuk mengaguminya sebagai perempuan sufi yang tak biasa. Tak hanya masyarakat awam, kekaguman tersebut ternyata juga dimiliki para ulama besar yang sezaman.

Tak heran, ketika ulama perempuan ini berstatus janda lantaran sang suami wafat, banyak ulama yang berusaha melamarnya untuk menjadi pendamping hidup. Dalam kitab Durratun Nashihin diuangkapkan, para ulama ternama yang terpikat hatinya itu antara lain Hasan al-Bashri, Malik bin Dinar, dan Tsabit al-Banani.

Ketika para ulama tersebut suatu hari datang ke kediaman Rabi’ah al-’Adawiyah dan mengutarakan maksud tulus mereka untuk meminang, dari balik hijab Rabi’ah berujar, “Baiklah, tapi aku ingin tahu, siapakah di antara kalian yang paling alim, maka aku akan bersedia menjadi istrinya.” “Dialah Hasan al-Bashri,” sahut Malik bin Dinar dan Tsabit al-Banani. Suasana “persaingan” merebut hati Rabi’ah ternyata tak menghalangi mereka untuk tetap tawadhu’ satu sama lain.

Rabi’ah pun mulai mengajukan persyaratan kepada Hasan al-Bashri. “Jika Tuan mampu menjawab empat masalah yang aku ajukan maka aku bersedia menjadi istri Tuan.” “Silakan, wahai Rabi’ah. Semoga Allah memberi taufiq kepada aku dalam menjawab pertanyaan-pertanyaan itu,” balas Hasan al-Bashri. “Menurut Tuan, kalau aku meninggal dunia, apakah kematianku dengan membawa ketetapan iman atau tidak?” “Maaf, hal ini termasuk hal yang ghaib, dan tiada yang tahu pasti kecuali Allah,” jawab Hasan al-Bashri.

Rabi’ah melanjutkan, “Ketika aku bersemayam dalam kubur, lalu malaikat Munkar dan Nakir bertanya, menurut Tuan, mampukah aku menjawabnya?” “Maaf, itu juga termasuk masalah ghaib. Yang tahu hanyalah Allah.” “Menurut Tuan, ketika manusia dihimpun di hari Kiamat kelak, aku termasuk orang yang menerima kitab amal dengan tangan kanan ataukah kiri?” Hasan al-Bashri masih mengutarakan jawaban yang sama. Ia tak dapat menjawab masalah yang ia nilai ghaib itu. “Menurut Tuan, ketika manusia dipanggil, aku termasuk golongan orang yang masuk surge atau neraka?” (Bersambung di bahagian comment)
Read more
Loading...
Sape NAK JERSEY MACAM NI KOMEN SAYA NAKK! . Admin nak bagitahu ni. @hm_outlet tengah open pre order ...
Media Removed
Sape NAK JERSEY MACAM NI KOMEN SAYA NAKK! . Admin nak bagitahu ni. @hm_outlet tengah open pre order untuk baju ISTIQAMAH RARE NI sampai 18 hb July sajaa tau! . . Batch ketujuh dibuka atas permintaan ramai! Sebab apaa tau? . . Material jersey yang susah nak dapat di kedai. Tshirt muslimah ... Sape NAK JERSEY MACAM NI KOMEN SAYA NAKK!
.
Admin nak bagitahu ni. @hm_outlet tengah open pre order untuk baju ISTIQAMAH RARE NI sampai 18 hb July sajaa tau! .
.
Batch ketujuh dibuka atas permintaan ramai! Sebab apaa tau? .
.
✔Material jersey yang susah nak dapat di kedai. Tshirt muslimah susah kan nak dapat material jersey? . .
✔Harga tengah kurang sebab ada promosi. Harga jimat sangat. Kurang RM20++ dari harga asal! .
Ada size XS sampai 8XL! Betul. Tak tipu. Dari kecik sampai comel pun ada untuk jersey ISTIQAMAH ni tau.
.

Nak order klik link di bio @hm_outlet sekarang.
Lambat terlepass 😱
Best kan? Jom follow
@hm_outlet
@hm_outlet
@hm_outlet .
.
.
.
.
.
#tshirt #TshirtMuslimah #TshirtMuslimahMurah #TshirtKeluarga #TshirtSedondon #TshirtCouple #TshirtMuslim #TshirtLelaki #TshirtPoloMurah #TshirtLelakiMurah #MuslimahWear #Jersey #JerseyMuslimah #JerseyLelaki #JerseyLabuh #JerseyPlusSize #JerseyPlusSizeMurah
Read more
Belajarlah merendah diri kerna itu sifat terpuji, Allah memuji hambanya yang selalu merendah ...
Media Removed
Belajarlah merendah diri kerna itu sifat terpuji, Allah memuji hambanya yang selalu merendah diri. . Jadikanlah ia sebagai sifatmu, kerna kau tidak mempunyai apa-apa untuk dibanggakan. Bukankah semua yang kau ada itu milik Allah? sepatutnya kau malu dan sentiasa bersyukur bukannya ... Belajarlah merendah diri kerna itu sifat terpuji, Allah memuji hambanya yang selalu merendah diri.
.
Jadikanlah ia sebagai sifatmu, kerna kau tidak mempunyai apa-apa untuk dibanggakan. Bukankah semua yang kau ada itu milik Allah? sepatutnya kau malu dan sentiasa bersyukur bukannya meninggi diri sambil mendabik dada dan menjeling mata.
.
Buanglah sifat kejimu, sedarlah dirimu, kita semua sama, cuma beza pada amal dan takwa padaNya.
.
Janganlah memandang hina pada orang yang dibawahmu kadang-kala ia lebih mulia darimu. Usahlah bangga dengan pencapaianmu, ianya tidak kau dapat jika bukan kerna ihsan Tuhanmu ,
.
Mungkin doa merekalah yang menyebabkan kau berpangkat dan berharta, cerminlah dirimu, malulah pada makhluk Allah yang melihatmu dilangit sana, malulah kau pada tuhanMu yang sentiasa melihat gerak-geri dan tahu isi hatimu.
.
Buat apa nak meninggi diri, hidup pun cuma seketika, akhirat kelak kan berjumpa.
.
Buangkanlah kebodohanmu itu,
mari bersama menikmati hidup ini,
.
celikanlah hatimu, hiduplah Sebagaimana yang tuhan perintahkan.
.
Belajarlah merendah diri. Wallahu alam.
.
#thedaiegraphy
Read more
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa yang beriman dengan Allah dan ...
Media Removed
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka jangan dia menyakiti hati jirannya . Dan siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya . Dan siapa yang beriman kepada Allah dan ... Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka jangan dia menyakiti hati jirannya
.
Dan siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya
.
Dan siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia mengatakan perkara yang baik atau berdiam." (HR Bukhari & Muslim)
.
Sungguh "Kalimah yang baik adalah sedekah..." (HR Bukhari & Muslim)
.
Semoga Allah swt pandu lidah ini mengungkapkan kata kata yang baik sentiasa inshaaAllah

#thedaiegraphy
Read more
Pilihlah teman yang Baik dan Soleh, kerana agama dan akhlak seseorang boleh dipengaruhi oleh temannya. . Dari ...
Media Removed
Pilihlah teman yang Baik dan Soleh, kerana agama dan akhlak seseorang boleh dipengaruhi oleh temannya. . Dari sahabat, Abu Hurairah r.a; Bahawasanya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: . « الْرَّجُل عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ، فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ » . . ”Seorang ... Pilihlah teman yang Baik dan Soleh, kerana agama dan akhlak seseorang boleh dipengaruhi oleh temannya.
.
Dari sahabat, Abu Hurairah r.a; Bahawasanya Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
.
« الْرَّجُل عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ، فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ »
.
.
”Seorang manusia itu di atas agama teman dekatnya. Oleh kerana itu, perhatikanlah oleh kalian, siapa yang akan dijadikan teman dekat!”
[HR. Abu Dawud no.4833 dan At-Tirmidzi no.2378]
.
As-Shaikh Ibnu 'Utsaimin rohimahullah menjelaskan:
.
"Agama dan akhlak seseorang itu dapat dipengaruhi teman dekatnya (atau sahabat karibnya)."
.
"Oleh kerana itu, hendaknya kalian memperhatikan siapa yang akan dijadikan teman dekat."
.
"Apabila seseorang itu bersahabat dengan ahlul-khair (orang-orang yang baik,), ia akan menjadi bahagian dari mereka."
.
"Jika dia bersahabat dengan selain mereka, maka dia pun akan menjadi seperti mereka (orang-orang yang dijadikan sahabatnya).
.
"Hendaklah seseorang itu memilih teman dekat dari kalangan orang-orang baik (dan soleh)."
.
"Kemudian, saling mengunjungi di antara mereka. Kerana pada kegiatan itu terdapat kebaikan.
.
Semoga Allah s.w.t memudahkan kita untuk berteman dengan alim ulama, orang-orang baik dan soleh yang berjalan di atas kebenaran. Aamiin
.
#thedaiegraphy
Read more
Imam As Syafie berkata, “Orang yang paling tinggi kedudukannya adalah orang yang tidak pernah ...
Media Removed
Imam As Syafie berkata, “Orang yang paling tinggi kedudukannya adalah orang yang tidak pernah menampakkan kedudukannya. Dan orang yang paling mulia adalah orang yang tidak pernah menampakkan kemuliannya.” (Syu’abul Iman, Al Baihaqi, 6: 304) . ‘Abdullah bin Al Mubarrak berkata, ... Imam As Syafie berkata, “Orang yang paling tinggi kedudukannya adalah orang yang tidak pernah menampakkan kedudukannya. Dan orang yang paling mulia adalah orang yang tidak pernah menampakkan kemuliannya.” (Syu’abul Iman, Al Baihaqi, 6: 304)
.
‘Abdullah bin Al Mubarrak berkata, “Puncak dari tawadhu’ adalah engkau meletakkan dirimu di bawah orang yang lebih rendah darimu dalam nikmat Allah, sehingga engkau memberitahukannya bahawa engkau tidaklah semulia dirinya.” (Syu’abul Iman, Al Baihaqi, 6: 298)
.
“Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Qashash: 83)
.
#thedaiegraphy
Read more
Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. ...
Media Removed
Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka adalah: 1. Ayahnya Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sholat,mengaji ... Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka adalah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sholat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat. menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.
.

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana sholatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.
.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat… dan tidak menutup aurat.
Read more
Assalamualaikum semua <span class="emoji emoji1f60a"></span> Baju Aydan Islamic Sports Clothing yang terbaru dah keluar!! <span class="emoji emoji1f60d"></span><span class="emoji emoji1f60d"></span><span class="emoji emoji1f60d"></span>. . . Jadi ...
Media Removed
Assalamualaikum semua Baju Aydan Islamic Sports Clothing yang terbaru dah keluar!! . . . Jadi team AYDAN ISLAMIC CLOTHING mengeluarkan LIMITEDEDITION baju yang membawa maksud FIGHT THE NAFS. Design kali ini bukan biasa2 sebab design kali ini REMAKE baju kami yang sebelumnya! ... Assalamualaikum semua 😊 Baju Aydan Islamic Sports Clothing yang terbaru dah keluar!! 😍😍😍.
.
.
Jadi team AYDAN ISLAMIC CLOTHING mengeluarkan LIMITEDEDITION baju yang membawa maksud FIGHT THE NAFS. Design kali ini bukan biasa2 sebab design kali ini REMAKE baju kami yang sebelumnya! Design kali ini bertujuan untuk mangajak antum semua untuk sentiasa perbetulkan niat yakni melawan hawa nafsu. Setelah berpuasa selama sebulan kita sepatutnya terus istiqamah dalam melawan nafsu kita. Sebab apa? Supaya kita ni mula biasakan dan bersabar dengan ujian yang sedikit dahulu dari bawah barulah ujian yang lebih susah untuk sampai ke atas. Macam main game. Setiap level mesti ada tahap susahnya. Macam itu jugak lah penghijrahan. Yang penting kene ingat ujian itu menguatkan bukan melemahkan. Semoga baju ini jadi inspirasi keada orang di luar sana untuk terus berubah kearah kebaikan. Wallahualam.
.
Apa yang menariknya baju ni ? 😗
.
1. Kain jenis jersey yang selesa dipakai apabila berjalan, bersukan dan lain-lain lagi 😉
.
2. Printing jenis sublimation yang berkualiti tinggi 🙌.
.
.
Tak ada diskaun ke. ? 👉👈
.
.
Ada jika anda salah seorang EARLY BIRDS yang bertuah heeee. Macam mana nak sertai? Haaa antum cepat2 whatsapp no. brother di bawah ni atau dalam gambar then antum HANYA perlu #SAYANAKDISKAUN beserta ayat hadis atau potongan Al Quran berserta pengajaran. 20 EARLY BIRDS SAHAJA TAW!. Jangan lepaskan peluang!
.
Apa tunggu lagi??? BR1M dah msukkan? Duit PTPTN dah masukkan ? 😏😏😏😏 Dapatkan baju LIMITEDEDITION ni sekarang. Ws laju no. Di bawah . "Dan jangan risau kita membeli ini bukan sahaja kita beli dari segi unuk diri kita sahaja. Sebahagian dari wang 💸 hasil pembelian antum akan kami sedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Baju 👕 dapat, Pahala pon dapat in shaa allah niat semua kerana Allah. 😍"
.
+6019-2321476 (bro Iqbal)
.
.
Kami buka pre-order untuk 3 minggu sahaja! Jadi cepat2 order taw 😄
.
.
TAG KAWAN KORANG YE!!
.
DAN FOLLOW @AYDANCLOTH DI INSTAGRAM UNTUK UPDATE TERKINI 💪
.
AYDAN ISLAMIC SPORTS CLOTHING™ 💕SEBARKAN MESEJ INI DEMI MURAH REZEKI KITA BERSAMA💕

#islamicapparel #muslimahwear #FightTheNafs #grabitnow #malaysia #uitm #uiam #unisza #uthm #po
Read more
JANGAN MEMANDANG RENDAH KEPADA KEBAIKAN WALAU SEKECIL MANAPUN Jika engkau melihat seekor semut ...
Media Removed
JANGAN MEMANDANG RENDAH KEPADA KEBAIKAN WALAU SEKECIL MANAPUN Jika engkau melihat seekor semut terjatuh di air, maka angkat dan tolonglah. Barangkali itu menjadi penyebab ampunan bagimu di akhirat . Jika engkau menjumpai batu kecil di jalan yang boleh menggangu jalan kaum muslimin, ... JANGAN MEMANDANG RENDAH KEPADA KEBAIKAN WALAU SEKECIL MANAPUN

Jika engkau melihat seekor semut terjatuh di air, maka angkat dan tolonglah. Barangkali itu menjadi penyebab ampunan bagimu di akhirat
.
Jika engkau menjumpai batu kecil di jalan yang boleh menggangu jalan kaum muslimin, maka singkirkanlah. Barangkali itu menjadi penyebab dimudahkannya jalanmu menuju syurga
.
Jika engkau menjumpai anak ayam terpisah dari kumpulannya, maka ambil dan letakkan ia dengan kumpulannya. Semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan dirimu dan keluargamu di syurga
.
Jika engkau melihat orang tua memerlukan tumpangan, maka hantarkanlah ia. Barangkali itu menjadi sebab kelapangan rezekimu di dunia
.
Jika engkau bukanlah seorang yang menguasai banyak ilmu agama, maka ajarkanlah alif ba ta kepada anak-anak mu, setidaknya itu menjadi amal jariyah untukmu yang tak akan terputus pahalanya walaupun engkau berada di alam kuburmu
.
Jika engkau tidak mampu berbuat kebaikan sama sekali, maka tahanlah tangan dan lisanmu daripada menyakiti. Setidaknya itu menjadi sedekah untuk dirimu
.
Al-Imam Ibnul Mubarak Rahimahullah berkata: "Berapa banyak amalan kecil, akan tetapi menjadi besar kerana niat pelakunya. Dan berapa banyak amalan besar, menjadi kecil kerana niat pelakunya."
.
Jangan pernah meremehkan kebaikan, boleh jadi seseorang itu masuk syurga bukan kerana puasa sunnahnya, bukan kerana panjang solat malamnya tapi boleh jadi kerana akhlak baiknya dan sabarnya ia ketika musibah datang melanda
.
Rasulullah saw bersabda, "Jangan sekali-kali kamu meremehkan kebaikan sedikitpun, meskipun (hanya) bertemu dengan saudaramu dalam keadaan tersenyum." (HR Muslim)
.
(Ustaz Iqbal Zain)

#thedaiegraphy
Read more
Ingatlah, rezeki sudah diatur, juga sudah dibagi dengan adil. Allah ta’ala berfirman, وَلَوْ ...
Media Removed
Ingatlah, rezeki sudah diatur, juga sudah dibagi dengan adil. Allah ta’ala berfirman, وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَكِنْ يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ . . “Dan jikalau Allah melapangkan rezeki ... Ingatlah, rezeki sudah diatur, juga sudah dibagi dengan adil.

Allah ta’ala berfirman,

وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَكِنْ يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ .
.
“Dan jikalau Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat”. (QS. asy-Syuraa 42: 27)

Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan, “Allah memberi rezeki pada mereka sesuai dengan pilihanNya dan Allah selalu melihat manakah yang maslahat untuk mereka. Allah tentu yang lebih mengetahui manakah yang terbaik untuk mereka. Allah-lah yang memberikan kekayaan bagi mereka yang Dia nilai pantas menerimanya. Dan Allah-lah yang memberikan kefakiran bagi mereka yang Dia nilai pantas menerimanya”. (Tafsir al-Qur’an al-‘Azhim 6/553)

#thedaiegraphy
Read more
Jika ia inginkan bertutur maka direnungi dengan hatinya yang jernih samada kata-kata itu baik ...
Media Removed
Jika ia inginkan bertutur maka direnungi dengan hatinya yang jernih samada kata-kata itu baik atau buruk, mendatangkan pahala atau dosa, makin mendekatkan dia pada Allah atau sebaliknya. Orang mukmin itu sebelum berkata-kata dirabanya dulu perasaan orang lain; adakah kata-katanya ... Jika ia inginkan bertutur maka direnungi dengan hatinya yang jernih samada kata-kata itu baik atau buruk, mendatangkan pahala atau dosa, makin mendekatkan dia pada Allah atau sebaliknya.

Orang mukmin itu sebelum berkata-kata dirabanya dulu perasaan orang lain; adakah kata-katanya menguris perasaan atau memberi manfaat.

Berkata-kata itu mudah tapi perlu difikirkan manfaatnya; adakah kita mencari kedudukan di hati manusia atau kemuliaan di sisi Allah.

Dengan kata-kata ada manusia menjadi mulia bahkan ada yang menjadi hina.

Berkata Hassan Ali Basri
.
.
"إن لسان المؤمن وراء قلبه فإذا أراد أن يتكلم بشيء تدبره بقلبه ثم أمضاه بلسانه، وإن لسان المنافق أمام قلبه، فإذا هم بشيء أمضاه بلسانه ولم يتدبره بقلبه"
.
“Sesungguhnya lidah orang mukmin berada di belakang hatinya, apabila ingin berbicara tentang sesuatu maka dia merenungkan dengan hatinya terlebih dahulu, kemudian lidahnya menunaikannya. Sedangkan lidah orang munafik berada di depan hatinya, apabila menginginkan sesuatu maka dia mengutamakan lidahnya daripada memikirkan dulu dengan hatinya.”
.
Jadi awasilah lidah kita sebelum berkata-kata.

#thedaiegraphy
Read more
"Tidak aku menemui makanan dan ubat yang lebih baik dari istighfar" . [Fudhail Bin Iyadh Rahimahullah ...
Media Removed
"Tidak aku menemui makanan dan ubat yang lebih baik dari istighfar" . [Fudhail Bin Iyadh Rahimahullah Taala] . Istighfar adalah ucapan yang menyuburkan hati, mengakrabkan hubungan hamba dengan Penciptanya, menarik perhatian Rabb kepada insan yang mengucapkanya serta membuka ... "Tidak aku menemui makanan dan ubat yang lebih baik dari istighfar"
.
[Fudhail Bin Iyadh Rahimahullah Taala]
.
Istighfar adalah ucapan yang menyuburkan hati, mengakrabkan hubungan hamba dengan Penciptanya, menarik perhatian Rabb kepada insan yang mengucapkanya serta membuka kasih sayang Allah kepada diri sipengucapnya tatkala banyak dosa pula digugurkan dari sipenanggungnya.
.
Maka kerana itu Nabi s.a.w mengatakan "amatlah beruntung pada orang-orang yang apabila diperlihatan rekod amalannya kelak, lalu banyak ditemukan lafadz istighfar yang sering dia ucapkan"
.
#thedaiegraphy
Read more
"Ribuan terima kasih kerana memilih pengajar sebagai kerjaya. Allah telah mengurniakan kamu ...
Media Removed
"Ribuan terima kasih kerana memilih pengajar sebagai kerjaya. Allah telah mengurniakan kamu dengan satu kebolehan untuk mendengar. Murid kamu sangat sayang akan kamu. Namun, saya berharap agar kamu tidak lewat datang bekerja setiap pagi." . "Awak cantik. Rumah awak dikemas rapi. ... "Ribuan terima kasih kerana memilih pengajar sebagai kerjaya. Allah telah mengurniakan kamu dengan satu kebolehan untuk mendengar. Murid kamu sangat sayang akan kamu. Namun, saya berharap agar kamu tidak lewat datang bekerja setiap pagi."
.
"Awak cantik. Rumah awak dikemas rapi. Saya tidak nafikan yang anak-anak kita memenatkan awak. Namun, kalaulah awak lebih mengambil berat menjaga pakaian mereka."
.
Beginilah caranya orang soleh berinteraksi dengan orang lain. Dia memulakan dengan pujian, barulah dia menyebut kesalahan-kesalahan, agar pendekatannya seimbang
.
Apabila anda mengkritik, cuba beritahu orang yang dikritik apa yang dilakukan dengan betul sebelum menyebut dimana silapnya. Sentiasa cuba berikan gambaran yang anda mempunyai pandangan positif tentang dia
.
Apabila anda mengingatinya tentang kesilapannya, ini tidak bermakna anda mengecilkan dirinya, atau yang anda telah melupakan amalan-amalan baiknya, atau yang anda hanya patut mengatakan kesilapannya sahaja
.
Sebaliknya, anda patut buat dia sedar bahawa kritikan anda tentang dia adalah tidak penting bila dibandingkan dengan amalan baiknya
. (Nikmatilah Kehidupanmu | Dr. Muhammad Al-'Arifi)

Ingatlah sahabat, Rasulullah saw pernah bersabda, "Kasih sayang mengindahkan setiap perkara. Kekasaran mencacatkan." (HR Muslim)

Wallahu'alam

#thedaiegraphy
Read more
Beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian agar kesegaran Syawal terus indah tanpa dicemari ...
Media Removed
Beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian agar kesegaran Syawal terus indah tanpa dicemari kealpaan kita sehingga meranapkan erti meraikan sebuah kemenangan. . Batas Pergaulan Menyambut Perayaan . Meraikan kemenangan tidak menghalalkan perkara yang haram terutamanya ... Beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian agar kesegaran Syawal terus indah tanpa dicemari kealpaan kita sehingga meranapkan erti meraikan sebuah kemenangan.
.
Batas Pergaulan Menyambut Perayaan
.
Meraikan kemenangan tidak menghalalkan perkara yang haram terutamanya berkaitan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kesedaran menjaga aurat sesama ahli keluarga juga perlu diterapkan sebaiknya oleh ibubapa kepada anak-anak.
.
Bergurau senda dan gelak tawa dimurnikan tanpa bersentuhan jika tidak dipelihara maka keindahan Syawal telah dicemari dengan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT. Sebaliknya ukhuwwah  boleh disegarkan dengan bertanyakan khabar bersama, disamping mengeratkan hubungan bagi yang jarang bertemu dan berkongsi rezeki bagi yang tidak berkemampuan.
.
Elakkan Pembaziran Amalkan Kesederhanaan.
.
Sudah pasti semua orang ingin meraikan Syawal dengan kemeriahan kerana itulah saat terindah bersama keluarga dan yang tercinta . Namun begitu keghairahan meraikannya tidak menjadikan ia satu tiket kita bermewah-mewah sehingga berlakunya pembaziran melampau.
.
Sebaiknya kesederhanan sudah memadai asalkan matlamat meraikan lebaran dirasai terutama dalam menyediakan makanan, pakaian dan hiasan rumah sehingga terpaksa berhutang semata-mata memenuhi keinginan merayakan Syawal.
.
Pesona Pakaian Yang Mencipta Bahagia
.
Kemeriahan lebaran dirasai dengan pakaian raya serba baru tidak kira dari dewasa sehingga kanak-kanak meragakan pakaian yang baru.  Ada yang memakai pakaian sedondon bersama satu keluarga ada juga seperti pesta pakaian dengan pelbagai fesyen dan gaya.
.
Elakkan memakai pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan sama ada terlalu ketat ataupun jenis kain jarang kerana ia boleh mendatangkan fitnah bukan hanya kepada si pemakai bahkan mengundang dosa pada mata melihat.Tidak salah berfesyen namun biarlah ianya seiring dengan syariat bahkan membawa nilai-nilai Islam maka secara tidak langsung menjadi satu teladan baik kepada masyarakat.
.
#thedaiegraphy
Read more
Taqobbalallahu minna wa minkum wa ja'alana minal 'aidin wal faizin. Semoga Allah menerima amal ...
Media Removed
Taqobbalallahu minna wa minkum wa ja'alana minal 'aidin wal faizin. Semoga Allah menerima amal (puasa dsb) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapatkan kemenangan. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H Maaf Zahir & Batin #thedaiegraphy Taqobbalallahu minna wa minkum wa ja'alana minal 'aidin wal faizin.

Semoga Allah menerima amal (puasa dsb) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapatkan kemenangan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H
Maaf Zahir & Batin

#thedaiegraphy
Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami. . Ya ...
Media Removed
Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami. . Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami. . Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami. . Ya ... Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.
.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.
.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.
.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa-dosa kami.
.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke syurga untuk kami.
.
Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.
.
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.
.
Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.
.
Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.
.
Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.
.
Ya Mujibbasailin.
Limpahilah kami dengan sifat-sifat kebaikan dan terpuji.
.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.
.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.
.
#thedaiegraphy
Read more
Alhamdulillah. Segala puji pujian hanya bagi Allah atas segala nikmatnya memberi peluang Ramadhan ...
Media Removed
Alhamdulillah. Segala puji pujian hanya bagi Allah atas segala nikmatnya memberi peluang Ramadhan untuk menemani kita umat Rasulullah selama 28 hari lamanya. . Tiba kini saatnya pergi, walaupun berat, kita harus merelakan perpisahan ini. . Ingatlah sejenak hadis ini: "Sungguh ... Alhamdulillah.
Segala puji pujian hanya bagi Allah atas segala nikmatnya memberi peluang Ramadhan untuk menemani kita umat Rasulullah selama 28 hari lamanya.
.
Tiba kini saatnya pergi, walaupun berat, kita harus merelakan perpisahan ini.
.
Ingatlah sejenak hadis ini: "Sungguh merugi seseorang yang mendapati bulan Ramadhan, lalu ia keluar darinya sebelum ia diampuni (dosa-dosanya)."
(HR. At-Tirmidzi).
.
Termasuk yang manakah kita?
.
Apakah kita termasuk orang-orang yang beruntung sehingga keluar dari bulan Ramadhan dalam keadaan diampuni dosa-dosa kita?
.
Ataukah kita termasuk yang merugi dan bahkan mendapat doa keburukan dari Jibril sehinggakan diaminkan Rasulullah sebanyak 3 kali tersebut?
.
Bagaimana tarbiah madrasah Ramadhan itu pada diri kita?
.
Tundukkan hati dan renungi hadis ini.
.
Semoga Allah Ta'ala berikan hidayah dan taufiq seraya bertanya pada diri sendiri, adakah kita layak memperoleh ampunanNya yang sempurna?
Sementara ibadah kita masih ala kadarnya. Masih bermalas malasan dan masih rancak melakukan dosa.
.
Tapi belum terlambat, pada malam akhir Ramadhan ini, sungkurkan dahi ini dan basahkan wajah dengan tangisan taubat bersungguh memohon ampunan daripada Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya tiada yg dpt mengampunkan dosa kecuali Dia.
.
#thedaiegraphy
Read more
Aku lihat RAMADHAN dari kejauhan, Lalu kusapa ia... "Hendak ke mana..?" Dengan lembut ia berkata, ...
Media Removed
Aku lihat RAMADHAN dari kejauhan, Lalu kusapa ia... "Hendak ke mana..?" Dengan lembut ia berkata, "Aku harus pergi, mungkin JAUH & sangat LAMA. Tolong sampaikan pesanku untuk orang MUKMIN: Aq akan pergi, Syawal akan tiba. Sampaikan salam & terima kasihku untuknya karena telah ... Aku lihat RAMADHAN dari kejauhan,

Lalu kusapa ia...
"Hendak ke mana..?" Dengan lembut ia berkata, "Aku harus pergi, mungkin JAUH & sangat LAMA.

Tolong sampaikan pesanku untuk orang MUKMIN:
Aq akan pergi,
Syawal akan tiba.

Sampaikan salam & terima kasihku untuknya karena telah menyambutku dengan suka cita dan melepas kepergianku dengan derai air mata.
Kelak akan kusambut ia di SURGA dari pintu AR RAYAN". Selamat meraih pahala terbaik di detik² terakhir RAMADHAN. Masih ada beberapa hari lagi untuk bercengkrama dengan RAMADHAN.

Ya ALLAH, andai hari ini ada diantara hamba-hambaMu yang Engkau angkat derajatnya, Engkau ampuni dosa-dosanya, Engkau lapangkan rezkinya, Engkau muliakan keturunannya, Engkau lepaskan dari semua kesulitannya, Engkau indahkan akhlaknya dan Engkau berkahi segala hartanya.

Amin ya rabbal alamin.

#thedaiegraphy
Read more
Langkahan pertama memasuki Madrasah Ramadhan jiwa kita dilenturi dengan kesabaran bagi mengawal ...
Media Removed
Langkahan pertama memasuki Madrasah Ramadhan jiwa kita dilenturi dengan kesabaran bagi mengawal nafsu dan kehendak kebiasaan lantas terus menahan lapar bahkan mengawal segala anggota melakukan perkara yang membatalkan puasa. . Puasa mendidik hati kita erti syukur menghargai ... Langkahan pertama memasuki Madrasah Ramadhan jiwa kita dilenturi dengan kesabaran bagi mengawal nafsu dan kehendak kebiasaan lantas terus menahan lapar bahkan mengawal segala anggota melakukan perkara yang membatalkan puasa.
.
Puasa mendidik hati kita erti syukur menghargai setiap kurniaan Allah SWT dan bersangka baik tatkala didatangi ujian kerana Allah SWT akan menguji hambanya berdasarkan kemampuan hambanya. Maka itulah membentuk sifat hamba-hamba Allah SWT yang bertaqwa.
.
Kesabaran dalam mentaati perintah Allah SWT adalah satu pengorbanan yang besar apatah lagi untuk memperolehi kekuatan istiqamah sehingga ke akhir hayat untuk sentiasa berada dalam pengabdian penuh keikhlasan.
.
Kemenangan kita dalam bulan Ramadhan bukan sahaja berjaya menyempurnakan puasa semata-mata namun perkara paling membahagiakan sifat sabar yang dibentuk telah sebati dijiwa lantas ianya segar menghijau untuk dinikmati sebaiknya.
.
Terima kasih Ya Allah atas nikmat menghirup udara Ramadhan dan berpijak di permaidani indah tarbiyyah Ramadhan.
.
#thedaiegraphy
Read more
Berkata Imam Ghazali rahimahullah: "Ketahuilah bahawasanya bagi puasa itu ada TIGA DARJAT: 1) ...
Media Removed
Berkata Imam Ghazali rahimahullah: "Ketahuilah bahawasanya bagi puasa itu ada TIGA DARJAT: 1) Puasa orang awam 2) Puasa orang khusus 3) Puasa orang terlebih khusus Adapun puasa awam ialah puasa yang hanya menahan perut dan kemaluan dari menunaikan syahwatnya. Adapun puasa ... Berkata Imam Ghazali rahimahullah: "Ketahuilah bahawasanya bagi puasa itu ada TIGA DARJAT:

1) Puasa orang awam
2) Puasa orang khusus
3) Puasa orang terlebih khusus

Adapun puasa awam ialah puasa yang hanya menahan perut dan kemaluan dari menunaikan syahwatnya.

Adapun puasa khusus ialah puasa yang menahan pendengaran, penglihatan, lisan, tangan, kaki serta seluruh anggota badan dari segala jenis dosa.

Adapun puasa terlebih khusus ialah puasa yang menahan hati dari resah gelisah dunia dan pemikiran dunia dan menahan hati tersebut dari segala yang menyibukkan dirinya untuk hampir kepada Allah secara keseluruhan." (Habib Muhammad bin Abdullah Al Idrus Hafizohullah |Kitab Durus Ramadhoniyyah Lil Ummah Muhammadiyah)

Mari melatih diri terus asa membina taqwa kepada Allah swt. Semoga istiqamah menuju syurga Nya.

Wallahu'alam
#thedaiegraphy
Read more
Kebanyakkan wanita muslimah yg kehausan pada pahala, berasa sangat sugul, merasakan ia adalah ...
Media Removed
Kebanyakkan wanita muslimah yg kehausan pada pahala, berasa sangat sugul, merasakan ia adalah suatu mimpi buruk buat mereka apabila datang keuzuran pada saat akhir Ramadhan. . Pada bulan ampunan dosa dan dilipat gandakan pahala ini, mereka rasa rugi, kerana tidak bisa puasa, tidak ... Kebanyakkan wanita muslimah yg kehausan pada pahala, berasa sangat sugul, merasakan ia adalah suatu mimpi buruk buat mereka apabila datang keuzuran pada saat akhir Ramadhan.
.
Pada bulan ampunan dosa dan dilipat gandakan pahala ini, mereka rasa rugi, kerana tidak bisa puasa, tidak bisa solat, tidak juga bisa ngaji.
.
Wahai muslimah, jgn terus larut dalam kegalauan. Pintu rahmat, keberkahan, ampunan dosa masih lebar luas buat kalian.
.
1. Perkara pertama perlu kalian lakukan ialah merasa SEDIH. Ya, sedih sebab tidak dapat beramal soleh merupakan bukti suatu keimanan dalam diri.
.
Namun, segerakan diri kpd AMALAN yg lain. Banyak lagi amalan dpt dilakukan selain drpd solat, mengaji & puasa.
.
2. Perihal kedua ini selalu dilupakan oleh muslimah apabila uzur iaitu NIAT. Walaupun tidak dpt berpuasa, solat, mengaji, berniatlah untuk bertekad melakukan amalan tersebut sepanjang bulan Ramadan, sebelum dtgnya keuzuran.
.
Kaedah fiqh mengatakan, barangsiapa yg niat utk kerjakan ibadah, namun gagal utk kerjakan dsbbkan hal/alasan syariee' maka pahala utknya ibadah tersebut sepanjang dia dalam keuzurannya.
.
Wahai muslimah, ingatlah bahawa, MENJALANKAN PERINTAH ALLAH ITU IALAH IBADAH. Allah perintahkan kalian untuk tidak solat, berpuasa & mengaji apabila dtg uzur, itu juga ibadah.
.
Berlapang hati lah wahai muslimah, sepanjang anda melakukan larangan tersebut, dengan niat untuk taat kpd perintah Allah, selama itulah ganjaran pahala terhadap amalan tersebut buat kalian.
Baiknya Allah. MashaAllah.
.
Hadirkan niat, setiap kali masuk waktu solat, utk tidak melakukannya kerana Allah, maka ganjaran untuk amalan tersebut. Jangan biarkan perkara penuh makna ini berlalu begitu sahaja. Namun, apabila wanita itu rasa gembira untuk tidak perlu solat, mengaji & puasa, maka tidak diganjarkan pahala untuknya sama sekali atas kegembiraan tersebut.
.
Semoga taufiq dan hidayah buat kita semua, supaya sentiasa taat dan istiqamah dalam beribadah pada akhir Ramadhan ini sehingga akhir kehidupan. (Ustadz Nuzul | Kabar Gembira Bagi Wanita Uzur)

#thedaiegraphy
Read more
Tangisan yang dinaungi Allah swt . Antara 7 golongan yang dilindungi oleh Allah di akhirat kelak, ...
Media Removed
Tangisan yang dinaungi Allah swt . Antara 7 golongan yang dilindungi oleh Allah di akhirat kelak, yang pada hari itu tiada perlindungan kecuali perlindungan dan naungan milik Allah, adalah gologan yang tatkala mengingati dan menyebut nama Allah dalam keadaan sendirian, maka matanya ... Tangisan yang dinaungi Allah swt
.
Antara 7 golongan yang dilindungi oleh Allah di akhirat kelak, yang pada hari itu tiada perlindungan kecuali perlindungan dan naungan milik Allah, adalah gologan yang tatkala mengingati dan menyebut nama Allah dalam keadaan sendirian, maka matanya menitiskan air mata
.
Ketahuilah perlindungan Allah ini tidak boleh dibeli oleh sesiapa kerana tiada siapa yang memilikinya. Ia dalam diri kita sendiri iaitu hati yang takut kepada Allah yang diterjemahkan pula kepada air mata. Namun, berapa ramai hari ini orang yang menangisi kerana perkara yang remeh-remeh
.
Wahai kaum mukminin, kita adalah insan yang dimuliakan dan diistimewakan oleh Allah dengan iman, yang menisbahkan itu sebagai hubungan roh hati kita kepada Allah. Maka usah kita menggantung hati kita kepada sesuatu yang tidak bernilai di sisi Allah
.
Saat menyebut nama Allah benar-benar merasai kemanisanya dengan hati, renungkanlah bagaimana kedudukan kita di sisi Allah. Ingatkan diri akan banyaknya silap kita, ingat sebanyak mana nikmat yang diberikan kepada kita, dan sejauh mana pula kita mensyukuri akan setiap nikmat yang dikurniakan itu
.
Moga-moga mata yang dikurniakan kepada kita ini dihiasi oleh Allah dengan titisan-titisan air mata yang memperoleh naungan yang tiada lagi naungan kecuali Allah
.
(Habib Ali Zaenal Abidin | Nasihat Buat Diri)

Wallahu'alam

#thedaiegraphy
Read more
Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh ALLAH Subhanahu ...
Media Removed
Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala, iaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur. Tetapi, sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya. Di ... Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala, iaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur.

Tetapi, sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.

Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mahu pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras.

Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap untuk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu... atau dzahaba zhoma'u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam : “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah)

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa. (Bersambung di bahagian comment)

#thedaiegraphy
Read more
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. . Betapa canggih ...
Media Removed
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. . Betapa canggih fungsinya dan betapa mahal sekalipon harganya,tetap tidak berguna. . Begitulah dengan jiwa yang mati. . Betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipon jasad luaran, namun tanpa ... Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri.
.
Betapa canggih fungsinya dan betapa mahal sekalipon harganya,tetap tidak berguna.
.
Begitulah dengan jiwa yang mati.
.
Betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipon jasad luaran, namun tanpa Al-Quran segalanya tidak berguna.
.
Moga kita sentiasa membaca Quran, memahaminya dan mengamalkannya.
.
Sehingga Al-Quran terpahat di hati.
.
—Ustaz Ahmad Dusuki
.
#thedaiegraphy
Read more
Puasa Ramadhan Menghapuskan Dosa Yang Lalu عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ...
Media Removed
Puasa Ramadhan Menghapuskan Dosa Yang Lalu عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa ... Puasa Ramadhan Menghapuskan Dosa Yang Lalu

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu". (HR Bukhari No: 37) Status: Hadis Sahih

1. Berpuasa atas dasar iman ialah melaksanakan ibadat puasa dengan meyakini akan kewajipan melaksanakan ibadat puasa kerana perintah Allah.

2. Ihtisab adalah melakukan ibadat puasa dengan ikhlas, menyempurnakan ibadat puasa dengan memelihara perkara yang boleh merosakkan puasa dan hanya mengharap pahala dari Allah. Tidak merasa berat melaksanakannya dan tidak hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.

3. Puasa yang dilakukan atas dasar keimanan dan penuh keikhlasan akan menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu (dosa kecil). Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ مَا اجْتُنِبَتْ الْكَبَائِرُ “Solat lima waktu yang didirikan, satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya dan satu Ramadan kepada Ramadan yang berikutnya maka akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selama mana dijauhi dosa-dosa besar".( HR. Ahmad No: 8830) Status Sahih

#thedaiegraphy
Read more
Bahaya Lidah Pada Ibadah Puasamu. . Jadikanlah puasamu benar benar untuk mentarbiah diri agar ...
Media Removed
Bahaya Lidah Pada Ibadah Puasamu. . Jadikanlah puasamu benar benar untuk mentarbiah diri agar menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah. Dikala syaitan dan nafsu yang dibelenggu tidak daya menggoda, inilah masanya untuk mendidik lidahmu pada berkata kata hanya perkataan yang baik ... Bahaya Lidah Pada Ibadah Puasamu.
.
Jadikanlah puasamu benar benar untuk mentarbiah diri agar menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah. Dikala syaitan dan nafsu yang dibelenggu tidak daya menggoda, inilah masanya untuk mendidik lidahmu pada berkata kata hanya perkataan yang baik baik atau diam.
.
Lidahmu sangat mampu untuk merosakkan nilai ibadah puasa yang engkau usahakan sejak pagi jika ia digunakan tanpa kawalan iman dan dibiar mengatakan perkara perkara yang tidak berfaedah.
.
Boleh jadi asal puasamu diterima oleh Allah, tetapi rosak binasa tidak ada nilai dek kerana lidah yang engkau gunakan untuk bermegah megah mencanang ibadah puasa yang telah engkau lakukan kepada orang lain
.
Perbanyakkanlah olehmu akan mengingati Allah. Zikir zikir seperti istighfar, tasbih, tahmid dan takbir akan mampu melembut dan melunakkan liarnya lidahmu.
.
Jadikanlah juga lidahmu itu sebagai medium perantara engkau bersahabat baik dengan Al Quran. Gunakan ia membaca bait bait kalam Allah yang mulia itu sekerap mungkin ketika engkau menjalani ibadah puasa. Mudah mudahan Al Quran mampu engkau "jinakkan" dengan bantuan lidahmu sekali gus engkau akrab dengannya.
.
Jangan membiarkan lidah merosakkan segala nilai dan pahala ibadah puasa yang kita lakukan di bulan Ramadhan. Ini kerana, apabila ia rosak tidak bernilai, tidaklah puasa itu menjadi pahala di sisi Allah. Lalu puasa itu nilainya hanya penat menahan lapar dan dahaga. Wallahu'alam.
.
#thedaiegraphy
Read more
"Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah, di dalamnya Allah mewajibkan ...
Media Removed
"Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah, di dalamnya Allah mewajibkan kalian berpuasa, di dalamnya pintu-pintu surga dibuka lebar dan pintu-pintu neraka ditutup rapat, dan syaitan-syaitan dibelenggu. Pada bulan Ramadhan ada satu malam yang lebih baik ... "Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah, di dalamnya Allah mewajibkan kalian berpuasa, di dalamnya pintu-pintu surga dibuka lebar dan pintu-pintu neraka ditutup rapat, dan syaitan-syaitan dibelenggu. Pada bulan Ramadhan ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, dan barangsiapa tidak mendapati malam itu maka ia telah kehilangan pahala seribu bulan." (HR. Ahmad: 9133)
.
Ramadhan Kareem buat semua.
.
#thedaiegraphy
Read more
KEDUDUKAN HATI DALAM DIRI Wahai para daie, teliti perkembangan hatimu; keras lembutnya, darjah ...
Media Removed
KEDUDUKAN HATI DALAM DIRI Wahai para daie, teliti perkembangan hatimu; keras lembutnya, darjah kepekaannya. Kalau jasad dan akalnya diberi habuan dan ubatan untuk berfungsi dengan sempurna, maka demikian juga dengan hati. Rasulullah menjelaskan; "Manusia itu dua matanya (ibarat) ... KEDUDUKAN HATI DALAM DIRI

Wahai para daie, teliti perkembangan hatimu; keras lembutnya, darjah kepekaannya. Kalau jasad dan akalnya diberi habuan dan ubatan untuk berfungsi dengan sempurna, maka demikian juga dengan hati.

Rasulullah menjelaskan;
"Manusia itu dua matanya (ibarat) petunjuk, dua telinganya sebagai pemberi isyarat awas, lisannya sebagai penterjemah, dua tangannya sebagai sayap, dua kakinya ialah posmen, hatinya pula sebagai raja. Kalau rajanya baik, maka baiklah bala tenteranya." Islam menggariskan beberapa panduan bagi para daie untuk memelihara hatinya supaya sentiasa tenang dalam menghadapi sebarang keadaan serta sifat lapang dada dan jauh pandangan:-
.
1. Zikrullah

Dengan mengingati Allah hati akan hidup segar dan jernih. Segala karat di hati akan hilang dan hati menjadi peka.

Rasulullah menjelaskan,
"Tiap sesuatu itu ada penggilapnya. Penggilap hati ialah zikrullah. Tidak ada (perbuatan) yang lebih menyelamatkan seseorang daripada azab Allah dari Zikrullah." Sahabat bertanya, " Jihad fisabilillah pun tidak boleh menandinginya?" Rasulullah menjawab, "Walau pun ia terus mencatas musuh dengan pedang sampai patah." [HR Al-Baihaqi]

2. Muraqabatullah - merasa selalu diawasi Allah

Daie sepatutnya kerapkan diri bermuraqabah dengan Allah dalam segala tindak tanduk, perasaan dan runtunan emosinya. Hatinya sentiasa peka dan menurut kemahuan Allah dan bukan kehendak hati sendiri.

Allah berfirman, "Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." [Surah Qaf: Ayat 16]

3. Berjihad melawan nafsu

Rasulullah bersabda,
"Orang yang mujahid itu ialah orang yang berjihad melawan nafsu dan menundukkannya supaya patuh kepada Allah subhanahu wa Ta'ala"
[Ditakhrijkan oleh al-Tirmidzi]

Berjihadlah melawan nafsu dalam empat perkara;
a) Sedikit makan
b) Sedikit tidur
c) Bercakap sekadar perlu
d) Sabar menanggung gangguan orang lain

Daie harus menang dalam pertarungan melawan dan mengasuh nafsunya. Hanya dengan itu ia boleh menang di medan-medan yang lain.
.
{Fathi Yakan | Tanda Hati Masih Hidup}

#thedaiegraphy
Read more
Alkisah, ada seorang fakir miskin melalui jalan Madinah. Di sepanjang jalan, dia sering melihat ...
Media Removed
Alkisah, ada seorang fakir miskin melalui jalan Madinah. Di sepanjang jalan, dia sering melihat orang-orang makan daging. . Diapun merasa sedih kerana jarang sekali dapat makan daging. Dia pulang ke rumahnya dengan hati yang hiba. . Sesampai di rumah, isterinya menghidangkan kacang ... Alkisah, ada seorang fakir miskin melalui jalan Madinah. Di sepanjang jalan, dia sering melihat orang-orang makan daging.
.
Diapun merasa sedih kerana jarang sekali dapat makan daging. Dia pulang ke rumahnya dengan hati yang hiba.
.
Sesampai di rumah, isterinya menghidangkan kacang rebus. Dengan hati terpaksa, dia memakan kacang itu seraya membuang kupasan kulitnya ke luar jendela. Dia sangat bosan dengan kacang.
.
Dia bilang kepada istrinya "Bagaimana hidup kita ini?
.
Orang-orang makan Daging, kita masih makan kacang."
.
Tak lama kemudian, dia keluar ke jalan di pinggir rumahnya. Alangkah terkejut, dia melihat seorang lelaki tua duduk di bawah jendela rumahnya sambil memungut kulit-kulit kacang yang tadi ia buang dan memakannya sambil mengucapkan :
.
"Segala Puji bagi Allah سبحانه و تعالى yang telah memberiku rezeki tanpa harus mengeluarkan tenaga."
.
Mendengar Ucapan Lelaki Tua itu, dia menitikkan Air Mata, seraya bergumam:
.
"Sejak Detik ini, aku Rela dengan apapun yg Engkau berikan, ya Allah."
.
Rezeki itu yang penting mengalir. Besar atau kecil yang penting ada alirannya.
.
Jangan harap mengalir seperti banjir.
.
Kalau tak pandai berenang boleh tenggelam.
.
Sampai bilakah engkau sibuk dengan kelazatan?
.
Sedangkan engkau akan di tanya tentang semua yang kau lakukan.
.
Kalam Sayyidina Ali bin Abi Thalib Karromalloohu Wajhah :
.
"perhatiannya hanya pada apa yang masuk ke perutnya, maka nilai seseorang itu tidak lebih dari apa yang keluar dari perutnya"
.
—As Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Miliki Al-Hasani
.
#thedaiegraphy
Read more
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ “Ya Allah, berkatilah ...
Media Removed
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ “Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.” . ‘Rejab’ bererti keagungan, kerana bulan ini diagungkan ... اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”
.
‘Rejab’ bererti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah s.w.t.
.
Bulan Ini Diagungkan kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, damai dan selamat. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud;
.
“Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…” (Surah at-Taubah:36)
.
Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab ialah peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab.
.
Juga berlakunya Perang Tabuk, peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w.
Selain itu, pada bulan Rejab juga berlakunya hijrah pertama dalam Islam.
.
Digalakkan kepada kita umat Islam untuk memperbanyakkan berzikir, istighfar, berpuasa serta melakukan amal kebajikan dalam bulan Rejab.
.
Juga digalakkan untuk kita melazimkan doa berikut;
.
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”
.
Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam dikabulkan doa sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
.
“Lima malam doa tidak ditolak, iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam Hari Raya Eidulfitri, malam hari raya Eiduladha.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
.
Al-Quran tidak menyebut secara terperinci mengenai bulan Rejab dan kelebihannya. Akan tetapi terdapat dua surah al-Quran yang menyebut mengenainya secara tidak langsung, iaitu surah al-Baqarah ayat 194 dan 217 dan surah at-Taubah ayat 2, 36 dan 37.
.
#thedaiegraphy
Read more
Buruk sangka, iri hari, hasad & dengki adalah perasaan yang menggagalkan impian seseorang itu ...
Media Removed
Buruk sangka, iri hari, hasad & dengki adalah perasaan yang menggagalkan impian seseorang itu untuk menuju Syurga. . JUSTERU, berkawan rapatlah dengan orang yang susah agar kamu merasa tawadhuk, dan perbanyakkan berkawan dengan orang yang soleh agar ia mengingatkan kamu kepada akhirat ... Buruk sangka, iri hari, hasad & dengki adalah perasaan yang menggagalkan impian seseorang itu untuk menuju Syurga.
.
JUSTERU, berkawan rapatlah dengan orang yang susah agar kamu merasa tawadhuk, dan perbanyakkan berkawan dengan orang yang soleh agar ia mengingatkan kamu kepada akhirat ATAU carilah kawan2 yang samada kamu boleh dapat manfaat darinya atau kamu boleh memberi dia manfaat.
.
Apabila kita hendak melakukan sesuatu perkara itu maka hendaklah benar-benar ikhlas dan tidak ada apa-apa kepentingan peribadi. Niatkan apa jua tindakan itu untuk mencari keredhaan Allah dan seringkan memikirkan samada sesuatu yg dilakukan itu adakah ia memberi kebaikan kepada akhirat atau tidak.
.
Di akhirat nanti ada beberapa bentuk penyesalan, NAMUN penyesalan yang paling menyedihkan dan menyebabkan seseorang itu merana tahap gaban di akhirat kelak adalah, "sewaktu hayatnya di dunia dia sering mendengar sesuatu kebenaran dan kebaikan tetapi dia tidak melaksanakannya sebaliknya ia mengabaikannya".
.
#thedaiegraphy
Read more
Rendah diri itu ialah tawaduk. . Yakni, merasa diri belum baik, lalu berusaha terus-terusan ...
Media Removed
Rendah diri itu ialah tawaduk. . Yakni, merasa diri belum baik, lalu berusaha terus-terusan memperbaiki diri dengan melakukan banyak kebaikan. . Rendah diri itu juga bererti rasa tidak puas dengan amalan yang sedikit lalu berusaha menambah amalan sendiri. . Rendah diri itu juga ... Rendah diri itu ialah tawaduk.
.
Yakni, merasa diri belum baik, lalu berusaha terus-terusan memperbaiki diri dengan melakukan banyak kebaikan.
.
Rendah diri itu juga bererti rasa tidak puas dengan amalan yang sedikit lalu berusaha menambah amalan sendiri.
.
Rendah diri itu juga mendorong rasa sentiasa berdosa, lalu hati sentiasa merintih dan bertaubat kerananya.
.
Segalanya milik Allah, Ucaplah Alhamdulillah sentiasa
.
–Ustaz Pahrol Mohd Juoi
.
#thedaiegraphy
Read more
Agama Islam adalah agama yang diredai oleh Allah Taala dan disempurnakan oleh Allah Taala. Ajaran-ajaran ...
Media Removed
Agama Islam adalah agama yang diredai oleh Allah Taala dan disempurnakan oleh Allah Taala. Ajaran-ajaran Islam merangkumi segala aspek yang diperlukan oleh manusia dan makhluk dalam segenap urusan kehidupan seharian. Di antara konsep yang ditekankan oleh Islam adalah perlaksanaan ... Agama Islam adalah agama yang diredai oleh Allah Taala dan disempurnakan oleh Allah Taala. Ajaran-ajaran Islam merangkumi segala aspek yang diperlukan oleh manusia dan makhluk dalam segenap urusan kehidupan seharian.
Di antara konsep yang ditekankan oleh Islam adalah perlaksanaan Ihsan dalam segala sesuatu. Islam menekankan bahawa sebagai semua perkara hendaklah dilaksanakan dengan Ihsan.
Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam dalam sebuah hadis sahih iaitu:

ثنتانِ حفظتُهما عن رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ . قال ( إنَّ اللهَ كتب الإحسانَ على كلِّ شيٍء . فإذا قتلتم فأحسِنُوا القِتْلَةَ . وإذا ذبحتم فأحسِنُوا الذبحَ . وليُحِدَّ أحدُكم شفرتَه . فليُرِحْ ذبيحتَه ) . .
الراوي: شداد بن أوس المحدث: مسلم - المصدر: صحيح مسلم - الصفحة أو الرقم: 1955
خلاصة حكم المحدث: صحيح

Bermaksud: daripada Shaddad bin Aus katanya, “Dua perkara telah saya hafal daripada Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam. Baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menulis (mewajibkan) Ihsan ke atas segala perkara. Jika kalian bunuh maka bunuhlah dengan Ihsan. Jika kalian sembelih maka sembelihlah dengan Ihsan. Hendaklah orang yang menyembelih di kalangan kalian mengasah pisaunya dan hendaklah dia merehatkan sembelihannya.” (Hadis riwayat al-Imam Muslim. Kitab al-Said…, Bab al-Amr bi ihsan al-zabh wal-qatl…, No. 3615)

MAKSUD IHSAN

Al-Shaikh Abdul Rahman al-Sa’di Rahimahullah menjelaskan dalam kitabnya Bahjah Qulub al-Abrar, bahawa Ihsan merangkumi dua jenis. (Bersambung di bahagian bawah)
Read more

Loading...