Usrahsantai Instagram Photos and Videos

Loading...


usrahsantai Legasi Usrah Santai (US) @usrahsantai mentions
Followers: 144,169
Following: 88
Total Comments: 0
Total Likes: 0

Apa tanda-tanda orang miskin jiwa?🤔 Nauzubillahiminzalik.. . #usrahsantai #BiarSantaiAsalSampai Apa tanda-tanda orang miskin jiwa?🤔 Nauzubillahiminzalik..
.
#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Loading...
Kerana mereka yang akan membawamu ke syurga (: __ #usrahsantai #BiarSantaiAsalSampai
Media Removed
Kerana mereka yang akan membawamu ke syurga (: __ #usrahsantai #BiarSantaiAsalSampai Kerana mereka yang akan membawamu ke syurga (:
__
#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir ...
Media Removed
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang kekal untuk selama-lamanya sedia ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam,
Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang kekal untuk selama-lamanya sedia ada lagi tiada permulaan. Kelebihan-Mu Maha Agung dan kemurahan-Mu amat melimpah yang sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru ke atas kami, kami mohon kepada-Mu perlindungan pada tahun ini daripada syaitan yang direjam dan konco-konconya serta bala tenteranya, kami juga memohon kepada-Mu pertolongan mengalahkan runtunan nafsu yang mendorong ke arah kejahatan, dan kami memohon kepada-
Mu kerja-kerja yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

Salam Maal Hijrah
Semoga segala kebaikan mengiringi hari-hari mendatang.

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
Assalamualaikum wbt. Esok last day to order. Tag kawan ramai-ramai ajak pakai sama. Sambil ...
Media Removed
Assalamualaikum wbt. Esok last day to order. Tag kawan ramai-ramai ajak pakai sama. Sambil bergaya kita berdakwah Code : Al-Asr 01 (Muslimin) / 02 (Muslimat) Material : CVC Premium Cotton Size : XS - 6XL To order WhatsApp +6012 692 3179 #USmerchandise #usrahsantai Assalamualaikum wbt.
Esok last day to order.

Tag kawan ramai-ramai ajak pakai sama.
Sambil bergaya kita berdakwah😊

Code : Al-Asr 01 (Muslimin) / 02 (Muslimat)
Material : CVC Premium Cotton
Size : XS - 6XL
To order WhatsApp +6012 692 3179

#USmerchandise
#usrahsantai
Make today matter 🤙🏽 __ #usrahsantai #BiarSantaiAsalSampai
Media Removed
Make today matter 🤙🏽 __ #usrahsantai #BiarSantaiAsalSampai Make today matter 🤙🏽
__
#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Sebak bercerita kisah ini pada anak muda. Bagaimana memilih calon isteri. Beberapa anak muda berbual ...
Media Removed
Sebak bercerita kisah ini pada anak muda. Bagaimana memilih calon isteri. Beberapa anak muda berbual tentang jika nak kahwin alang-alang biar paling cantik, paling muda, paling sexy, dan paling baik, baru bahagia. Saya mencelah mereka. Saya nak cerita kisah seorang anak muda baru habis ... Sebak bercerita kisah ini pada anak muda. Bagaimana memilih calon isteri. Beberapa anak muda berbual tentang jika nak kahwin alang-alang biar paling cantik, paling muda, paling sexy, dan paling baik, baru bahagia. Saya mencelah mereka. Saya nak cerita kisah seorang anak muda baru habis belajar yang nak berkahwin. Beliau Imam Ahmad ibnu hanbal rah. Salah seorang imam mazhab yang 4 yang hafal ribuan hadis.

Selepas habis belajar dia cari jodohnya. Dia minta makciknya merisik sebuah keluarga soleh yang ada 2 anak perempuan. Setelah merisik makciknya bercerita. Wahai anak saudaraku, makcik cadangkan anaknya yang kedua. Terlalu cantik. Matanya subhanallah. Bulu matanya. Bibirnya..pipinya..kulitnya putih cantik. Orangnya tinggi. Terlalu sempurna. Tak berhenti dia bercerita. Macam-macam pujiannya tentang anak dara itu pada imam ahmad rah.

Imam Ahmad mencelah terus tanya pula kakaknya. Jawab makciknya, maaf tapi kakaknya jauh beza dengan adiknya. Kakaknya kulit gelap. Rendah. Matanya...makciknya tak bersemangat dan tak suka keadaan fizikal kakaknya. Jawab Imam ahmad bagaimana pula agamanya dan akhlaknya. Kakaknya seorang yang sangat bertakwa. Agamanya jauh lebih baik dari adiknya.

Kata Imam ahmad rah. Saya memilih kakaknya. Mereka bernikah dan bahagia dengan agamanya. Sehinggalah selepas 20 tahun isterinya meninggal dunia. Ketika selesai menguruskan jenazah isteri dan kebumikan, di sebelah kubur isterinya, imam Ahmad ibnu hanbal rah telah berkata dengan syahdu. "Wahai isteriku semoga kamu sentiasa dirahmati Allah. Kaulah seorang isteri yang tak pernah melawan dan menyakitkan diriku sepanjang kita bersama. Kaulah isteri yang tak pernah menyakitkan hatiku dan aku tidak pernah menyesal berkahwin denganmu." .

Allahuakbar selama 20 tahun beliau menjadi isteri solehah penyejuk hati seorang suami. Itulah contoh isteri solehah yang lelaki harus pilih.

Ustaz Ebit Lew

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
Loading...
Tinggal lagi 2 hari sahaja! Cepat guys sebelum order kami ditutup. Boleh order untuk yang tersayang. Kami ...
Media Removed
Tinggal lagi 2 hari sahaja! Cepat guys sebelum order kami ditutup. Boleh order untuk yang tersayang. Kami ada banyak size yang available. Tag kawan ramai-ramai ajak pakai sama. Code : Al-Asr 01 (Muslimin) / 02 (Muslimat) Material : CVC Premium Cotton Size : XS - 6XL To order WhatsApp ... Tinggal lagi 2 hari sahaja!
Cepat guys sebelum order kami ditutup.
Boleh order untuk yang tersayang.
Kami ada banyak size yang available.

Tag kawan ramai-ramai ajak pakai sama. 😊

Code : Al-Asr 01 (Muslimin) / 02 (Muslimat)
Material : CVC Premium Cotton
Size : XS - 6XL
To order WhatsApp +6012 692 3179

#USmerchandise
#usrahsantai
Read more
Kadang kala kita rasa letih atau sedih bila mana orang tak hargai macam-macam kebaikan yang kita ...
Media Removed
Kadang kala kita rasa letih atau sedih bila mana orang tak hargai macam-macam kebaikan yang kita buat. Kadang kala hanya disebabkan satu dua kesilapan kita, orang abaikan kebaikan kita yang banyak selama ini. Tenang, jangan difikirkan sangat. Kita tak akan mampu nak puaskan hati semua ... Kadang kala kita rasa letih atau sedih bila mana orang tak hargai macam-macam kebaikan yang kita buat. Kadang kala hanya disebabkan satu dua kesilapan kita, orang abaikan kebaikan kita yang banyak selama ini.

Tenang, jangan difikirkan sangat. Kita tak akan mampu nak puaskan hati semua orang dan kita tak perlu pun nak puaskan hati sesiapa.

Tidak ada sesiapa dalam dunia ini melainkan pasti akan ada orang yang tak suka atau tak senang dengannya. Itu lumrah kehidupan. Bahkan Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam yang sempurna peribadi dan kebaikannya pun ada orang yang tak suka. Kita yang banyak kekurangan ni tentu tak lepas dari semua itu.

Buatlah kebaikan, sampaikan kebenaran dan biarkan Allah yang menilainya. Orang suka atau tidak itu perkara biasa. Kita tak akan mampu nak puaskan hati semua orang sebab ianya mustahil.

Sesungguhnya tidak ada cara untuk meraih redha semua orang.

Jangan bersedih dan gusar. | Ad-Dien Abdul Kadir

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
Loading...
Jom renungkan.. Kita hidup di gunung, merindukan pantai. Kita hidup di pantai, merindukan gunung. Kalau ...
Media Removed
Jom renungkan.. Kita hidup di gunung, merindukan pantai. Kita hidup di pantai, merindukan gunung. Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau? Duduk di rumah, berkeinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang. Waktu sunyi mencari ... Jom renungkan..
Kita hidup di gunung, merindukan pantai. Kita hidup di pantai, merindukan gunung.
Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?
Duduk di rumah, berkeinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.
Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk berkahwin. Sudah berkeluarga mengeluh belum miliki  anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki. Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki.
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki.

Mungkinkah sehelai daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup mata dengan telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar. Tapi, kalau daun kecil ini menutup mata kita, maka tertutuplah bumi yang luas ini.

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan di mana-mana, dan bumi ini sekalipun akan nampak buruk. Jadi, janganlah menutup mata kita walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma sehujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakanNya. Kerana hidup adalah waktu yang dipinjamkan dan amanah yang perlu dipertanggungjawabkan.

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki.
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki.
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki.
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki.
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki.
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara.

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur.

Syukur itu Indah 🌿

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا ٩۝ وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا ٠١۝ .. Sesungguhnya beruntung orang ...
Media Removed
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا ٩۝ وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا ٠١۝ .. Sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan jiwanya. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya. ﴾Surah al-Syams : ayat 9-10﴿ .. Dah order belum baju keluaran khas Usrah Santai? Kami ada banyak size yang ... قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا ٩۝ وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا ٠١۝
..
Sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan jiwanya. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya. ﴾Surah al-Syams : ayat 9-10﴿
..
Dah order belum baju keluaran khas Usrah Santai? Kami ada banyak size yang available dan catalog boleh refer di @usrahsantaimerch
Cepat sebelum order kami ditutup.
Boleh hadiahkan untuk yang tersayang.
Dan pastinya sambil bergaya sambil kita berdakwah.

Tag kawan ramai-ramai ajak pakai sama. 😊

Code : Al-Asr 01 (Muslimin) / 02 (Muslimat)
Material : CVC Premium Cotton
Size : XS - 6XL
To order :
WhatsApp +6012 692 3179
WhatsApp +6012 692 3179
WhatsApp +6012 692 3179

#silentdakwah
#USmerchandise
#usrahsantai
Read more
Tiga janji Allah kepada golongan yang suka bersedekah. 1. Menghapuskan dosa-dosa orang yang ...
Media Removed
Tiga janji Allah kepada golongan yang suka bersedekah. 1. Menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah. Rasulullah SAW, beliau bersabda yg artinya : “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi). • 2. Dapat berteduh di hari kiamat. Nabi SAW ... Tiga janji Allah kepada golongan yang suka bersedekah.

1. Menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah.
Rasulullah SAW, beliau bersabda yg artinya :
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi).

2. Dapat berteduh di hari kiamat.
Nabi SAW menceritakan tentang 7 jenis manusia yang akan mendapat berteduh pada hari yang tidak ada teduhan dari kepanasan di padang mahsyar.
Salah satu golongan yg mendapat teduhan itu adalah orang yang suka bersedekah.
Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya."
(HR. Bukhari)

3. Harta tidak akan berkurang tetapi makin bertambah banyak.
Rasulullah SAW bersabda yg artinya :
“Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kebaikan baginya.” (HR. Muslim). Semoga kita tergolong di kalangan yang suka memberi.

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
HARAPAN UMAR Suatu hari Umar bin alKhattab sedang duduk bersama para sahabatnya. Khalifah yang ...
Media Removed
HARAPAN UMAR Suatu hari Umar bin alKhattab sedang duduk bersama para sahabatnya. Khalifah yang soleh ini lalu berkata, "Sebutkanlah harapan kalian" . Seseorang berkata, "Aku berharap memiliki wang dirham sepenuh rumah ini, lalu aku gunakannya di jalan Allah". Seseorang yang lain ... HARAPAN UMAR

Suatu hari Umar bin alKhattab sedang duduk bersama para sahabatnya. Khalifah yang soleh ini lalu berkata, "Sebutkanlah harapan kalian" .

Seseorang berkata, "Aku berharap memiliki wang dirham sepenuh rumah ini, lalu aku gunakannya di jalan Allah". Seseorang yang lain bangkit dan berkata, "Aku berharap memiliki emas sepenuh rumah ini lalu aku belanjakan di jalan Allah" .

Umar berkata lagi, "Sebutkan harapan kalian". Salah seorang yang lain berkata, "Aku berharap memiliki permata sebanyak rumah ini, lalu aku belanjakan di jalan Allah" .

Umar terus berkata, "Sebutkanlah harapan kalian." Mereka menjawab, "Harapan apa lagi yang lebih tinggi daripada yang kami telah sebutkan?" .

Umar lalu berkata, "Aku berharap rumah ini dipenuhi orang orang seperti Abu Ubaidah, Muaz bin Jabal dan Huzaifah alYaman. Aku lalu mempergunakan mereka di jalan Allah."
.
.
PENILAIAN UMAR

Sungguh tajam penilaian Umar bin alKhattab. Islam lebih memerlukan manusia yang unggul berbanding harta yang melimpah ruah dan bangunan yang megah. Apakah nilai sebuah masjid yang besar dan mewah jika tiada sesiapa yang solat di dalamnya? Jika kita terlalu fokus membina bangunan dan benda, namun pada masa yang sama melupakan pembinaan manusia, kita belum membina sebuah tamadun.

Lihatlah cara yang dilakukan oleh Rasulullah. Baginda memulakan dakwah Islam dengan membina sumber manusia. Baginda menghabiskan masa bertahun tahun untuk mendidik para sahabat, memurnikan akidah mereka dan mengajarkan cara hidup Islamik. Baginda merubah jiwa sebelum membina benda.

Akibatnya, para sahabat yang asalnya orang Arab yang biasa biasa tampil sebagai pemimpin dunia. Tokoh-tokoh ini menyebarkan risalah Islam dengan penuh keimanan dan semangat yang tinggi.

Ambil contoh Abu Ubaidah bin al Jarrah. Sebelum Islam, beliau seorang pemuda Makkah yang tidak terkenal. Namun selepas iman memenuhi hatinya, dunia mengenali beliau sebagai panglima yang mengalahkan  pasukan Rom.

Sambungan di ruangan comment..
Read more
Loading...
Assalamualaikum semua. Berita baik untuk anda! Kami @usrahsantaimerch akan tunda tarikh ...
Media Removed
Assalamualaikum semua. Berita baik untuk anda! Kami @usrahsantaimerch akan tunda tarikh tutup order sehingga 11 Sept depan! Cepat sebelum order kami ditutup. Boleh hadiahkan untuk yang tersayang. Kami ada banyak size yang available. Dan pastinya sambil bergaya sambil kita ... Assalamualaikum semua.

Berita baik untuk anda!
Kami @usrahsantaimerch akan tunda tarikh tutup order sehingga 11 Sept depan!
Cepat sebelum order kami ditutup.
Boleh hadiahkan untuk yang tersayang.
Kami ada banyak size yang available.
Dan pastinya sambil bergaya sambil kita berdakwah.

Tag kawan ramai-ramai ajak pakai sama. 😊

Code : Al-Asr 01 (Muslimin) / 02 (Muslimat)
Material : CVC Premium Cotton
Size : XS - 6XL
To order :
WhatsApp +6012 692 3179
WhatsApp +6012 692 3179
WhatsApp +6012 692 3179

#silentdakwah
#USmerchandise
#UsrahSantai
Read more
Ukhwah tidak dibina pada manisnya maksiat, pahit nya kebenaran. Ia dibina atas landasan Taqwa. ...
Media Removed
Ukhwah tidak dibina pada manisnya maksiat, pahit nya kebenaran. Ia dibina atas landasan Taqwa. Berhati-hati dari melakukan kemungkaran dan kemaksiatan. Andai ukhwah kerana Allah, tak perlu perkara maksiat menghiasinya. Cukup Taqwa jadi bekalan. #usrahsantai #BiarSantaiAsalSampai Ukhwah tidak dibina pada manisnya maksiat, pahit nya kebenaran. Ia dibina atas landasan Taqwa. Berhati-hati dari melakukan kemungkaran dan kemaksiatan.

Andai ukhwah kerana Allah, tak perlu perkara maksiat menghiasinya. Cukup Taqwa jadi bekalan.

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Siapa tahu rupanya Allah simpan kegembiraan disebalik semua kesedihan dan kekurangan yang kita ...
Media Removed
Siapa tahu rupanya Allah simpan kegembiraan disebalik semua kesedihan dan kekurangan yang kita lalui. Adik beradik kita yang paling nakal akhirnya menjadi anak yang paling baik dan banyak khidmat buat ibubapanya. Pelajar yang direndahkan dan dipandang rendah tiba-tiba jadi paling ... Siapa tahu rupanya Allah simpan kegembiraan disebalik semua kesedihan dan kekurangan yang kita lalui. Adik beradik kita yang paling nakal akhirnya menjadi anak yang paling baik dan banyak khidmat buat ibubapanya. Pelajar yang direndahkan dan dipandang rendah tiba-tiba jadi paling berguna buat masyarakat.
.
Orang yang lambat kahwin dan tiada anak akhirnya paling bahagia dan gembira sampai akhir usia..bercinta sampai syurga. Diberi anak lewat tapi anak daie yang gegarkan dunia dengan kebaikan. Orang paling gengster akhirnya orang paling banyak menangis depan Allah.
.
Buat dakwah tapi sentiasa dihina dan direndahkan dan mungkin disalahfahami tetapi tiba-tiba menjadi orang yang kata-katanya diingati dan jadi asbab hidayah. Semua ulama yang soleh dulu pernah masuk penjara kerana kebenaran.
.
Orang baik-baik tidak dikedepankan supaya
mereka diselamatkan dari cinta dan fitnah dunia. Ada orang tidak dikenali di dunia tapi di kenali di sisi penghuni langit. Kematian orang paling disayangi supaya dia diberi rehat dan Allah ingin kita belajar erti kehidupan agar menjadi lebih bermakna.
.
Belajarlah melihat disebalik kesusahan ini Allah sediakan rahmat yang besar. Jika Allah ingin beri kebaikan pada seseorang, Allah mula beri musibah.
.
Hakikatnya tidak ada orang akan gagal di dunia dan akhirat melainkan orang yang berputus asa dari rahmat Allah. Ubat bagi segalanya adalah sangka baik pada Allah.

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
Loading...
Assalamualaikum semua.. Dah breakfast belum? Haaa yang jauh mari rapat yang rapat mari dekat. Tinggal ...
Media Removed
Assalamualaikum semua.. Dah breakfast belum? Haaa yang jauh mari rapat yang rapat mari dekat. Tinggal lagi 1 hari sahaja lagi guys! Cepat sebelum order kami ditutup. Boleh order untuk yang tersayang. Kami ada banyak size yang available. Tag kawan ramai-ramai ajak pakai sama. ... Assalamualaikum semua..
Dah breakfast belum?

Haaa yang jauh mari rapat yang rapat mari dekat.
Tinggal lagi 1 hari sahaja lagi guys!
Cepat sebelum order kami ditutup.
Boleh order untuk yang tersayang.
Kami ada banyak size yang available.

Tag kawan ramai-ramai ajak pakai sama. 😊

Code : Al-Asr 01 (Muslimin) / 02 (Muslimat)
Material : CVC Premium Cotton
Size : XS - 6XL
To order please
WhatsApp +6012 692 3179
WhatsApp +6012 692 3179
WhatsApp +6012 692 3179

#USmerchandise
#usrahsantai
Read more
.. Dia menghirup kopi perlahan-lahan sambil merenung jauh dan menghabiskan kata-katanya. "Aku ...
Media Removed
.. Dia menghirup kopi perlahan-lahan sambil merenung jauh dan menghabiskan kata-katanya. "Aku sayang sangat kat dia walaupun dia dah lukakan hati aku. Tapi aku harap sangat dia masih kekal dalam Islam." -- Dia berkenalan dengan seorang mualaf yang sudah jatuh cinta pada dia dan juga ... ..
Dia menghirup kopi perlahan-lahan sambil merenung jauh dan menghabiskan kata-katanya. "Aku sayang sangat kat dia walaupun dia dah lukakan hati aku. Tapi aku harap sangat dia masih kekal dalam Islam."
--
Dia berkenalan dengan seorang mualaf yang sudah jatuh cinta pada dia dan juga Islam. Tapi sayangnya dia berputus asa ketika mereka berusaha kuat untuk menghalalkan ikatan.
--
"Aku akur dengan jarak yang buat kami sukar untuk communicate, dengan culture dia. So no wonder kalau his circle yang influence dia untuk menjauh dari aku dan give up too early. Tapi walaupun kami takda jodoh, aku cuma berharap Allah kuatkan hati dia untuk terus istiqomah. Itu saja yang aku harap."
--
Bukan mudah nak menarik orang ke dalam hati kita, apatah lagi ke dalam agama Islam. Menjadi asbab seseorang itu memeluk Islam sahaja sudah menjadi amat besar rahmat dan ganjarannya apatah lagi untuk buat dia kekal hingga ke akhirnya.
--
And other main point untuk aku tekankan disini, tak kisahlah betapa buruk layanan orang terhadap kita, orang yang kita harap menjadi jodoh kita tinggalkan kita, bila kita ditolak mentah-mentah, orang yang kita nampak jahil masih tak nampak hidayah, kita titipkan saja DOA buat dia. Walau macamana pedih dan sakit hati tu, janganlah kita simpan dendam jauh sekali minta perkara buruk berlaku ke atas mereka. Segala kesilapan yang pernah mereka buat serahkan saja pada Allah.
--
Yakinlah hanya dengan Doa, rindu kau terubat,
hanya dengan Doa, dendam kau terlerai,
Dan hanya dengan Doa, Allah boleh kabulkan.
--
Aku hanya mampu mendengar mengangguk faham. Aku juga berharap hidayah itu masih mengiringi dia. Dan buat sahabat aku, semoga Allah menjawab segala doa kau dan yang terbaik akan kau ketemu kelak.

Terus saja berdoa.

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
Semua peninju profesional memiliki jurulatih. Bahkan, petinju legenda sehebat Mohamad Ali sekali ...
Media Removed
Semua peninju profesional memiliki jurulatih. Bahkan, petinju legenda sehebat Mohamad Ali sekali pun juga memiliki jurulatih. iaitu Angelo Dundee yang membantu Ali menjadi juara dunia sebanyak 3 kali. .. Padahal jika mereka berdua beradu bertanding, sangat jelas Angelo Dundee ... Semua peninju profesional memiliki jurulatih. Bahkan, petinju legenda sehebat Mohamad Ali sekali pun juga memiliki jurulatih.
iaitu Angelo Dundee yang membantu Ali menjadi juara dunia sebanyak 3 kali.
..
Padahal jika mereka berdua beradu bertanding, sangat jelas Angelo Dundee tidak mungkin akan menang.
..
Mungkin kita tertanya tanya, mengapa orang sehebat Mohamad Ali masih memerlukan jurulatih kalau sudah jelas dia pasti menang melawan jurulatihnya? Ketahuilah. Bahawa Mohamad Ali perlukan jurulatih bukan kerana jurulatihnya lebih hebat tapi kerana ia memerlukan seseorang untuk melihat hal hal yang "tidak dapat dia lihat sendiri".
..
Hal yang tidak dapat kita lihat dengan mata sendiri itu yang disebut: "Blind Spot" atau "Titik Buta". Kita hanya boleh melihat "Blind Spot" dari bantuan orang lain.
..
Dalam hidup,  kita perlukan seseorang untuk mengawasi kehidupan kita, sekaligus untuk mengingatkan kita seandainya keutamaan hidup kita mulai keluar dari landasan.
..
Kita perlukan orang lain yang:
Menasihati
Mengingatkan
Menegur
..
Jika kita mulai melakukan sesuatu kesilapan yang mungkin tidak kita sedari.
Kita perlukan kerendahan hati untuk:
Menerima kritikan
Menerima nasihat
Menerima teguran
..
Itulah yang menyelamatkan kita terpesong dari landasan matlamat. Kita bukan manusia sempurna. Jadi, biarkan orang lain menjadi "mata" kita di area 'Blind Spot' kita, sehingga kita boleh melihat apa yang tidak boleh kita lihat dengan 'Pandangan' kita sendiri.
..
Mari kita saling nasihat-menasihati dalam kebaikan dan kesabaran. InshaAllah.

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
Loading...
Tinggal lagi 2 hari sahaja! Cepat guys sebelum order kami ditutup. Boleh order untuk yang tersayang. Kami ...
Media Removed
Tinggal lagi 2 hari sahaja! Cepat guys sebelum order kami ditutup. Boleh order untuk yang tersayang. Kami ada banyak size yang available. Tag kawan ramai-ramai ajak pakai sama. Code : Al-Asr 01 (Muslimin) / 02 (Muslimat) Material : CVC Premium Cotton Size : XS - 6XL To order WhatsApp ... Tinggal lagi 2 hari sahaja!
Cepat guys sebelum order kami ditutup.
Boleh order untuk yang tersayang.
Kami ada banyak size yang available.

Tag kawan ramai-ramai ajak pakai sama. 😊

Code : Al-Asr 01 (Muslimin) / 02 (Muslimat)
Material : CVC Premium Cotton
Size : XS - 6XL
To order WhatsApp +6012 692 3179

#USmerchandise
#usrahsantai
Read more
Jangan kita sesekali melihat kekurangan seseorang dengan berkata tidak baik tentangnya. Walau ...
Media Removed
Jangan kita sesekali melihat kekurangan seseorang dengan berkata tidak baik tentangnya. Walau mungkin dia pernah ada kesilapan terhadap kita. Kita cuma hamba Allah yang juga tak sempurna belaka' Doakan dan maafkan adalah lebih baik dari berkata buruk tentangnya dan tak selamanya ... Jangan kita sesekali melihat kekurangan seseorang dengan berkata tidak baik tentangnya.
Walau mungkin dia pernah ada kesilapan terhadap kita.

Kita cuma hamba Allah yang juga tak sempurna belaka'

Doakan dan maafkan adalah lebih baik dari berkata buruk tentangnya dan tak selamanya orang yang kita lihat jahat akan terus buat jahat dan sebaliknya.

Tag sahabat anda.

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
Alhamdulillah 'ala kulli hal Gathering Family Day Usrah Santai Muslimat berjalan dengan lancar. ...
Media Removed
Alhamdulillah 'ala kulli hal Gathering Family Day Usrah Santai Muslimat berjalan dengan lancar. Syukur alhamdulillah atas nikmat hujan yang turun hanya seketika menjadikan cuaca sangat selesa untuk menimba ilmu, berukhwah dan menjamu selera. Terima kasih buat semua yang hadir ... Alhamdulillah 'ala kulli hal
Gathering Family Day Usrah Santai Muslimat berjalan dengan lancar. Syukur alhamdulillah atas nikmat hujan yang turun hanya seketika menjadikan cuaca sangat selesa untuk menimba ilmu, berukhwah dan menjamu selera.

Terima kasih buat semua yang hadir sama ada ahli atau bukan. Terima kasih atas keluangan masa untuk memeriahkan majlis. Ada yang bekerja, masih mencuri sedikit masa untuk hadir jua, ada yang jauh sanggup bermusafir untuk berukhwah, ada yang tidak pernah bersua tetapi sudi untuk sama sama hadir. Alhamdulillah syukur atas nikmat ini.

Terima kasih buat para biro Usrah Santai Muslimat yang berusaha mewujudkan dan menguruskan program ini sehingga selesai. Terima kasih juga buat semua yang sudi bersusah payah memasak untuk makan bersama sama, ada yang sanggup order macam macam makanan demi menggembirakan hati sahabat-sahabat sekalian. Maha Suci Allah sangat indah ukhwah ini.

Terima kasih buat semua yang berkongsi ilmu. Sesungguhnya ilmu itu didapati bukan hanya melalui bicara tetapi akhlak peribadi. Terima kasih buat kalian yang hadir dan mengajarkan akhlak yang baik.

Sama-samalah kita berdoa agar program yang telah terlaksana ini menjadi program yang diredhai Allah, yang mana berkumpulnya kita atas niat lillahitaala, berjalannya majlis dengan rasa cinta dan berakhirnya majlis dengan hati yang terisi ilmu dan ukhwah.

Akhir kalam, manusia merancang Allah mentakdirkan. Segala salah silap dan kekurangan mohon dimaafkan dan ditegur agar dapat diperbaiki. Moga kita dapat bersua di program program bermanfaat yang akan datang. Bi iznillah.

MTME USRAH SANTAI MUSLIMAT
Read more
Gathering Family Day Usrah Santai Muslimat 31 Ogos 2018 | Lake Valley BTHO | 3.00-5.00 petang Sesi ...
Media Removed
Gathering Family Day Usrah Santai Muslimat 31 Ogos 2018 | Lake Valley BTHO | 3.00-5.00 petang Sesi Potluck Ketahuilah bahawa makanan yang halal akan menyinari hati, dan melembutkan hati yang keras. Menyebabkan adanya rasa takut dan khusyuk kepada Allah. Memberikan semangat ... Gathering Family Day
Usrah Santai Muslimat

31 Ogos 2018 | Lake Valley BTHO | 3.00-5.00 petang

Sesi Potluck

Ketahuilah bahawa makanan yang halal akan menyinari hati, dan melembutkan hati yang keras. Menyebabkan adanya rasa takut dan khusyuk kepada Allah. Memberikan semangat dan nasihat pada anggota tubuh untuk taat serta beribadah kepadaNya. Serta mewujudkan sikap zuhud terhadap dunia dan kecintaan pada akhirat. Penyebab diterimanya amal soleh serta dikabulkan doa.
-Imam Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad

Terima kasih buat semua yang hadir. Semoga perjumpaan ini diberkati Allah SWT.

#usrahsantai #usgathering #biarsantaiasalsampai
Read more
Gathering Family Day Usrah Santai Muslimat 31 Ogos 2018 | Lake Valley BTHO | 3.00-5.00 petang Potluck ...
Media Removed
Gathering Family Day Usrah Santai Muslimat 31 Ogos 2018 | Lake Valley BTHO | 3.00-5.00 petang Potluck + borak berilmiah . . Ada yang bertanya macam mana nak istiqomah? Ringkasan jawapan oleh Biro-Biro US Muslimat Hijrah itu mudah, namun istiqamah itu memang susah. Kalau senang, ... Gathering Family Day
Usrah Santai Muslimat

31 Ogos 2018 | Lake Valley BTHO | 3.00-5.00 petang

Potluck + borak berilmiah
.
.
Ada yang bertanya macam mana nak istiqomah?

Ringkasan jawapan oleh Biro-Biro US Muslimat

Hijrah itu mudah, namun istiqamah itu memang susah. Kalau senang, itu namanya istirehat.

Penekanan mengenai penjagaan solat dan wudhu untuk istiqamah sebab solat berkualiti membentuk peribadi. Apabila mengambil wudhuk, ambil dengan teliti, fahami maksud apabila mengambil wudhuk. Apabila solat hayati betul betul bacaan solat.

Jangan penat untuk berbuat kebaikan. Kena mula berfikir di akhir zaman ini di mana kita berada, apa pilihan kita?

Usaha cari majlis taalim. Majlis ilmu itu tak semestinya yang ada ulama saja. Boleh didik diri bermula dengan surau di kawasan perumahan. Bergaul dengan orang soleh maka inshAllah jalan ke majlis ilmu yang dihadiri ulama itu akan dipermudahkan.
.
.
Terima kasih buat semua yang hadir. Semoga perjumpaan ini diberkati Allah SWT.

#usrahsantai #usgathering #biarsantaiasalsampai
Read more
Gathering Family Day Usrah Santai Muslimat 31 Ogos 2018 | Lake Valley BTHO | 3.00-5.00 petang . . Perkongsian ...
Media Removed
Gathering Family Day Usrah Santai Muslimat 31 Ogos 2018 | Lake Valley BTHO | 3.00-5.00 petang . . Perkongsian ilmu oleh Biro US Muslimat Penyampaian kisah Zunairah - ketabahan menyembuhkan butanya Sesi santai - perkongsian dari para peserta ibrah yang dapat diambil dari kisah ... Gathering Family Day
Usrah Santai Muslimat

31 Ogos 2018 | Lake Valley BTHO | 3.00-5.00 petang
.
.
Perkongsian ilmu oleh Biro US Muslimat

Penyampaian kisah Zunairah - ketabahan menyembuhkan butanya

Sesi santai - perkongsian dari para peserta ibrah yang dapat diambil dari kisah Zunairah.

Perkongsian ibrah kisah Zunairah - memahami pengorbanan mempertahankan akidah.

Mengulas secara ringkas kaitan "gems of jannah" dalam membentuk jati diri wanita solehah pada zaman sekarang.
.
.
Terima kasih buat semua yang hadir. Semoga perjumpaan ini diberkati Allah SWT.

#usrahsantai #usgathering #biarsantaiasalsampai
Read more
Gathering Family Day Usrah Santai Muslimat 31 Ogos 2018 | Lake Valley BTHO | 3.00-5.00 petang - - Perkongsian ...
Media Removed
Gathering Family Day Usrah Santai Muslimat 31 Ogos 2018 | Lake Valley BTHO | 3.00-5.00 petang - - Perkongsian ilmu oleh Biro US Muslimat GEMS of JANNAH Pendahuluan tentang maksud "Gems of Jannah" i. Ada apa dengan "Gems of Jannah" ii. Maksud tersirat & tersurat "Gems of Jannah" Permata ... Gathering Family Day
Usrah Santai Muslimat

31 Ogos 2018 | Lake Valley BTHO | 3.00-5.00 petang
-
-
Perkongsian ilmu oleh Biro US Muslimat

GEMS of JANNAH

Pendahuluan tentang maksud "Gems of Jannah"
i. Ada apa dengan "Gems of Jannah"
ii. Maksud tersirat & tersurat "Gems of Jannah"

Permata yang bagaimana yang kita jadikan contoh tauladan / ikut ikutan dan pendorong menuju kepada jalan2 yang diredhai [contoh seperti, wanita solehah & para isteri Nabi]

Ibrah dari Ujian Ujian para wanita solehah

Bicara santai tentang sifat malu & tawadhu

Dan kembali kepada Ibrah Ujian. Contohnya bila mana wanita solehah ada sifat malu dan ditimpakan Allah keatasnya ujian ujian yang berat dia masih mampu menjaga lisan dan diri tanpa perlu ditangis tangis pada dunia (sahabat, kenalan, buah hati) hal akan keadaan dirinya. [point semua ada bacaan hadith]
-
-
Terima kasih buat semua yang hadir. Semoga perjumpaan ini diberkati Allah SWT.

#usrahsantai #usgathering #biarsantaiasalsampai
Read more
Gathering Family Day Usrah Santai Muslimat 31 Ogos 2018 | Lake Valley BTHO | 3.00-5.00 petang Majlis ...
Media Removed
Gathering Family Day Usrah Santai Muslimat 31 Ogos 2018 | Lake Valley BTHO | 3.00-5.00 petang Majlis dimulakan dengan bacaan doa. “Janganlah kalian lemah untuk berdoa, kerana siapapun tidak akan binasa bersama doa.” -Anas Bin Malik Terima kasih buat semua yang hadir. Semoga ... Gathering Family Day
Usrah Santai Muslimat

31 Ogos 2018 | Lake Valley BTHO | 3.00-5.00 petang

Majlis dimulakan dengan bacaan doa. “Janganlah kalian lemah untuk berdoa, kerana siapapun tidak akan binasa bersama doa.”
-Anas Bin Malik

Terima kasih buat semua yang hadir. Semoga perjumpaan ini diberkati Allah SWT.

#usrahsantai #usgathering #biarsantaiasalsampai
Read more
Pakaian Wanita menurut syarak. 1. Pakaian tak jarang. Tak nipis sehingga menampakkan susuk ...
Media Removed
Pakaian Wanita menurut syarak. 1. Pakaian tak jarang. Tak nipis sehingga menampakkan susuk tubuh dan warna kulit si pemakai. 2. Tak singkat. Tak terbelah kainnya. 3. Memakai tudung yang labuh. Labuh tudung kalau hanya dihadapan sudah mengikut syarak tapi kalau dia angkat tangan ... Pakaian Wanita menurut syarak.

1. Pakaian tak jarang. Tak nipis sehingga menampakkan susuk tubuh dan warna kulit si pemakai.

2. Tak singkat. Tak terbelah kainnya.

3. Memakai tudung yang labuh. Labuh tudung kalau hanya dihadapan sudah mengikut syarak tapi kalau dia angkat tangan akan menyebab kan menampakkan bentuk badan. So, biar tudung tu labuh hadapan , belakang dan kiri kanan. Tapi bagi si pemakai purdah, labuh tudung yang betul dihadapan mesti menutupi kemaluan dan labuh dibelakang menutupi punggung. Tapi kalau boleh yang tak pakai purdah pun boleh ikut. Sebab bila angin tiup dari belakang jubah kita pakai ikut bentuk badan. Nampak saiz punggung kita kat situ. Ishh malu lah.

4. Memakai stokin.

5. Memakai handsock. Walau kita pakai jubah, baju lengan panjang pun. Pakai jugak hansock . cuba letak dalam hati kalau tersingkap jubah yang kat tangan tu, berdosa tak kita? Berdosa kan, so pakai hs.

6. Memakai pakaian yang longgar / tak ketat. Tak menampakkan body kita. Yelah, pakaian sekarang semua tak mengikut syariat. Kecik atas besar bawah. Pakai pakaian yang tak menampak kan bentuk badan kita.

Moga bermanfaat 🌹

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
Ini adalah bab Fadhilat. -- • Saf lelaki Bagi saf lelaki naam yang paling baik adalah pada saf ...
Media Removed
Ini adalah bab Fadhilat. -- • Saf lelaki Bagi saf lelaki naam yang paling baik adalah pada saf paling hadapan. -- • Saf wanita Jika wanita solat berjemaah di belakang saf para lelaki *tanpa tabir pemisah*, maka *sebaik-baik saf ialah yang paling belakang* dan seburuk-buruknya ialah ... Ini adalah bab Fadhilat.
--
• Saf lelaki
Bagi saf lelaki naam yang paling baik adalah pada saf paling hadapan.
--
• Saf wanita
Jika wanita solat berjemaah di belakang saf para lelaki *tanpa tabir pemisah*, maka *sebaik-baik saf ialah yang paling belakang* dan seburuk-buruknya ialah yang paling hadapan. (H.R Muslim , Abu Daud , Tirmizi dan  Ibn Majah)
--
Imam Nawawi menyebut bahawa yang dimaksudkan dengan saf yang paling buruk ialah yang paling sedikit fadhilatnya dan paling kurang menepati kehendak syarak.
--
Ini adalah kerana wanita sentiasa dituntut untuk menjauhkan diri daripada percampuran dengan kaum lelaki yang bukan mahram melainkan atas sebab yang darurat atau diharuskan oleh syarak.
--
Justeru itu, dalam keadaan masjid di negara kita yang *sudah diletakkan tabirnya*, maka tempat yang terbaik bagi wanita ialah pada *saf yang paling hadapan* kerana sudah terpisah daripada pandangan lelaki.
--
Wallahutaalaalam bishshawab wa ilaihi marjiul maab

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
Kita terima benda yang kita rasa kita layak terima. Kita ketawa, kita gembira, kita bahagia dengan ...
Media Removed
Kita terima benda yang kita rasa kita layak terima. Kita ketawa, kita gembira, kita bahagia dengan apa yang ada di sekeliling kita, dengan orang-orang yang kita suka. Suatu hari, Tuhan hadirkan ujian. Semua perkara jadi tak seperti apa yang kita mahu. Benda-benda milik kita di sekeliling ... Kita terima benda yang kita rasa kita layak terima. Kita ketawa, kita gembira, kita bahagia dengan apa yang ada di sekeliling kita, dengan orang-orang yang kita suka. Suatu hari, Tuhan hadirkan ujian. Semua perkara jadi tak seperti apa yang kita mahu. Benda-benda milik kita di sekeliling kita yang kita suka, hilang. Orang-orang di sekitar kita yang kita sayang, pergi menjauh. Kita sedih, kecewa, terkilan, marah. Kenapa? Sebab kita rasa, kita tak layak dapat semua tu.
..
Kita rasa kita layak terima benda bahagia saja, tak layak terima kesedihan. Lupakah kita bahawa kita hanya hamba, bukan Tuhan? Kita perlu terima semuanya, baik atau buruk, kesedihan atau kegembiraan. Kenapa? Kerana selalu ada pengajaran dalam sesuatu. Ada hikmah di balik kejadian. Ada pelangi setelah hujan.
..
Bila Allah bagi kita kemewahan, kita mula nak bergantung pada kemewahan, kita anggap kita boleh miliki semua, tanpa kita sedar semua yang ada adalah milik Dia. Bila Allah hadirkan seseorang, kita terlalu terikat dengan seseorang, sampai kadang-kadang susah sangat nak melepaskan, tanpa kita sedar ikatan yang perlu kita kukuhkan adalah ikatan kepada-Nya. Bila Allah bagi sedikit kelebihan, sedikit kuasa dan status, kita jadi sombong dengan orang, kita rasa orang lain lebih rendah darjat mereka berbanding kita padahal semua status tu tak bermakna apa-apa, kerana yang Allah nilai adalah iman.
..
Ketakutan untuk kehilangan kemewahan, kehilangan seseorang, kehilangan kelebihan buat kita hilang pertimbangan. Semua benda kita nak jadi milik kita selamanya dan harapan yang kita bina tu sikit demi sikit mula merosakkan hati. Sebab itu kadang-kadang payah sangat nak redha kalau kehilangan. Payah sangat nak menerima apa yang terjadi.
..
Lalu kadang-kadang, dalam suasana yang tidak kita jangka, Allah tarik semua nikmat kit tu. Ada orang yang rasa kehilangan merupakan suatu hukuman. Tidak. Bagi saya itu adalah satu pengajaran dan petunjuk, agar kita kembali dekat dengan Dia. Bukankah jika benda-benda yang merosakkan hati dah diambil dari kita, kita akan dekat dengan Dia? Dan dekat dengan Dia itu adalah anugerah yang lebih baik.
..
Sambungan di ruangan comment..
Read more
Orang memohon maaf dan dimaafkan ni orang yang kuat. Salah dengan manusia, mohon maaf dengan manusia, ...
Media Removed
Orang memohon maaf dan dimaafkan ni orang yang kuat. Salah dengan manusia, mohon maaf dengan manusia, salah buat dosa, mohon maaf dengan Tuhan. Allah Maha Pengampun. Nabi pun sangat pemaaf. Nak jadi mulia, kita ikut sikap yang mulia. Tak rugi jadi pemaaf dan minta maaf. Waktu sesuai ... Orang memohon maaf dan dimaafkan ni orang yang kuat. Salah dengan manusia, mohon maaf dengan manusia, salah buat dosa, mohon maaf dengan Tuhan. Allah Maha Pengampun. Nabi pun sangat pemaaf. Nak jadi mulia, kita ikut sikap yang mulia. Tak rugi jadi pemaaf dan minta maaf.

Waktu sesuai mohon maaf dengan Tuhan: tengah malam. Sunyi dan lebih tenang. Rasa dekat.

Tanda Allah maafkan kita:
- Sedih kerana dosa pada Allah; tanda dirahmati
- Kita rasa dosa kita besar
- Kita rasa nak beramal dan menjauhi yang mungkar

Cara mohon maaf:
- Istighfar Astaghfirullahal a'zim
- Penyesalan
- Doa
- Dan tidak mahu buat salah tu lagi.

Apa pun, jaga diri dan jaga hati. Banyakkan istighfar. Allah Maha pengampun jangan putus asa dengan rahmat Allah. Semua ada hikmah dan pengajarannya.

Maaf sifat mulia, tak rugi memaafkan. Dan tak perlu tunggu orang minta maaf. Buatlah kerana ia mulia; dan kerana Allah suka.

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
Sometimes we make dua for a door of the dunya. When it doesn't open, we cry. We are not realizing that ...
Media Removed
Sometimes we make dua for a door of the dunya. When it doesn't open, we cry. We are not realizing that Allah has instead opened a door of Jannah for us.. - Yasmin Mogahed Code : Al-Asr 01 (Muslimin) / 02 (Muslimat) Material : CVC Premium Cotton Size : XS - 6XL To order WhatsApp +6012 692 3179 #usrahsantai #USmerchandise #BiarSantaiAsalSampai Sometimes we make dua for a door of the dunya. When it doesn't open, we cry. We are not realizing that Allah has instead opened a door of Jannah for us.. - Yasmin Mogahed

Code : Al-Asr 01 (Muslimin) / 02 (Muslimat)
Material : CVC Premium Cotton
Size : XS - 6XL
To order WhatsApp +6012 692 3179

#usrahsantai
#USmerchandise
#BiarSantaiAsalSampai
Tipu andai aku katakan berniqab itu mudah. Bukan terus hijrah, terus pakai. Ia ambil masa. Mulakan ...
Media Removed
Tipu andai aku katakan berniqab itu mudah. Bukan terus hijrah, terus pakai. Ia ambil masa. Mulakan yang wajib. Solat. Menutup aurat. Perbaiki akhlak diri. Dengan izin kedua ibu bapa/suami. Seterusnya atas pilihan sendiri. Kerana ia hanyalah sunat. The hard thing is istiqamah. Jujur, ... Tipu andai aku katakan berniqab itu mudah.
Bukan terus hijrah, terus pakai.
Ia ambil masa. Mulakan yang wajib.
Solat.
Menutup aurat.
Perbaiki akhlak diri.
Dengan izin kedua ibu bapa/suami.
Seterusnya atas pilihan sendiri.
Kerana ia hanyalah sunat.

The hard thing is istiqamah.
Jujur, aku katakan.
Berniqab itu selamat.
Berniqab itu terjaga.
Berniqab itu buat kita jaga akhlak.
Berniqab itu buat kita rasa dihormati.
Tapi tak bermakna sudah berniqab diri tidak lari dari dosa.
Kita bukan maksum.
Tapi dengan berniqab kita dapat hindari berbuat dosa.
Berhijrah tak wajib pun berniqab.
Jangan mindset kalau nak berhijrah kena berniqab.
Salah sama sekali.
Aku pilih jalan berniqab kerna aku tahu diri ku seperti apa.
Bukan untuk menutup kekhilafan.
Tapi untuk tidak terus membuat khilaf.

Jangan kalian ingat dia berkawan semua dengan yang berniqab tanda dia berpuak puak.
Kalian tidak tahu yang antara berniqab itu juga dulunya bukan berniqab.
Hanya kalian menampakkan luaran kalian judge tanpa tahu.
apa yang mereka dah alami untuk menjadikan siapa mereka yang sekarang.

Hijrah itu mudah.
Islam itu mudah.
Jangan menyulitkan.

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
Imam Masjidil Harram Al-Makki dalam khutbahnya mengatakan : Hati-hati dengan poket yang kosong Engkau ...
Media Removed
Imam Masjidil Harram Al-Makki dalam khutbahnya mengatakan : Hati-hati dengan poket yang kosong Engkau telah berwuduk dengan sebaik-baik wuduk akan tetapi engkau membazir menguna air, (itu sama dengan) poket kosong Engkau bersedekah kepada fakir miskin kemudian, engkau menghina ... Imam Masjidil Harram Al-Makki dalam khutbahnya mengatakan :

Hati-hati dengan poket yang kosong

Engkau telah berwuduk dengan sebaik-baik wuduk akan tetapi engkau membazir menguna air, (itu sama dengan) poket kosong

Engkau bersedekah kepada fakir miskin kemudian, engkau menghina dan menyulitkan mereka, (itu seperti) poket kosong.

Engkau solat malam hari, puasa di siang hari, dan mentaati tuhanmu, tapi engkau memutuskan (tali) silaturrahim, (jelas itu adalah) poket kosong

Engkau sabar dengan haus dan lapar,  tapi engkau menghina dan mencaci, (sama dengan) poket kosong.

Engkau memakai baju kurung dan berjubah, tapi minyak Wangi menyengat, (itu) poket kosong.

Engkau memuliakan tamumu dan berbuat baik kepadanya, tapi setelah dia pergi engkau mengumpatnya, (sungguh itu) poket kosong.

Pada akhirnya kamu hanya mengumpulkan kebaikanmu dalam poket kosong, kamu mengumpulkan dengan susah payah kemudian kamu membazirkannya dengan mudah pula.

Ya Rabb, kami mohon Hidayah dan keampunan atas kami dan orang-orang yang kami cintai.

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
... 1) Al - Fakr (kemiskinan) Segala yang kita miliki hari ini sebenarnya bukanlah milik kita ...
Media Removed
... 1) Al - Fakr (kemiskinan) Segala yang kita miliki hari ini sebenarnya bukanlah milik kita sepenuhnya tetapi hanya diberi pinjam oleh tuhan kita. Apa buktinya??. Buktinya, tiada apa apa pun yang akan kita bawa selepas roh dicabut daripada jasad kita. Itulah realitinya.. Yang dibawa ... ...
1) Al - Fakr (kemiskinan)
Segala yang kita miliki hari ini sebenarnya bukanlah milik kita sepenuhnya tetapi hanya diberi pinjam oleh tuhan kita. Apa buktinya??. Buktinya, tiada apa apa pun yang akan kita bawa selepas roh dicabut daripada jasad kita. Itulah realitinya.. Yang dibawa hanyalah amalan kita. Apabila zahir dalam diri kita rasa kemiskinan secara tidak sedar kita akan berasa syukur akan nikmat yang diberi. Kita juga sering dengar bahwa nikmat atau rezeki yang datang itu adalah satu anugerah atau ujian daripada Sang Pemberi. Sifat memiliki itu lawannya adalah bakhil. Justeru, banyakkanlah kita memberi dan berkongsi dengan orang lain.
-
2) Al - 'Ajzu (lemah)
Lemah?.. Kenapa lemah?. Sebabnya semua makhluk (ciptaan)  bersifat lemah iaitu bergantung kepada yang lain. Contohnya, apabila kita hendak makan dan minum, kita perlukan tangan dan tenaga untuk sampai ke mulut. Jika secara fizikalnya kita lemah apatah lagi  rohani itu sendiri. Hari ini ramai yang telah, sedang dan akan mengalami kekecewaan, kesedihan dan lain 2. Apa ubatnya?. Sudah pasti akan ada yang menasihatkan untuk berehat, mengambil air wudhu, sembahyang sunat dan membaca Al Quran. Maka, disitulah kita yang lemah mencari kekuatan dan kekuatan.
-
3) As - Syafakah (kasih sayang)
Semua orang perlukan kasih dan sayang walhal haiwan dan tumbuhan juga begitu. Kasih sayang yang seharusnya kita ada adalah seperti kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Memang diakui setiap orang sayang akan ibu sendiri. Tetapi kita tidak tahu bahwa kasih sayang mereka itu lagi tinggi dari sayang kita untuk mereka. Maka, keimanan memerlukan kepada sifat kasih sayang kerna ia mampu mengetuk hati 2 orang disekelilingnya. Sabda nabi Muhammad S.A.W. "tidaklah sempurna iman seseorang itu sehingga ia mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri " (riwayat bukhari).
-
Sambungan di ruangan comment..
Read more
Para auliya' mengetahui bahawa surat cinta Allah adalah ujianNya. Ia sangat jelas bahawa dunia ...
Media Removed
Para auliya' mengetahui bahawa surat cinta Allah adalah ujianNya. Ia sangat jelas bahawa dunia ini tidak sempurna supaya orang-orang beriman akan melatih diri untuk bersabar akan kesempurnaan syurga. Dan syurga adalah tempat yang paling sempurna. Hayatilah ujian kita kerana ... Para auliya' mengetahui bahawa surat cinta Allah adalah ujianNya.

Ia sangat jelas bahawa dunia ini tidak sempurna supaya orang-orang beriman akan melatih diri untuk bersabar akan kesempurnaan syurga.
Dan syurga adalah tempat yang paling sempurna.

Hayatilah ujian kita kerana dengan hayati akan membuat kita lebih bersabar dan taat kepada Allah, juga akan membuat perjalanan kita lebih manis.

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ ...
Media Removed
اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، ... اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
..
Usrah Santai mengambil kesempatan pada 10 Zulhijjah ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha.
..
Marilah kita mengambil kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan menghayatinya betapa tiada perintah yang lebih utama dan terpenting melainkan perintah Allah S.W.T.
..
Di bulan yang penuh keberkatan ini, pihak Usrah Santai mendoakan kita semua beroleh rahmat Allah sebanyak-banyaknya tanpa henti.
..
Diharapkan dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar, Aidil Adha tahun 2018M/1439H ini meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.
..
Semoga segala nikmat pengurniaanNya pada hari raya yang mulia ini kita susuli dengan bersyukur dan memperbanyakkan menyebut nama Allah سبحانه وتعالى sebagai tanda tunduk taat kepadaNya.

Allahumma amin.

MTME USRAH SANTAI

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
بِسْـــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــم -- Alhamdulillah alaa kulli haal. Usrah ...
Media Removed
بِسْـــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــم -- Alhamdulillah alaa kulli haal. Usrah Santai Merchandise kini kembali dengan produk baru, bersempena Hari Raya Aidiladha, kami tampilkan T-Shirt Al-Asr buat Muslimin dan Muslimat. -- Konsep ‎ #silentdakwah ditonjolkan ... بِسْـــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــم
--
Alhamdulillah alaa kulli haal.
Usrah Santai Merchandise kini kembali dengan produk baru, bersempena Hari Raya Aidiladha, kami tampilkan T-Shirt Al-Asr buat Muslimin dan Muslimat.
--
Konsep ‎ #silentdakwah ditonjolkan melalui design baju Al-Asr ni.
--
Mankind is in loss, except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience [103:3]
--
Bila pakai, dapat remind kan diri dan orang lain. Wahhhh cool kan?
--
Untuk melihat details design T-shirt ini boleh follow IG @usrahsantaimerch segera okay?
--
Pre-order dibuka selama 2 minggu dari 21/08/2018-04/09/2018
--
Harga terlajak murah hanya RM35 untuk Muslimin dan RM40 untuk Muslimat, tidak termasuk postage.
--
Haa.. Sebelum terlupa, sedikit daripada pembelian kalian akan kami sumbangkan pada mereka yang memerlukan, semoga mendapat saham akhirah. Aamin.
--
Ayuh! Ajak kawan-kawan, family beli ramai-ramai sebarkan #silentdakwah ni :

WhatsApp +6012 692 3179
WhatsApp +6012 692 3179
WhatsApp +6012 692 3179
--
‎ #usrahsantai
‎ #BiarSantaiAsalSampai
‎ #USmerchandise
Read more
Ya Allah, jika sahabatku sedang tidur, jagalah tidurnya. Jika sedang berdoa, kabulkanlah doanya. ...
Media Removed
Ya Allah, jika sahabatku sedang tidur, jagalah tidurnya. Jika sedang berdoa, kabulkanlah doanya. Jika sedang berusaha, hasilkanlah usahanya. Jika sedang susah hati, gembirakanlah hatinya. Jika sedang diperjalanan, maka permudahkanlah perjalanannya. #usrahsantai #BiarSantaiAsalSampai Ya Allah, jika sahabatku sedang tidur, jagalah tidurnya. Jika sedang berdoa, kabulkanlah doanya. Jika sedang berusaha, hasilkanlah usahanya. Jika sedang susah hati, gembirakanlah hatinya. Jika sedang diperjalanan, maka permudahkanlah perjalanannya.

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Asy Syeikh Al Utsaimin rahimahullah: Terkadang syaitan membisikkan di dalam hatimu dan berkata: ...
Media Removed
Asy Syeikh Al Utsaimin rahimahullah: Terkadang syaitan membisikkan di dalam hatimu dan berkata: Berapa kali kamu berdoa kepada Allah tapi keinginanmu tidak terkabul? Kemudian dia membuatmu putus asa dari rahmat Allah (semoga Allah menjaga kita) maka yang demikian adalah termasuk ... Asy Syeikh Al Utsaimin rahimahullah: Terkadang syaitan membisikkan di dalam hatimu dan berkata: Berapa kali kamu berdoa kepada Allah tapi keinginanmu tidak terkabul?

Kemudian dia membuatmu putus asa dari rahmat Allah (semoga Allah menjaga kita) maka yang demikian adalah termasuk dosa besar, putus asa dari rahmat Allah termasuk dosa besar. - Syarah Riyadhus Sholihin 4/292

Kembalilah. Kembalilah dengan seluruh perasaan juang. Sebab Tuhanmu sungguh Maha Penyayang.

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
Kesungguhan taubat itu apabila kita benar-benar bermuhasabah diri, benar-benar berasa menyesal ...
Media Removed
Kesungguhan taubat itu apabila kita benar-benar bermuhasabah diri, benar-benar berasa menyesal dengan dosa yang lalu, benar benar berasa takut akan neraka, benar benar merindui syurga. -- Hal-hal inilah yang mencetuskan airmata. Airmata itu mengalir bukan kerana dipaksa. Ada ... Kesungguhan taubat itu apabila kita benar-benar bermuhasabah diri, benar-benar berasa menyesal dengan dosa yang lalu, benar benar berasa takut akan neraka, benar benar merindui syurga.
--
Hal-hal inilah yang mencetuskan airmata. Airmata itu mengalir bukan kerana dipaksa. Ada orang yang susah nak menangis ada pula yang mudah menangis. Namun apabila memikirkan dosa neraka syurga kita, pastinya jiwa bergetar airmata keluar.
--
Sentiasalah menangisi diri kita dan Allah azzawajalla suka melihat hamba Nya yang menangis di atas dunia ini kerana dosa-dosa nya, merasa rendah, menangisi diri di hadapan Allah subhanahu wa taala di atas yang kita tersungkur.
--
Ketahuilah, setitis air mata yang digugurkan di atas dunia ini kerana takut kepada Allah,  akan memadamkan selautan api neraka jahanam.
--
Satu titis.
--
Di dunia ini, satu titis itu mampu untuk memadam selautan api neraka jahanam. Namun,  selautan tangisan di akhirat nanti tidak akan memadam walaupun setitis daripada api neraka jahanam.
--
Kerana tangisan apabila nyawa manusia sudah direntap oleh malaikat maut, maka tangisan nya di dalam kubur, tangisannya di padang mahsyar, tangisannya di titian sirat, tangisan nya di dalam api neraka jahanam, tidak akan memberi kesan, tidak akan memberi sebarang manfaat serta faedah ke atas diri.
--
Dan yang memberi faedah adalah satu, walaupun satu, satu titisan tangisan yang digugurkan di atas dunia ini.
--
Semoga Allah subhanahu wa taala lembutkan hati kita untuk kita menangis di hadapan Nya, untuk kita merintih di hadapan Allah azzawajalla, kerana orang yang tidak menangis di hadapan Allah, yang tidak dapat mengeluarkan air mata atas dosa-dosa nya adalah kerana kekerasan hati.
--
"Duduklah engkau dengan orang-orang yang bertaubat. Kerana mereka memiliki hati yang lembut" [Sayyidina Umar Al-Khattab Radhiyallah 'Anhu]
--
Maka bertaubatlah. Beradalah di dalam golongan orang yang bertaubat. Mana mungkin Allah tidak membantu hambaNya yang bertaubat. Maka dengan izin Allah jualah, hati yang keras menjadi lembut dan akhirnya mudah menangisi diri kerana ketakutan dan kecintaan kepada Allah SWT.

Wallahualam.

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
Aminn Ya Rabb #usrahsantai #BiarSantaiAsalSampai
Media Removed
Aminn Ya Rabb #usrahsantai #BiarSantaiAsalSampai Aminn Ya Rabb

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Kita berniat untuk bangun malam bertahajud, berdoa dan bermunajat. Kita terjaga di sekitar jam ...
Media Removed
Kita berniat untuk bangun malam bertahajud, berdoa dan bermunajat. Kita terjaga di sekitar jam 2.30 pagi. Hati berbisik, “sekejap lagi …” Alahai, kita tertidur nyenyak tetapi masih disedarkan sejam kemudian. “Sekejap lagi …” Akhirnya kita bingkas bangun ketika masjid (surau) berhampiran ... Kita berniat untuk bangun malam bertahajud, berdoa dan bermunajat. Kita terjaga di sekitar jam 2.30 pagi. Hati berbisik, “sekejap lagi …” Alahai, kita tertidur nyenyak tetapi masih disedarkan sejam kemudian. “Sekejap lagi …” Akhirnya kita bingkas bangun ketika masjid (surau) berhampiran sudah selesai berjemaah.

Pernahkah ia berlaku kepada kita? Kita sedapkan hati dengan berkira, “Tidak mengapa.. esok masih ada.” Lalu kita renung diri. Pernah kita berjanji untuk lebih hampir kepadaNya selepas bersara?

Tidak mahu tinggalkan solat berjemaah di masjid (lelaki) bila memikirkan Baginda SAW mahu “membakar” rumah mereka yang tidak hadir ke rumahNya. Pernah kita berkira-kira mahu menutup aurat dengan sempurna selepas tiada kerjaya?

Kita masih bertangguh. Masa bergerak pantas.

Kita melihat diri lalu bertanya, “kenapa masih serupa?” Sungguh.. DIA telah nyatakan: Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik (derhaka). (Terjemahan surah al-Hadid, ayat 16). Kita kenang diri dengan masa untuk bertangguh semakin tiada.

Ya Allah.. lembutkanlah hati-hati kami.

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
Saat gempa 7.0 SR menggoncang Lombok pada 5 Aug 2018, ada kejadian menarik di sebuah musolla di Kota Denpasar, Bali. .. Sang imam tetap menjalankan solat dengan menyandarkan tangannya ke dinding musolla yang bergoncang hebat ketika itu. .. Saat itu, seperti biasa di Musolla As-Syuhada, ... Saat gempa 7.0 SR menggoncang Lombok pada 5 Aug 2018, ada kejadian menarik di sebuah musolla di Kota Denpasar, Bali.
..
Sang imam tetap menjalankan solat dengan menyandarkan tangannya ke dinding musolla yang bergoncang hebat ketika itu.
..
Saat itu, seperti biasa di Musolla As-Syuhada, Denpasar ketika solat isyak berjemaah. Ketika rakaat kedua, gempa mulai terasa dan beberapa jemaah mula bertempiaran keluar. Namun sang imam tetap melaksanakan solatnya sambil menyandarkan tangannya ke dinding.
..
Dan saat gempa itulah...
..
Setelah al-Fatihah selesai, kemudian imam membaca Surat al-Baqarah ayat 255 atau yang lebih dikenali dengan "AYAT KURSI"
..
Ajaibnya, dengan izin Allah Yang Maha Kuasa, gempa bumi pun berhenti setelah sang imam selesai membaca ayat kursi saat rakaat kedua tadi. Solat isyak dilaksanakan hingga selesai 4 rakaat dengan sempurna.
..
MasyaAllah 😍
..
#PrayforLombok
#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
Perlukah kita dianggap sebagai orang baik? Tidak perlu. Yang perlu adalah MENJADI orang baik Kerana ...
Media Removed
Perlukah kita dianggap sebagai orang baik? Tidak perlu. Yang perlu adalah MENJADI orang baik Kerana anggapan orang bukan apa-apa. Sekali lagi, bukan apa-apa nilaiannya. Pandangan siapakah yang paling utama? Tentulah pandangan ALLAH yang jauh lebih penting dari manusia. Apakah ... Perlukah kita dianggap sebagai orang baik?

Tidak perlu.

Yang perlu adalah MENJADI orang baik
Kerana anggapan orang bukan apa-apa.
Sekali lagi, bukan apa-apa nilaiannya.
Pandangan siapakah yang paling utama?

Tentulah pandangan ALLAH yang jauh lebih penting dari manusia.

Apakah Allah tidak tahu apa yang kita kerjakan?
Apakah pandangan Allah ada tersilap?
Apakah penilaian Allah ada meleset?
Apakah sangkaan Allah ada yang salah?

Tidak mungkin.

Apakah Allah tahu kebaikan dan keburukan kita lakukan?
Pastinya, sebab Allah Samiul Alim.
Sangat tahu segalanya. Sangat halus dan sangat teliti penilaianNya.

Lalu, kenapa harus stress sampai sesak nafas memikirkan pandangan orang lain kepada kita?

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
Nabi Muhammad saw bersabda : "Tiga golongan yang solat mereka tidak melewati telinga mereka (tidak ...
Media Removed
Nabi Muhammad saw bersabda : "Tiga golongan yang solat mereka tidak melewati telinga mereka (tidak diterima Allah ); hamba yang lari sampai dia kembali, wanita yang melewati malam sementara suaminya marah kepadanya, dan imam suatu kaum sementara mereka membencinya." . Al-Tirmizi ... Nabi Muhammad saw bersabda :
"Tiga golongan yang solat mereka tidak melewati telinga mereka (tidak diterima Allah ); hamba yang lari sampai dia kembali, wanita yang melewati malam sementara suaminya marah kepadanya, dan imam suatu kaum sementara mereka membencinya."
.
Al-Tirmizi berkata dalam Sunan-nya (II/192):
"Sebahagian ulama memakruhkan orang yang mengimami suatu kaum, sementara mereka membencinya. Namun jika ternyata imam itu tidak berbuat zalim, maka yang berdosa adalah orang yang membencinya."
.
Beliau menukil daripada Mansur (II/193):
"Kami bertanya tentang hakikat imam yang dimaksudkan?" Beliau menjawab: "Sesungguhnya yang dimaksudkan oleh Nabi saw adalah para imam yang zalim, ada pun imam yang menegakkan sunnah, maka yang berdosa adalah orang yang membencinya."
.
Saya katakan: "Dari sini jelaslah bahawa masalah ini tidak tertanggung kepada hawa nafsu para makmum, tetapi kesesuaiannya dengan sunnah atau menyeleweng darinya."
.
Moga bermanfaat

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
Ingatlah, bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristighfar, Maha Pemberi ...
Media Removed
Ingatlah, bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristighfar, Maha Pemberi Taubat atas siapa saja yang bertaubat dan menerima orang yang kembali padaNya. .. Barangsiapa yang banyak membaca Istighfar, nescaya Allah تعالی akan menjadikan baginya jalan keluar dari ... Ingatlah, bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristighfar, Maha Pemberi Taubat atas siapa saja yang bertaubat dan menerima orang yang kembali padaNya.
..
Barangsiapa yang banyak membaca Istighfar, nescaya Allah تعالی akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesusahannya dan menjadi kelapangan dari setiap kesempitannya. 😊

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
It is not easy to dealing with the past, living for the present and fighting for the future. Dan apa ...
Media Removed
It is not easy to dealing with the past, living for the present and fighting for the future. Dan apa pun ujian yang terpaksa di lalui sampai sesak minda dan dada, mohon kuatkan semangat. Saat kau mahu berputus asa, Dia berikan kau sebab untuk kembali berjuang. Saat kau mengalah, Dia berikan ... It is not easy to dealing with the past, living for the present and fighting for the future. Dan apa pun ujian yang terpaksa di lalui sampai sesak minda dan dada, mohon kuatkan semangat. Saat kau mahu berputus asa, Dia berikan kau sebab untuk kembali berjuang. Saat kau mengalah, Dia berikan kau sebab untuk tidak menyerah.
Saat kau mahu rebah, Dia berikan kau tempat untuk sandarkan semuanya.

Bersyukur akan buat Dia beri lebih dari yang sedia ada.

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
Ketahuilah wahai mukmin, tidak sah keimanan seorang hamba sampai dia beriman kepada takdir yang ...
Media Removed
Ketahuilah wahai mukmin, tidak sah keimanan seorang hamba sampai dia beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk, dan meyakini bahawa apa yang telah ditakdirkan nescaya menimpanya tidak akan meleset, dan apa yang telah ditakdirkan tidak menimpanya nescaya tidak akan pernah ... Ketahuilah wahai mukmin, tidak sah keimanan seorang hamba sampai dia beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk, dan meyakini bahawa apa yang telah ditakdirkan nescaya menimpanya tidak akan meleset, dan apa yang telah ditakdirkan tidak menimpanya nescaya tidak akan pernah mengenainya.
--
Pena telah diangkat dan kertas telah kering. Allah swt mengetahui semua itu sebelum ia terjadi, setelah terjadi dan sebelum Dia ciptakan alam semesta ini. Orang yang mendustai takdir maka batallah pahala amalnya, dan dia termasuk orang-orang yang rugi, walaupun dia telah menginfakkan emas sepenuh bumi.
--
Nabi saw bersabda:
"Tiga golongan yang Allah tidak menerima amal ibadahya, yang wajib dan yang sunat anak yang derhaka kepada orang tuanya, orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya dan orang yang mendustai takdir."
--
Ujian yang kita lalui sehingga tidak tertanggung rasa hati, pasti ada hikmah dan ganjaran yang lebih manis andai kita redha dengan ketentuan takdir-Nya. (':
--
#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
Assalamualaikum wbt. Usrah Santai Muslimat akan mengadakan Family Day buat kaum MUSLIMAT SAHAJA. Tarikh ...
Media Removed
Assalamualaikum wbt. Usrah Santai Muslimat akan mengadakan Family Day buat kaum MUSLIMAT SAHAJA. Tarikh : 31 OGOS 2018 Masa : 3.00PM - 5:00PM Tempat : LAKE VALLEY, BTHO Tema : POTLUCK Tiada yuran dikenakan. Sambil makan dapat dengar ilmu. Jadi tunggu apa lagi... Daftar segera! Yuhada: ... Assalamualaikum wbt.

Usrah Santai Muslimat akan mengadakan Family Day buat kaum MUSLIMAT SAHAJA.

Tarikh : 31 OGOS 2018
Masa : 3.00PM - 5:00PM
Tempat : LAKE VALLEY, BTHO
Tema : POTLUCK

Tiada yuran dikenakan. Sambil makan dapat dengar ilmu. Jadi tunggu apa lagi... Daftar segera!

Yuhada: 0103554491
Warsiyana : 0136367066

TENTATIF PROGRAM

3.00 PM : Pendaftaran
3.30 PM : Sharing oleh Yuhada
4.00 PM : Sharing oleh Warsiyana
4.30 PM : Sesi Bergambar
5.00 PM : Bersurai

#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more
بِسْـــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــم . “Dalam setiap keadaan, yang bakal menyelamatkan ...
Media Removed
بِسْـــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــم . “Dalam setiap keadaan, yang bakal menyelamatkan seseorang itu dalam tindakannya adalah ilmu yang bermanfaat." . InsyaALLAH MTDM berlangsung seperti biasa isyak ini (10/08/18) di Masjid Muadz Jabal Setiawangsa KL bersama ... بِسْـــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــم
.
“Dalam setiap keadaan, yang bakal menyelamatkan seseorang itu dalam tindakannya adalah ilmu yang bermanfaat."
.
InsyaALLAH MTDM berlangsung seperti biasa isyak ini (10/08/18) di Masjid Muadz Jabal Setiawangsa KL bersama Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Muslimin & Muslimat dijemput hadir.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
Ayuh Yang Berkelapangan Sama-Sama Hadirkan Diri Insyaaallah 💪🏼
.
#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
Read more

Loading...